Get me outta here!

October 27, 2010

[kopi&pasta] rijal tanpa hati???

Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hat iyang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.
Ketika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatinya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya teta pdiam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli& tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu.

Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati?

Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Ole hsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

Waalaikumussalam wbth

JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka.

Akan tetapi, kamu adalah seorang  pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian,tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup)membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orangyang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisantentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.

Allah swt berfirman; “Sesungguhnya dalampenciptaan langit & buni, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yangberakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois,terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian.

Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi  sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasadengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab &waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampa ike Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swtberfirman; “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Maidah : 27)

 Saudaramu, Hassan Al-Banna.

source; http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=447272486858&id=628580902

October 14, 2010

rumahku bukan disini!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Dimatanya, dunia hanyalah titipan.
baginya, dunia adalah jambatan menuju sebuah penghidupan yang abadi yang lebih indah.

Pada suatu hari, dia sakit. rakan-rakan datang menjenguknya. lalu, mereka mendapati dia  hanya berbaring pada selembar kulit binatang.
berkata rakannya:
"Jika kamu mau, kami akan gantikan dengan alas tidur yang lebih empuk untukmu"

dengan isyarat jari telunjuk dan tatapan mata yang jauh ke depan, dia menjawab:
"kampung kita nun jauh di sana. Untuk kita mengumpulkan bekal dan ke sana kita akan kembali. Kita akan berangkat ke sana dan beramal untuk bekal ke sana"

Dialah 'Uwaimir bin Malik al-Khazraji
digelar Abu ad-Darda'. 
Dialah Abu ad-Darda' yang zuhud, ahli ibadah dan selalu merindukan Tuhannya

*******************************

ingat kisah Abu ad-Darda' dengan sekumpulan tetamu yang datang bertandang di malam yang sejuk?? yang tetamu tu pelik sebab dapat makanan panas je, tapi tak dapat selimut..huhu. rupa-rupanya, Abu ad-Darda' dan zaujah pun tidur tak berselimut. bertahan dengan hanya memakai baju nipis yang tak dapat melindungi mereka dari panas, atau menahan sejuk!.

tetamu: dimanakah kelengkapan rumahmu??
Abu ad-Darda':
 rumah kami di 'sana' (simbolik akhirat). Kelengkapan dan kemudahan yang kami perolehi kami hantar ke 'sana'. Kalau kami masih ada suatu kelengkapan dalam rumah ni, pasti kami akan serahkan kepada kamu.... 

lagipun dalam perjalanan yang akan kami lalui untuk ke 'rumah' itu, ada banyak halangan yang menyusahkan. Jadinya, membawa bebanan yang ringan tu lebih baek daripada membawa bebanan yang berat. sebab tu lah, kamu ingin meringankan bebanan berat kami.. mudah-mudahan kami mampu merentasi halangan tersebut." 

Abu ad-Darda: faham ke?

tetamu: ya, saya faham. semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu. 

********************************


lantas kita macammana?
bersungguh-sungguh membina rumah di dunia..
berangan angan nak bina rumah agam
tapi kita lupa... lupa untuk membina rumah akhirat sana..
seoalah-olahnya
kita hidup hanya di dunia
padahal dunia yang singgahan sementara..
 "yang mengumpulkan harta lagi menghitung-hitung, ia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya" [alhumazah: 2-3]

kita kejar dunia hingga lupa segala perintahnya
lupakah kita
segala ni'mat dirasai kini, semua dari-NYA?
lantas,
mengapa masih berani berpaling dari tunduk dan patuh pada perintahNYA?
>> (51:56) , (2:30)  

"menjauhlah dari dunia sebisa kalian kerana barangsiapa yang menjadikan dunia tujuan utamanya, Allah akan mencerai beraikan kekuatannya, dan menjadikan kemiskinan di depan matanya. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utamanya, Allah akan menghimpunkan kekuatannya, menjadikan kecukupan di hatinya dan Allah memudahkannya mendapat kebaikan"


very good reminder from Syeikh Feiz:



jom bina rumah di SYURGA, yang lebih indah dari rumah tadi..
kata nak masuk SYURGA, perlu la berSABAR kan???


_ jalan ini jalan panjang, ya rabbi ilahi, pandu langkahku...



rujukan:
60 sirah sahabat Rasulullah
65 Gambaran kehidupan Sahabat

Popular Posts

Recent Posts