Get me outta here!

March 17, 2013

gurindam malam hari


Bismillah

alkisah

seorang ibu datang menghantar anaknya ke sekolah.
lagaknya macam dari famly orang kaya.
speaking abes.
tapi sayang, dirinya tak bertudung. anak2 pun sama.

berlaku salah faham.
abes dihambur kata-kata "manis"
budak2 form 1 yang mendengar tahan telinga
kelu tak terkata.

berlalu makcik menahan rasa
membawa si anak pulang bersama
katanya masanya begitu berharga
tak patut dibazirkan camtu sahaja

pelajar yang laen datang meluah rasa

berkata pelajar setelah si ibu berlalu,
"cegu, saya dengar perkataan tak baek je dari mulut si ibu itu"
-,-

bertanya pula pelajar non-muslim:
"cegu, makcik tadi muslim ke? tapi dia tak pakai tudung. nape anak dia masuk bilik yang muslim?"

"cegu, tadi makcik tu tanya saya, nape tak campur bilik muslim dan non-muslim, bukan ke kita ni satu malaysia?"

ohoi.. soalan datang bertimpa-timpa.

yang muslim juga bersuara:
"cegu, tadi makcik tu tanya saya, kenapa saya pakai stokin? saya bingung, tak tahu nak jawab apa"

yang paling tak tahan, ada yang berkata:
"cegu, ada senior kata, dia mix cegu, muslim campur non-muslim, betol ke?"

dari mana datang cerita dia mix agama.
aku pun tak tahu.
cuma setahuku,
mereka muslim.

oh. oh oh.
ini sungguh salah faham dalam agama.

****
islam itu indah
tapi yang merosakkan agama itu
adalah penganutnya
sebab beramal mana yang suka
tinggal mana yang tak suka

maka jangan disalahkan agama
sebab ia sungguh sempurna tanpa cela

maka kita muslim
marilah kita beriman sepenuhnya
beramal dengan apa yang diperintahkan pada kita
Moga tak menjadi fitnah pada agama.

saya tak kata saya sempurna
saya pon tak la baek sangat juga
masih berusaha belajar agama
moga tak salah langkah mencari cintaNya

banyak lagi cela
banyak juga dosa
cuma berdoa
Allah menjaga aib kita

harapnya, makcik dtang esok bermuka ceria
senang nak bincang bicara :)

makcik, doa saya
moga Allah memberi hidayah
dan melembutkan hati makcik.

maaf atas salah faham
bukan salah budak F1
bukan salah penyelia
bukan juga salah guru
bukan juga salah makcik
ntah salahnya dari siapa
tapi yang pasti
Allah sedang menguji kita

*gurindam jiwa, asam garam kehidupan*

March 10, 2013

hari sukan, hari pengsan!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang.

Minggu lepas, telah berlangsung hari sukan sekolah dengan jayanya :)

Hari kedua sukan sekolah,

aku lebihkan masa berada di bawah khemah di padang, berdekatan dengan pondok JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)

walaupun aku tak pandai sangat bab-bab 'nursing' ni, tapi disebabkan amanah sebagai guru PBSM, haruslah standby incase anything happen kan? @_@

***
"larian 3000m perempuan kategori B akan bermula" - suara pengacara sukan berkumandang.

"3000meter tu berapa kali round padang?" tanyaku pada pelajar di sebelah

"8 kali cikgu"-balas pelajar tersebut.

dalam hati, gila! kalau aku nak lari 1 kali pusing pun dah semput =,=

yeah,

"cikgu! ada pelajar pengsan!"

kalut ribut kejap.

berlari ke arah pelajar dan papahkan ke pondok JPAM untuk rawatan.

***

di pondok JPAM, banyak aku belajar.

"adik buka mata.. buka mata dik" - kata seorang pegawai JPAM kepada pelajar yang sedar tak sedar.
"adik, buka mata.. jangan tutup" sambil menampar-nampar perlahan pipi pelajar tersebut.

"sakit.." sambil menangis
"cramp kat bahagian mana?"

bahagian kaki yang cramp, di letakkan ais.

pegawai JPAM mengeluarkan duet "belikan air manis, milo ke untuk dia" -katanya kepada pelajar yang menemani

pelajar tersebut menoleh padaku.

"takpe kak, pihak rumah sukan ada sediakan air glucose" balasku. kesian pada kakak JPAM. takkan semua yang pengsan dia nak belanjakan air?


Perlahan-lahan aku belajar..
jika cramp, minta pelajar bukan mata
letakkan ais di tempat yang cramp
beri mereka air manis :)

***
nampak aja ada pelajar rebah..

berlari, papah atau angkat pelajar.

ulang-alik.

itulah tugas besar aku hari tu,

penat memang penat.

muka pun sunburn sebab duk padang T__T

aku muhasabah sendiri

ketika berlari-lari merentas padang

kalau untuk selamatkan pelajar pengsan, kita berlari-lari?

lalu

bagaimana tindakan kita dengan mereka yang makin rosak akidahnya? sakit 'hati'/ruhnya?

Allah..

sedangkan yang pengsan itu hanya jasad yang sakit

doktor ramai.. rehat dan ubat, dengan izinnya sembuh inshaAllah.

tapi, mereka yang sakit 'hati/akidah' nya, tak ramai yang menyelamatkan.

huhu...

perlu berlari lebih laju selamatkan akidah mereka..

membina mata rantai islam..

menyambung perjuangan.

Ya Muqallib al-Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Deenika
wa ya Musarrifal Quloob Sarrif Qalbi Ala Ta'atika.

wassalam

March 03, 2013

dakwah kasih sayang

bersabar dalam mendidik :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Semalam, ketika meronda-ronda blok akademik, seorang pelajar datang mengadu.
dia adalah antara ajk BADAR maktab.

s: cegu, malam ni saya nk buat perjumpaan dengan muslimah. cegu nk saya mengamok ke camana?
c: eh, apasal tetiba nak mengamuk? apa masalahnya?
s: masalah sama la cegu.. kapel, baju kecik etc etc.
c: ramai ke yg kapel?
s: dorang kata tak kapel cegu, tapi kawan tapi mesra.
=,=
s: saya nak buat camana cegu?

lama berfikir. mencari jawapan.
c: keep good public relationship
s: maksud cegu?
c: kalau awak mengamuk, saya bimbang nanti, awak yang kena boikot teros. pastu nasihat yang awak bagi nanti pun, dorang akan block.. tak nak dengar dah. lagipun, awak tak leh nk expect kawan awak berubah dalam satu hari. nabi nuh berdakwah pun 950 tahun.. yang penting terus bina hubungan baek ngan dorang, cucuk-cucuk nasihat sikit-sikit. yang penting kita usaha. dorang nk berubah bila itu biarlah.

dakwah kita dakwah dengan kasih sayang.

"Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [al-Qasas, 28:56]

Dalam berdakwah, kita jangan melihat hasil dahulu kerana kita hanya dituntut untuk beramal. Adapun hidayah menjadi hak Allah swt kerana Dia memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya.
-Khowatir Qur'aniyyah-

wassalam

Popular Posts

Recent Posts