Get me outta here!

August 08, 2010

[photo] lesu = rosak langkah bermula


yang dimaksudkan dengan kelesuan itu adalah 'futur' (keletihan).
andai kata, langkah pertama seorang dae itu benar..
jika niat seorang dae dalam menempuh jalan dakwah yang menghantarnya kepada Allah itu jelas..
maka kita tidak akan mengalami kelesuan..
jika kita mundur sekalipun, tidak lah sampai kita menyimpang dari sunnah yang ditetapkan oleh Nabi saw.

namun,
jika langkah bermula kita di jalan ini tidak benar mahupun cacat,
jika dari awal lagi kita mengalami kecacatan rukun ikhlas,
maka kita mengalami kelesuan dan kemunduran.
kita akan penat di atas jalan ini...

tapi, mana mungkin seorang dae mengalami futur, apabila murabbinya mendorongnya dengan kuat sejak langkah pertamanya?

bagaimana ia tidak melangkah dengan cepat hari ni dan hari esok, padahal ia pernah melangkah dengan cepat hari sebelumnya menuju tujuannya?

Barangsiapa yakin, bahawa dirinya mengikuti jejak Rasulullah yang mempunyai keteguhan hati, mana mungkin ia tidak mendapatkan inspirasi dari keteguhan hati panutannya? -Muhammad Ahmad ar-Rasyid


rujukan: ar-raqaiq
....

allahumma ballighna Ramadan..
Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu ialah tika kamu melawan rasa lemah tersebut. –Sayyid Qutb-

berjiwa besarlah!
teruskan melangkah!

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts