Get me outta here!

September 25, 2009

doa1 - doa iftitah


"Ya Allah, jauhkanlah aku dari pada kesalahan dan dosa sejauh jarak timur dan barat..
Ya Allah, bersihkanlah aku dari segala kesalahan dan dosa-dosa bagaikan bersihnya kain yang putih dari kotoran...
Ya Allah, sucikanlah kesalahanku dengan air, dengan air salju yang sejuk dan angin..." 

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w diam seketika selepas bertakbir semasa sembahyang sebelum membaca Surah Al-Fatihah, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Engkau yang lebih aku sayangi daripada ayah dan ibuku aku melihat kamu diam di antara takbir dan bacaan Surah Al-Fatihah, apakah yang anda baca? Baginda menjawab dengan bersabda: Aku membaca doa:

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس 

اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

yang bermaksud: Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah! Bersihkan daku dari dosa-dosaku sebagaimana bersihnya baju putih daripada kotoran. Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan angin.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 940

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts