pernah dengar hadis ni?
Dari Ibnu Umar r.a., katanya : "Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.(Riwayat Bukhari)
atau lagu ni?
link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=PKRS99pID5E
hiduplah di dunia seperti seorang pengembara..sering kali teman berpesan begitu..
kutiplah bekal sebaek-baeknya/ sebanyak-banyaknya!
pelbagai analogy pernah ana dengar (ni ana edit kasik modern sket :D)
antaranya; 3 golongan musafir yang naek kapal dan berhenti di satu pulau yang sangaaaattt cantek sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, kita bg nama Queenstown..walawehh!
bila tiba di Queenstown yg sangat cantek tu..ada satu golongan yg terpana dan terpukau dengan kecantikan pulau.. lantas, mereka membuat keputusan untuk berkampung dan menjadi PR di Queenstown.. dan tak nak dah meneruskan perjalanan tu... puas pakcik Kapten, menyeru2 dan panggil mereka tuk continue perjalanan ke destinasi berikutnya, namun ajakan tu dipandang sepi dek jatuh chenta mereka pada tempat bernama Queenstown tu.
umah Harcouts |
golongan kedua adalah mereka yg berhenti dan menikmati pemandangan indah Queenstown tu, tapi tak mengambil gmbar pun, or video pun bukti dorang nak pernah menjejakkan kaki ke Queenstown.. senggang masa yg ada tak digunakan pun tuk bersiar-siar. tewas dengan kemudahan accom yg sangat best, lantas mereka mengambil keputusan tuk rehat dan tidur, membungkuskan diri dengan comforter dan memasang heater. fuhh~~syokkknya tdoo!
dan golongan terakhir (ketiga) adalah mereka yg menggunakan masa yg di spentkan sementara di Queenstown tu sebaeknya, pagi2 lagi dah kuar accom tuk berjalan2 ni sekitar Queenstown, naek gondola dan pusing2 dan posing2 di atas puncak bukit.. sejuk menggigil-gigil di puncak bukit pun takpelah. Sanggup travel 13 hours return to Milford Sound.. yg penting hati senyum puas menikmati keindahan alam. Subhanallah!
yang mana satu dinamakan musafir? pasti bukan no1 kan?
golongan pertama tu dah jadik permanent resident pun di Queenstown tuu :(
golongan kedua dan ketiga itulah yang dimanakan pengembara.
tapi, yang mana pengembara yang lebih bijak?
pasti no 3 kan? ada la yg tak betul ngn antum if pilih no 2.. dah sampai tempat cantek, takkan tak posing2 kot..
oh kamu kata: cukuplah memori indah tu terakam di hatiku... papelah.
itu rugi namanya..(-___-)"
back to golongan ke 3. kenapa dikatakan lebih bijak? sudah semestinya la kan? masa yang ada digunakan sepenuhnya, memaximumkan kehadiran di Queenstown.. ada video, ada gambar2 posing, cukup menjadi bukti kehadiran mereka ditempat yg itu.. sempat beli souvenir lagii.. yeayy!^^-
begitulah di analogykan dunia dan akhirat. hiduplah kita didunia ni seperti golongan ke3, persinggahan yg sebentar cuma di Queenstown, digunakan sebaeknya sebelum meneruskan destinasi seterusnya.
yang dimaksud dengan sabda Rasulullah saw : "Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara.", adalah janganlah kita cenderung kepada dunia, menjadikannya sebagai tempat menetap, dan jangan berpikir kalau kamu akan tinggal di dunia selamanya, dan jangan bergantung kepadanya kecuali seperti yang dibutuhkan oleh orang asing yang tinggal di negara lain yang suatu hari nanti ia pasti akan kembali kepada keluarganya. -Imam An-Nawawi
Dunia ini hanya persinggahan. kejap jee. hentian sebentar sebelum kita meneruskan perjalanan ke ke negeri yg lebih kekal yakni akhirat. maka Allah pesan dalam surat cintaNYA, berbekallah!
"...Dan berbekallah kalian, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah bertakwa (kepada Allah).." (al-baqarah, 2: 197)
Dan pesanan sama untuk umat terdahulu, generasi manapun antum dilahirkan, pesanan tetap sama. burulah taqwa!
"... Dan sungguh kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kalian dan kalian agar selalu bertakwa kepada Allah" (an-nisa', 4: 131)
dunia ini. tak kekal. sementara. sebentar. fana.
moga tak tergolong dalam golongan ke2 mahupun pertama, yg terlalai dengan 'kebestan' sementara dunia.
Firman Allah yang bermaksud.....
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan kerana harta benda dan anak-anak kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang merugi."
(al- munafiqun, 63: 9)
dunia ini hanyalah sementara, dan kita pasti akan kembali pada Allah yang menciptakan kita. Sekarang la masanya untuk kita mencari bekal sebanyak-banyaknya, supaya di akhirat sana kita layak 'rest' kat syurga, inshaAllah.. berpenat-penatlah hari ini, moga nanti Allah memberi kerehatan yg sebaeknya.. berbekallah dengan sebaek-baek bekal taqwa!
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? " (al-an'am, 6:32)
Antum rasa tersindir tak bila Allah kata, tidakkah kamu mengerti?
Allah.. Allah..
dalam kata-kata Allah.(T___T)
Akhirat tu kekal! Akhirat tu lebih baek!
jangan tertipu cantik nya dunia. jangan tenggelam dalam bestnya dunia..
moga tak tertipu indah nya dunia..
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.
moga Allah yg sentiasa di hati, dan dunia itu ditangan..
wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment