Get me outta here!

October 17, 2011

kerana cinta, aku bahagia

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang..



"Dan siapakah yg lebih baik perkataannya daripada orang yang menyerukan kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh aku termasuk orang-orang muslim (menyerah diri)' " 
[al-fussilat, 41:33]

tarbiyyah tu BEST!
dan mentarbiyyah tu lagiiii BEST!
yeszzaa..itulah perasaan sy sekarang.. merasa bahagia ^___^
bahagia diri ini dipilih Allah untuk mengecap rasa erti tarbiyyah
bahagia, bila mana diri ini dipilih Allah untuk merasa pahit-manis mentarbiyyah
bahagia, bila mana mentarbiyyah mereka, adalah tarbiyyah yang lebih BESAR dan berMAKNA tuk diri sendiri..
rasa bahagia, bilamana rasa2 yang kala itu tak best, mahupun sangat mengujakan.. SEMUAA -NYA adalah memBAHAGIAkan! ^^-

tipulaaa if sy kata tiada duka, air mata di jalan ini..
menangis streess dengan mereka T__T
teruji dengan perangai2 mereka.. haih
pening2, susahnya nak membina diri mereka..

tipu juga if sy kata tiada senyuman, kehappian bila bersama mereka..
kehadiran mereka adalah hadiah yang sangat best
nakal mereka lah yg mnegubat hati..
susahnya nak bina mereka, yg membawa diri lebih dekat pada Rabbi Ilahi

hadirnya mereka tarbiyyah yang BESARRR buat diri ini..
menyampaikan amanat Ilahi..seolah-olah bercakap tuk diri sendiri..
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?” [ As-Soff, 61:2]
hoho... itulah sessi yang bakal membakar diri sendiri! Zassss diri sendiri!!

begitulah tarbiyyah Allah buat diri ni...
apalah kuasa diri ni memberi kefahaman pada mereka
semua dari Allah yang Maha Esa
tugas kita, hanyalah menyampaikan pada mereka..

Alhamdulillah Rabbi 'Aalamin..


"Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan. Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka, jika memang harga itu yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini, selain rasa cinta yang telah mengharu biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami. Betapa berat rasa di hati ketika kami melihat bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan. Sungguh kami berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami sendiri. Kami adalah milik kalian wahai saudara tercinta. Sesaatpun kami takkan pernah menjadi musuh kalian." [Atuk IHAB]

IHAB:  Hasan Al- Banna

Uhibbukunna Fillah .. >lovestruck<
Ya Allah, kurniakanlah rasa cinta kami kepada umat ini sehingga mereka mampu menyahut seruanMu dan bangkit memenuhi panggilanMu. Jadikanlah kami pendakwah dan murabbi yang membina manusia dengan cinta kerana dengan dorongan cinta sejati itulah kami mengharapkan hati-hati manusia dapat dipaut untuk menuju jalanMu yang lurus dan menyelamatkan mereka dari azab yang mengerikan...

 wallahua'lam

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts