Get me outta here!

August 04, 2011

mecedes kena lenyek dgn kete kebal berperisai demi basikal!

assalamualaikum akhawat fillah yang disayangi Allah, hepi ramadhan! moga tempo dan gelora rasa cinta ramadhan bertambah2 =)

nak share sket..
perasaan beberapa minute yg lalu.. sakit jantung baca berita metro T_________T. seyes, rasa takott nak balik mesiaa.. wuwuuu. jahiliyyah makin hari makin mengganas! hurmm.. dakwah kita camana?? ada tak sekencang dakyah-dakyah itu?? lebih hebat lagi?? atau tettt??!

**muhasabah**

sepatotnya, dakwah kita kena lebih hebat la dari dakyah. sepatotnya laaa kan..huuu
tapi kita cam maen2 dan tak serius kan? masa kita, belum lagi semua tuk islam.. sempat lagi berpoya-poya.. nak usrah pun, berkira-kira ngan masa..hurmmm.. duit kita, pun masih ada lagi nafsi-nafsi.. nak infaq lebih sket pun, dah bukak buku kira-kira.. haishh T__T. tenaga kita, pun masih berlaku pembaziran..tdo lebey2, berlama-lama dalam sopim, buat perkara yang tidak sepatutnya, dan laen2... huhuuh... banyak kan yang masih x settle dalam diri dan perlu kita diperbaiki? *fiuuu**

dari situ la datangnya tarbiyyah untuk mendidik diri kita, datangnya mujahadah, tadhiah +++

**muhasabah lagi..**

bak kata seorang sahabat:  "kerana kita serius dengan perjuangan ini"

hati tak senang duduk tengok kejahiliyyahan yang sedang galak membuat keganasan.

bukan ummat saja yang tengah tenat, tapi diri sendiri pun masih lagi bertarung-tarung dengan jahiliyyah yang masih ada dalam diri sendiri..
orang pandang kita cam dah cukup baek kan?hoho..pakai baju labuh, sekert, tudung tutup aurat, ikut usroh. bawak usroh! etc...  tapi, itu yang manusia pandang, yang Allah pandang??
Allah.. hati ni,kalau di-xtray, tak tahu la bape banyak calar ada.. berapa banyak titik hitam yang menutupi hati =(

astaghfirullahal adzhim . allahumma innaka 'afuwwun kareem, tuhibbul 'afwa fa'fuanna!

*****
apa kaitan ini-ini diatas dengan mecedes dan basikal?? hehe.. (sbb berita sakit jantung diubati ngan berita ini) ;)
kekaguman pada keberanian pemimpin ini! whoaaa..
setelah rules didemi rules digaris dan di tetapkan, tapi, ada jugak yg 'bengkek' tak nak ikut peraturan yang mana kesannya menyusahkan orang laen;..huhu
berlagak sebab ada mecedes mahupun ferrari?
apa aku kesah kan? aku ada basikal! :P

itulah pemimpin, sampai bila nak manjakan masyarakat dan penduduk setempat, sampai bila harus dilayan mereka yang kemanjaan yakni pemilik mecedes2 ini..huuh. sampai suatu masa, ketegasan pemimpin akan meledak..pom! lantas dilenyek mecedes yang mahal dan cantik demi basikal yang lebih layak menghuni di situ!

begitu jugak kita, kerana jahiliyyah itu tak kan pernah layak nak berehat dan sendeng2 kat hati kita.. MAKA PERLU DIPERBUAT SESUATU, diusahakan sesuatu untuk menempatkan yang LEBIH LAYAK.! Allahu Ghayatuna!

**antunna dah baca story kat bawah? hehe. i'll make it short**nnt sama2 share tau ^___^

untuk diri kita sendiri, as mutarabbi.. kitalah yang perlu bertindak tegas dengan diri sendiri.. no more alasan syaitan membisik-kan, kacau kita. dalam bulan ramadhan ini, yang tingal, cuma perang al-hawa. hurmm! mungkin sudah tiba masanya kita melenyek habes-habesan jahiliyyah yang ada.. dan isitiqamah serta iltizam dengan islam. moga Allah tunjukkan jalan, inshaAllah (29:69)

bila mana kita kata kita murobbi, akan sampai suatu ketika, dimana kita perlu bertegas dengan mutarabbi kita.. sampai bila nak benarkan mutarabbi kita melayan keledak masing-masing.. park sesuka hati, berbuat yang tak patot kan?? akan sampai saat yang murobbi akan mengganas..wohoo.

tempat parking basikal hanya tuk basikal! walau parking dia kosong, @ada ruang tuk mecedes masuk parking, but still, tempat parking tu bukan tuk mecedes! sama juga dengan hati ini.. hanya untuk Allah, diisi dengan yang namanya ISLAM.. kalau bukan bernama ISLAM, sila lah cari tempat parking yang laen. walau kita rasa hati kita kosong, still JAHILIYYAH takde hak nak parking dalam hati kita!

sama-sama berusaha! yosh!

(*ni lebih tuk ana sendiri. afwan, ana sendiri tengah mujadah tuk lebih seriyes dan mendarah dagingkan tarbiyyah dan dakwah ini*)

“Ya Tuhanku,kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,maka aku benar-benar akan menjadikan mereka terasa indah/ memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semua,kecuali hamba-hamba Engkau yang Mukhlisin di antara mereka” [15:39-40]

Jangan parkir sesuka hati

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk  menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.
ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.
VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.

Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.

Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.

“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.

“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi

source: http://www.hmetro.com.my/articles/Janganparkirsesukahati/Article

terbaek!

wallahua'alam.

al-faqir ila Allah

Popular Posts

Recent Posts