bismillahirrahmaanirraheem
surah al-'aadiyat ;demi kuda perang.
wal'adiyaati dobha. dobha? kuda perang yang berlari kencang sampai tak cukup nafas, termengah-mengah
falmuuriyati qodha. yang berlari kencang sehingga mengeluarkan api, di telapak kakinya
falmughiraatisubha. yang menyerang musuh di waktu pagi
fa-asarna bihi naq'a. sehinggamenerbangkan debu-debu
fawasatna bihi jam'a. yang menyerang di tengah-tengah perkumpulan musuh.
pada lima ayat tersebut, Allah bersumpah dengan kuda perang dan ciri-ciri dan segala sifatnya. kemudian barulah Allah menyambung,
innal insaana lirobbihi kakanuud. sesungguhnya manusia itu sangat engkar pada tuhannya.
wa innahu lihubiil khoiri lasyadid. dan sesungguhnya cintanya pada harta benar-benar berlebihan. ps: suka senang lenang, santai, duk maen-maen.
apa perlunya Allah bersumpah dengan kuda perang?
kenapa perlu mendahulukan surah ni dengan cerita kuda perang dan ciri-cirinya dulu??
jom analisa, kuda perang vs kuda biasa.
kuda perang ni, sebelum jadi kuda perang jadi kuda apa?
adakah semua kuda dilahirkan jadi kuda perang?
perangai kuda?
liar. suka maen. bangun-bangun tido terus lari. dah lari-lari suka langgar-langgar. suka makan, pastu lari lagi. pastu minum lagi. lari lagi... suka maen, takde tujuan hidup. bangun pagi pikir nak maen.
manja. tak boleh salah cuaca. panas sket, deman. hujan sket, hujn.
nak jaga leceh. takleh salah makan.
kalau orang sergah, lari.
kalau kuda perang?
tough. cekap. boleh meloncat?hihi dan melompat (tadi lari je.. hehe). dekat kaki kuda perang ada besi.. ntah apa namanya bende tu..
sifat asal kuda ni suka lari. tapi, kat medan perang, steady. malah, bleh lari makin laju. setia, patuh pada arahan ..+++
dari kuda biasa bleh jadi kuda perang, mesti ada proses dia, iaitu proses tarbiyyah. dididik dari kuda biasa, menjadi kuda perang yang semangat, taat, tough, setia etc
cuba bandingkan kuda tadi dengan jiwa2 kita.
kuda pun boleh dibentuk, apatah lagi manusia. kuda yang takde matlamat, suka maen-maen. kita pun sama jugak, suka maen2, manja... tapi dengan ditarbiyyah jiwa2 kita jadi tough, pendidikan jihad.
sebagaimana kuda tadi, dipanggil ja datang, apa saja arahan dilaksanakan dengan tepat dan betol.
innal insaana lirobbihi lakanuud.
apakah penawarnya jiwa yang suka nak engkar, suka melawan, walau dia dah tahu suka nak melawan, walaupun dia tahu dia tengah malas, apakah penawar dia?
penawar dia
afala ya'lamu iza buksiramaatil qubur.apakah manusia tak tahu apa yang akan berlaku apabila dibangkitkan dari dalam kubur.
apa tujuan orang pergi perang?
nak mati.
kalau pergi perang, sbb nak balik hidup, rasanya orang tak perang kan?
seorang tentera yang pergi perang, nnt nak balik dalam keadaan sihat wal'afiaat?
maka dia takkan berjuang dengan sepenuh jiwa =,=
pentarbiyahan yang kita lalui sekarang ini, adalah untuk menanamkan semangat jihad dalam jiwa kita. kerana itulah semangat yang tengah dikikis dari jiwa-jiwa oleh musuh umat islam.
afala yaklamu iza buksiramaatil qubur, apa yang akan berlaku ketika di dalam kubur? ketika kita menghadap Allah swt.
wahussilamaa fisudur. dan di kira apa yang dalam hati kita. amalan kita, baek yang buat dan tak buat. baek yang buat dalam keadaan malas, baek yang dia buat dalam keadaan semangat. baek yang kita buat dalam keadaan bertangguh, baek yang dibuat dengan segera. baek yang dibuat dengan merungut, baek yang dibuat dengan penuh ikhlas. solat kita, puasa kita, ketaatan kita... semuanya akan dikira oleh Allah swt.
inna robbahum bihim yaumizin la khobir, sesungguhnya Allah maha Mengetahui, ketika hari perhitungan. Allah maha mengetahui apa yang kita buat. Allah maha mengetahui apa yang tercatit dalam hati kita, fikiran kita.
jadi, ikhwah akhwat sekalian.
andai saja para pemuda islam ini takut untuk menyahut seruan-seruan jihad ini, siapa lagi yang umat ini akan diharapkan? apakah modal laen yang nak diharapkan oleh umat ini.
jadi untuk mendidik perasaan tersebut, roh jihad tersebut, tidaklah mudah.
dalam proses melatih kuda perang tadi, sehebat mana pun jurulatih dia, jika kuda tersebut tidak ada kesediaan untuk dilatih, berjaya tak? ... tak akan berjaya.
sehebat mana pun murobbi kita, bangkitlah siapa-siapa pun untuk jadi naqibah kita, tapi, kalau kita tak sediakan hati kita untuk ditarbiyah, maka proses pentarbiyyahan tersebut akan terbantut.
"inna allah la yuhgayyiru ma biqoumin, hatta yughayyiruu maa bianfusihim" [ar-ra'd 13:11] .
maa bianfusihim tu adalah hati. sebagaimana Allah menterjemahkan hati. nak ubah diri dia. dalam hati dia dan nak ubah diri dia. dalam hati dia ada niat untuk mentaati Allah. dalam hati dia ada niat nak meninggalkan maksiat pada Allah swt. hati rela untuk ditarbiyah dan dibentuk.
sebagaimana kuda2 boleh dibentuk, jiwa2 kita juga boleh dibentuk. proses pentarbiyyah. mendidik jiwa2 pejuang, jiwa2 mujahadah. jiwa2 yang lebih mencintai kematian berbanding kehidupan. jiwa2 yang mencintai akhirat berbanding dunia. jiwa2 yang lebih mencari apa yang ada disisi Allah berbanding apa yang ada didunia ini.
sepanjang masa , kita perlu sediakan hati kita untuk ditarbiyah.
wallahua'lam.
ps: nota usseroh, kulsem by ustaz arif, KIBAR
January 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
bismillahirrahmaanirraheem surah al-'aadiyat ;demi kuda perang. wal'adiyaati dobha . dobha ? kuda perang yang berlari kencang sam...
-
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, b...
-
bismillahirrahmaanirraheem. pernah suatu hari, seorang sahabat bertanya padaku: "awak rasa ukhuwwah di kalangan kita ukhuwwah roboti...
-
"wahai insan! Apakah yang menyebabkan engkau terpedaya(mencuaikan kewajipan) terhadap Tuhanmu yang MAha Pemurah?"[82:6] "ia...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata, Ketika Ibnu Taimiyyah dipenjara, aku mengunjunginya...
-
Bismillahirrahmaanirrahim.. alhamdulillah, pada saat ini, pada detik ini, kita masih lagi diberikan nikmat iman dan islam..masih lagi mengh...
-
Salam Ramadhan Kareem. Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran Kerana cinta, aku berkorban Telah ku rela segala tohmahan bermaharajal...
-
yang dimaksudkan dengan kelesuan itu adalah 'futur' (keletihan). andai kata, langkah pertama seorang dae itu benar.. jika niat se...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang "Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang nak buat perubahan dan pembaikan, pasti ada ujian dan godaan(+_=)! kerana disitul...
0 comments:
Post a Comment