Get me outta here!

January 09, 2010

diary bogor: lost in the jungle!

menjejaki hutan:

Sesat selama 4jam! Fuhh… itu lah yang berlaku kepada group saya dan 2 group laen lagi. Kira kami sesat secara berjemaah la ni..haha. rasa cam nak longgar scru lutut ni. Mana taknya, jalan kaki 4jam di perkampungan ntah sape2..huhu.. dah la, kat pertengahan jalan di kala kesesatan tu hujan lebat… pondok2 nak berteduh pun takde..yang ada hanya 3batang payung untuk muatan hampir 18 orang!! Ngakk muattt dong nyaaaa!!

Alhamdulillah, dikala kami terhimpit cam sardin bawah payung 3bijik tu (saya terkecuali).. Allah hantar insan2 untuk membantu kami yg kesesatan. Jenuh die explain direction nak ke tempat tu.. tapi, kami taak paham jugak..huhu.. last2, minta jasa baek dia untuk hantarkan kami ke tempat tu. Alhamdulillah, dia sudi.

Awal2,pakcik tu dah bagi 2 option, nak jalan separuh jalan then naek angkut (van), atau nak guna short cut jalan kaki.. selepas berbincang dalammajlis syura kala tu, kami decide untuk jalan kaki guna short cut, kira tak guna direction dari peta yang disediakan oleh pihak ajk..

“alang2 baju dah basah kuyup, kita jalan je laa..” saya pun sependapat sama..hoh0ho0

Tapi, jalan short cut tu.. SUBHANALLAH!!! Memang mencabar. Ingatkan bila dah ‘cut’, dekat jer la, rupanya perjalanan itu masih jauh.‘long cut’ rupanya ;p. bukit mana la yang kami panjat tu.. huhuu.. disebabkan kelonggaran pada scru lutut, saya mencorotkan diri.. dari kedudukan no 3 dihadapan ke kedudukan ntah brapa2 di blakang.. hahahah.. Kira pengembaraan ni ala-ala ujian ketahanan utk memenuhi salah satu ciri2 individu muslim la.. QAWIYYUL JISMI. =)

Kata nak kembara alam, hah! Amek ko!! (terkena pada diri sendiri.. sebab sehari sebelum bertolak sempat lagi google lirik lagu kembara alam oleh suhaimi..hehe).Tapi takpe.. semua tu tarbiyyah dari Pencipta , insyaAllah. Semua tu ketentuan yang terbaek dari Yang Maha Halus dan Mengetahui.

Kesesatan dalam perjalanan tu mengajarku erti pentingnya mencari dan berpegang kepada kebenaran. Al-quran dan As-sunnah. Itulah wasiat berharga bagi kita umat nabi Muhammad. Hadiah berharga dari insan yang kita cintai.

“and hold firmly to the rope of Allah all together and do not divided… “ [3:103]

Ya Allah, saya mohon sangat-sangat.. tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu. Ya Muqallibal Quluub, thabbit qulubana ‘ala deenik. Ameen ya Rabb. Rabbana, la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana, wahablana min ladun ka rahmah.. alhumma ameen

Ithar. Kelaparan dalam kesesatan tu mengajar kami erti mendahulukan orang laen dan berkongsi.
Setelah 4 jam perjalanan, kami berjaya keluar dari hutan tu dengan pertolongan pakcik yang baek hati itu. Asid perut mula menghakis dinding menjadikan perut makin pedih. Alhamdulillah, urusetia telah membekalkan masing2 sebotol air dan yang saya nyer masih belum berbuka. So, alas dengan air la dulu.

“sape ada air??” tang tu jugak kedengaran permintaan air dari insan2 yang kehausan.
Dan saya pun dalam keadaan kehausan yang amat. Saya bukak air tu dan telan 3-4 teguk. Nak minum lebih2, orang laen pun kehausan…
Pastu, baru saya jerit.. “sape yang nak air tadi??”

Then I realize..i did something wrong. huhu, betapa tidak itharnya saya nih.aihhh!!. Teringat kisah 3 sahabat dalam perang yarmuk yang kehausan air. Salah seorangnya Ikrimah Abi Jahal. Betapa mereka yang sedang kehausan air yang amat masih lagi mendahulukan sabahatnya disebelah yang juga kehausan, sehingga syahid terlebih dahulu menyambut mereka. SUBHANALLAH! Dan saya??? (=fail?? Usaha lagi!)

Then kami meneruskan perjalanan lagi mencari kebenaran. kami ingatkan bila dah keluar dari hutan belantara tu, kami dah sampai. Rupanya, BELOM! Uuuwwwaaaaaaaaa…. So, pengembaraan diteruskan dan kami sesat jalan lagi. Asek2 sesat! Sadis btol!. Dikala itu, semua orang dah tak tahan. LAPAR yang amat. Frust dengan asek2 sesat makin menambah kelaparan kami..huhuhu. Mujur ada kalangan kami yang bawa duit.. so, dengan baek hatinya mereka pun membelikan tempe goreng bersalut tepung. Sedap nya la haii. Tempe bukan sebarang tempe. Tempe itu rebutan ramai tau! Satu tempe dipatah-patahkan. Dari satu kepingan besar, hingga menjadi satu kepingan yang kecil-kecil. Kecil pun takpelah. Asal semua orang dapat rasa. Yang penting, keberkatan. Kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun. (^.^)

Sesat di tempat yang asing bagi anda. Sebaek-baeknya, kita tanya diri kita balik. Di manakah pergantungan kita time tu??
Allah. Hanya Allah yang berkuasa memberi jalan keluar. Kerana Allah lah yang mengatur setiap urusan hambaNya. Allah kan sentiasa bersama-sama dengan kita? Time sesat tu, kami memang buntu. Tak dapat cari jalan keluar. Hanya doa dan tawakkal padaNya di saat hujan mencurah-curah membasahi telekung dan baju. Ada juga yang bersuara mengingatkan sesama kami.
“jangan putus harap dari Allah. Berbaek sangka denganNYA. Tetap berdoa padaNya. Doa orang musafir kan makbul? Haaa.. time-time hujan plak tu.. hihi”
Alhamdulillah.. akhirnya, kami selamat tiba di tempat yang sepatutnya.

Banyak sangat untuk di stori mori. Moga tarbiyyah pengembaraan ini terpahat utuh di hati ini.
Inna ma’al ‘usri yusran.

13 Muharam 1431H
-memory puncak-

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts