Get me outta here!

August 03, 2010

duhai jiwa, jika tidak terbunuh, kau akan mati juga..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Demi Allah, wahai pasukanku, sedarilah kembali bahwa perjuangan yang tidak engkau sukai kali ini adalah perjuangan yang kerananya semula kalian ingin ikut serta. Ketahuilah, yang kalian cari adalah mati syahid. Kita memerangi musuh ini bukan berdasar bilangan tentera… kekuatan musuh ataupun banyaknya jumlah mereka… Kita memerangi mereka hanyalah karena mempertahankan agama ini yang dengannya Allah memuliakan kita… majulah… Pasti yang akan kita peroleh adalah salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid …!!"


itulah kata-kata semangat buat kaum Muslimin oleh Abdullah bin Rawahah, ketika mana semangat tentera islam tergugah dengan ramainya bilangan tentera musuh (tentera Romawi).

Pada perang Mu'tah ini, dia dikhabarkan kenyataan bahawa setiap pemegang panji (pemegang bendera) maka ia akan terbunuh. setelah dua panglima pasukan muslimin menemui syahid, (iaitu Zaid bin Harithah dan Ja'far bin Abi Talib) Abdullah Ibnu Rawahah tampil untuk mengganti keduanya, menjadi pemegang panji islam. jihadnya untuk syahid berkobar-kobar..
Dia kini panglima pasukan ini bertanggungjawab atas hidup mati pasukannya. seketika, dia ragu..kecut perut melihat kehebatan tentera Romawi. tetapi, hal itu tidak berlangsung lama. Dia bangkitkan seluruh semangat dan kekuatannya serta melenyapkan semua kekhawatiran sambil berseru..

"wahai diriku, demi Allah ambillah segera!
segeralah ambil panji perang itu atau aku akan memaksamu!
mengapakah gerangan engkau tidak menyukai Syurga?!
wahai diriku, kalau pun tidak terbunuh, engkau tetap akan mati!
apa yang engkau inginkan telah terpenuhi,
jika engkau turuti hal ini maka engkau akan menjadi terarahkan!"

lalu..
Abdullah ibn Rawahah mengambil bendera meluncur ke tengah medan tempur.

ketika dia ditengah-tengah medan tempur itu, berkatalah sepupunya sambil membawa daging bakar
"wahai ibnu rawahah, kau telah berperang selama enam hari, isilah perutmu dengan ini, ambillah hingga badanmu menjadi kuat"

Dia pun mengambilnya dan menggigitnya satu gigitan. tiba-tiba, kedengaran suara serangan hebat dari arah lain. lalu berkatalah dia pada dirinya sendiri..
"Apa ini, wahai Ibnu Rawahah, masihkah kau di dunia! Demi Allah, kau tak selayaknya lagi di dunia."
lalu ia terus masuk ke medan perang, hingga terbunuh.

Rasulullah berkata tentang dirinya dan sahabat-sahabat lain yang terbunuh,
"terlihat olehku dari kejauhan, mereka tengah di syurga, berbaring di atas ranjang-ranjang emas"

sungguh,
antara mujahadatun-nafs dan syurga itu hanya terpisah satu detik!

....
tegarlah!
Allah pasti memberi pertolongan dan kemenangan
tangkislah ujian, mehnah dan dugaan. bermujahadahlah, walaupun bayarannya perit. bertahanlah, walaupun kau rasa penat dipertengahan jalan. jalan ini tidak mudah, dan masih panjang. namun, Allah telah janjikan pertolongan buat hamba-hambanya yang berusaha menegakkan agamaNYA, yang ikhlas mencari RedhaNYA..

ujian-ujian akan datang menguji.. sejauhmana kau betul-betul serius dengan jalan ini. namun, jangan berundur.. sebab kelak kau yang akan rugi. tetaplah bertahan dan mara melangkah mencari Redha-NYA.. kerana Allah tetap menjanjikan kemenangan untuk agamaNYA..
cuma kita yang perlu bertanya diri kita

adakah kita ingin menjadi rantai-rantai penyambung dakwah ini.. atau pun tidak?
berundurnya kita dari jalan ini tidak merugikan Allah sedikitpun, tapi, kita lah yang merugikan diri kita sendiri..

sooo
berusaha!
....

"Tuhan, kalau bukan kerana-Mu, kami pasti tidak mendapat hidayah
Tuhan, kalau bukan kerana-Mu, kami pasti tidak salat dan bersedekah
berikan kami kedamaian
berikan kami keteguhan
kami tidak mahu menemui kehancuran
oleh tangan-tangan tiran dan sewenang-wenang"
[Abdullah bin Rawahah]

rujukan:
hati sebening mata air, Amru Khalid
60 sirah sahabat Rasulullah

dakwah ini jalannya panjang.. teruslah berjalan di jalan yang sama.. 'duhai jiwa, jika tidak terbunuh, kau akan mati juga..' moga pengakhiranku, masih di jalan ini..

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts