Get me outta here!

March 28, 2010

selepas sebulan lebih...

Bismillahirrahmaanirrahim..
alhamdulillah, pada saat ini, pada detik ini, kita masih lagi diberikan nikmat iman dan islam..masih lagi menghelakan nafas dalam jiwa seorang hamba...

dah lama sangat tak berkongsi di alam maya ni.. kesibukan yg membataskan waktu..dan hampir sebulan semester baru bermula.. dan telah hampir 5 minggu  berada dibumi kiwi kembali.... tapi, kadang-kadang tanya balik diri ni.. sibuk sangat ke aku ni?rasa kerdil sangat untuk mengatakan aku sibuk! apa yang telah aku sibukkan? urusan dunia atau akhirat?

assignments usah kata.. banyaknya.. memang banyak, sampaikan aku rasa.. takkan aku nak hidup dengan berada di lab dan buat report! takkan selamanya nak menghadap assignments! hujung minggu banyak diperuntukkan utk menyiapkan lab2 report dan assignments.. SEDIH. sedih sangat..sebab, selalunya program akan diadakan pada hujung miggu, dan tak banyak komitmen yg dapat disumbangkan.. =(

tak kala datang panggilan untuk ke medan.. hati mula berbolak balik.. sempat ke nanti nak siapkan assignment, report.. huhu.. nampaknya, dunia telah berjaya mengaburiku...
astaghfirullah... dan kala itu, diri ni perlu berhenti sejenak dan bertanya kembali pada diri..
apa yang aku cari?
apa yang aku nak tunjukkan kat Allah nanti?
sijil grad aku ke?
atau tarbiyyah yg ingin aku semai ini?

Allah takkan rugi pape pun kalau kau berundur dari jalan dakwah ini.. tapi, dirimu yg akan menyesalinya kelak!

seakan-akan diri ini lupa.. siapa yg beri nikmat masa? bukankah dari Allah.. dan rezeki tu dari siapa? bukankah Allah yg memberikan rezeki... apa alasan ku untuk tidak menyahut panggilanNYA?

nak malaikat izrail datang dulu baru terkedik-kedik baru nak berjuang untuk agamaNYA?

"infiru khifaafan wa thiqalan...."

muhammad Ar-Rasyid dalam bukunya Pedoman hati ada menulis: *suka sangat2 buku ni, men'crack'kan hati yg 'stone'...*
Hai orang yang terikat oleh  angan-angan yang menyesatkan, hentikanlah keluhan dan rintihanmu, tinggalkanlah penangguhanmu.
Jangan engaku pedulikan jika arus zaman menimpakan musibahnya kepadamu, tetapi berpeganglah kepada agama Allah, inilah sikap yang lebih mulia dan lebih utama.
Engkau mengetahui, hai orang yg heran melihat sikap kami, bagaimanakah jika kita tinggal di permukaan matahari dalam masa yang lama?
wahai orang yang kebingungan, janganlah kamu putus harapan, sesungguhnya kita diharuskan berkerja untuk membangun umat yang terpelihara

-bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba-
perlu lebih perbaiki masa..

Popular Posts

Recent Posts