dae
jangan pernah kamu kecewa dengan mad'u mu..
mad'u mu itu, mereka juga manusia..
sama sepertimu..
mereka bukan malaikat
dan kamu pun bukan malaikat
sama
manusia yang asal katanya "nasiya"
sifatnya lupa
perlu diingatkan, perlu ditunjukkan
bukankah kita punya satu aqidah yang sama?
sama-sama nak cari cintaNya
sama-sama perlukan tarbiyyah untuk lebih dekatNya
sebab diri kita tak sempurna
dan tarbiyah itu hadir, tuk menyempurnakan kita
maka, beri diri mereka masa
beri diri kita masa
ingat lagi tak
tika mana Rasulullah berdakwah ke Taif
apa layanan penduduk Taif?
penduduk Taif tolak (tak nak terima) islam..
kena lontar batu, kena tahan sindiran herdikan dan hinaan cercaan..
dah la tahun kesedihan.. dapat plak layanan yang sangat tak best
aduh... runtuh jiwa kala tu
sehinggakan Malaikat Jibril offer tuk himpit tempat pendudukTaif (kedudukannya antara dua bukit)
tapi, apa reaksi Rasulullah?
"Jangan..jangan!"
bahkan Rasulullah mendoakan lagi penduduk Taif!
"moga akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !"
mulianya hati seorang murobbi agung!
Rasulullah pun tak pernah putus asa pada mad'u-mad'unya
tak nak kah kita ambil pengajaran?
Allah Yang Maha Pengasih pun membuka luas ampunannya buat para hambaNYA
Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) :
Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
[Riwayat Tirmizi, no 42 Arbaiin]
Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
[Riwayat Tirmizi, no 42 Arbaiin]
nah eskrem! akak mintak maaf, akak akan terus berusaha menjadi murobbi yang baek, inshaAllah |
dan kamu wahai dae muda,
takkan semudah itu kamu mahu kecewa dengan mad'u mu?
takkan secepat itu kamu mahu berputus asa pada mereka?
yeahh! berjiwa besarlah.. jangan tasta'jil (nak cepat)
kerana dakwah ni berbekalkan kesabaran, maka bersabarlah dengan kesabaran yang baek :)
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah kepada siapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkam aku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan-Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya upaya melainkan dengan Engkau"
- Doa Baginda ketika di Taif
0 comments:
Post a Comment