Terlepas bas:
Jam menunjukkan jam 8:33.. tayar bas mula bergerak, sedangkan saya baru jer keluarkan beg dari bonet kereta. Dan bas itu mula bergerak meninggalkan saya. Abang cuba kejar bas tu (lari) dan memanggil-manggil driver bas dari luar, tapi bas tu terus jer jalan tanpa menunjukkan gaya2 mau berhenti.
Hoh0ho0.
“Cepat, letak beg balik dalam kereta! Kita kejar bas tu” arah abang.
Dan saya dengan tema, bertindak mengikut arahan.. hanya mengikut.
Turbo!. Kereta wira mengaum laju. Laju weiii.. rasa cam masuk gerak khas plak. bas tu berjaya dikejar. Abang hon bas tu dan mengisyaratkan untuk berhenti.
Ahdf&S68re93re HSfdkjcwe87r9PmhHz#^(*$_M kdmfc vjefo,cxseu89r..bla bla bla..
Insiden tak sepatutnya berlaku telah berlaku diluar tindakan luar kawal serebrum dan serebelum. . sape yang salah??
Saya lewatkah??rasa cam dah siap awal dahh..huhu
Abang marah driver sebab tak tunggu??? Sebab lewat tak sampai 5 minit pun
Sebab pakcik driver gerak ontime sangat, 8.30 tayar bergolek??
Co-driver yang jugak hangin??
Ape kess???
Ntah…
Dan sayalah mangsa. Aihh.. tak puas hati betul co-driver tu ngan saya. Dari langkahan pertama naik bas, sehingga plus menus 10 minit pertama saya kat dalam bas tu kot..
Bla bla bla…
Sayalah yang kena ‘ceramah’ free dari co-driver tu.. dah la dia cakap kuat. Sedangkan dia duduk sebelah kanan seat bas. Jarak 1 meter je kot ngan saya. Tapi macam nak suruh satu bas tu dengar (sila husnuzhon ye cik puan.. baekk!!). Pakcik driver tu ok jer. Takde pun nak cakap lebih-lebih. Hmphh.
“fal yaqul khairan au yasmut”. Dan saya hanya mampu mendiamkan diri. Orang tengah ‘hot’, jangan ditambah air panas. Dan sesekali, saya pandang makcik and baby kat sebelah. Hanya mampu tersenyum kat makcik yang turut kena dengar apa yang dia tak sepatutnya dengar. Kesian baby kat sebelah, nyenyak ke dia tidur sambil dengar ‘khutbah ‘ pagi sabtu tu..
Pastu abang call:”kalu drebar tu maroh, ambek no plate bas deh”
Hanya sepatah perkataan mampu dijawab: “ho” aka “ya” (tapi, saya tak ambil pun.. makin mangharu-birukan suasana adalah..baek tak yah)
Akhirnya, ‘ceramah’ co-driver tu berakhir jua.
“mek nok turun mano?” tanya makcik memecah keheningan.
“koto baru”
Time tu ok lagi. Memandangkan perjalanan jauh lagi. Jangan dibazirkan masa. Saya amek quran dalam beg dan baca. Tetiba rasa sedih ngan peristiwa yang berlaku tadi.. Teringat ayat ‘wa ‘ibadur rahman..’
“adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan , “Salam”..” akhiril aayah” [al-furqan, 25: 63]
Dan perasaan dah tak tertahan. Sedih ngan bedilan dan tembakan kata-kata co-driver tu tadi. Air mata mengalir jua akhirnya. Aihh.. manja betul minah sorang nih. (tak nak nanges, tapi air mata ni yang nak turun.huhu). dah la time tu, duduk depan sekali. Betul-betul belakang driver. Memang sah-sah dua-dua pakcik tu nampak kot. Huhu. Abaikan. Makcik kat sebelah memang perasaan. Maaf la, tak leh tahan dahhh makcik.
Yang saya tahu time tu. Saya pun ada perasaan gak. Ada malu gak. Kalau nak marah ke, nak tegur ke.. go on! Saya boleh terima, tapi biar lah berhikmah sket. Tak perlu nak tinggikan suara camtu sekali.
Sedih sangat time tu.. rasa cam nak jer cakap jer dekat pakcik co-driver tu: “apa salah saya sampai pakcik ‘tembak’ saya ngan kata-kata camtu sekali??
Tapi, dah tak mampu nak bersuara time tu. Biarlah. Mungkin ni kafarah dosa saya.
Uwwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!
Akhirnya sampai di Stesen bas Central Putrajaya. Dah kering dah air mata. Lalu saya turun dan naek bas yang sepatutnya untuk pulang.
Berterima kasih pada driver yang baek hati dan memberi salam dan berlalu pergi. Naek bas satu lagi pun, sambung sedih lagi… aiyakkk!!!!
Pengajarah al-kisah:
1- jangan lambat naik bas!
2- berhikmah dalam memberi teguran pada insan2 yang bernama manusia, kerana mereka punya perasaan. Mungkin boleh apply teori burger.
3- kalau nak nanges, nanges jer… pendam lama2 kang berkarat plak! Haha (abaikan nasihat ini)
4- jangan mencela. Tutuplah aib orang muslim di dunia, nescaya Allah menutup aib mu di akhirat kelak, inshaAllah. Kita dimuliakan hari ni pun sebab Allah. Bayangkan kalau kita buat salah, salah tu tertera kat dahi cam screen bill board, confirm orang tak masuk dekat kita, dan pasti, kita tak mau kuar rumah. So, bersyukur padaNYA kerana menutup aib kita hari ni.
5- jangan memperlaga-lagakan orang. Damai-damaikanlahhh. Tak best kan tengok orang gaduh-gaduh ni. Anta g perang kat Palestin nak? Bleh syahid! yeayyy
6- sabar atas sesuatu yang menyakitkan. Erkk!! Cam susah jer… usaha!! Muslim boleh!!
7- senyummmmmmm… moga-moga kesedihan itu pergi jauh-jauh sket.. “senyum seindah suria..yang membawa cahaya.. senyumlah dari hati.. duniamu berseri..”
8- dan baaaaanyyyyaaaaaaaakkkkkkk lagi.
Apa-apa pun pakcik2, makcik, baby dan yang ada dalam bas time tu.. saya minta maaf atas apa yang berlaku. Sama-sama memaafkan la ye. Ambillah iktibar dan jadikan pengajaran. Moga tak berulang lagi. Sejarah akan berulang kalau manusia lupa sejarah itu.
So, jangan lupa sejarah islam! Islam pasti bangkit!! Jaisyu Muhammad saufa ya’ud. Biiznillah.
“… barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia..” [asy-syura, 42: 43]
26 dis 09 (tsunami dalam bas rupanya, bru perasan. Hehe)
January 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
bismillahirrahmaanirraheem surah al-'aadiyat ;demi kuda perang. wal'adiyaati dobha . dobha ? kuda perang yang berlari kencang sam...
-
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, b...
-
bismillahirrahmaanirraheem. pernah suatu hari, seorang sahabat bertanya padaku: "awak rasa ukhuwwah di kalangan kita ukhuwwah roboti...
-
"wahai insan! Apakah yang menyebabkan engkau terpedaya(mencuaikan kewajipan) terhadap Tuhanmu yang MAha Pemurah?"[82:6] "ia...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata, Ketika Ibnu Taimiyyah dipenjara, aku mengunjunginya...
-
Bismillahirrahmaanirrahim.. alhamdulillah, pada saat ini, pada detik ini, kita masih lagi diberikan nikmat iman dan islam..masih lagi mengh...
-
Salam Ramadhan Kareem. Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran Kerana cinta, aku berkorban Telah ku rela segala tohmahan bermaharajal...
-
yang dimaksudkan dengan kelesuan itu adalah 'futur' (keletihan). andai kata, langkah pertama seorang dae itu benar.. jika niat se...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang "Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang nak buat perubahan dan pembaikan, pasti ada ujian dan godaan(+_=)! kerana disitul...
0 comments:
Post a Comment