nak buat perubahan dan pembaikan, pasti ada ujian dan godaan(+_=)! kerana disitulah letaknya mujahadah kita (^.^)Y
......
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Al Baqarah:286]
jika kebaikan datang menjenguk kita, merapatlah!.bila mana hati kita terdetik untuk berbuat kebaikan, untuk membuat pembaikan diri.. buatlah. sebab, kita tak tahu.. bila lagi kebaikan itu akan menjengah kita..sebab, kita tahu, bila lagi Allah nak detikkan hati kita untuk itu...
bimbang... jika hari ini kita menolak hidayah Allah, jika hari ini kita menolak untuk membuat kebaikan dan pembaikan.kita tidak punya lagi hari esok untuk itu. kekuatan untuk perubahan itu ada dalam diri kita.. selongkar dan carilah. minta pada Allah untuk hadirkan kekuatan itu. inshaAllah, Allah sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNYA yang ingin mendekat padaNYA
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[Al Alaq : 6]
jangan dibiarkan jahiliyyah itu bersarang dalam diri. jangan dibiarkan jahiliyyah dalam diri membesar! jahilliyyah yang masih bersisa itu kelak pasti akan merugikan diri kita sendiri..
jadi, mujahadah itu harus berterusan. kerana jahiliyyah tak akan pernah berhenti menarik kita ke arah itu. tapi, diri kita lah yang harus merungkaikan dan menjauh dari perkara jahiliyyah dan mendekat kepada islam.
semua tu bermula dari diri kita.
mungkin terkadang kita sendiri tewas dengan mujahadah kita, terkadang kita sendiri tak kuat untuk membuang jahiliyyah yang masih membusuk dalam diri.. tapi janganlah kita jadikan itu penyebab itu kita tidak membuang jahiliyyah itu. kitalah yang mencorak diri kita menjadi islam atau sebaliknya. kecil atau besar mujahadah kita terhadap sesuatu perkara itu, Allah yang hitung. susahnya kita rasa nak membuang jahiliyyah dalam diri tu, Allah Maha Tahu semua itu. semua itu ujian untuk kita. dan pasti, ujian yang Allah beri itu, kita boleh hadapinya. Allah cuma nak tengok, adakah kita berusaha untuk meninggalkannya. Adakah kita telah benar dalam mujahadah kita.
"jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam" - maimun bin mahran
dan orang mukmin itu tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya. tidak terlintas dihatinya ketika melafazkan kalimah 'dua kalimah syahadah' melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain]
Allahumma ballighna ramadhan..
0 comments:
Post a Comment