Get me outta here!

January 09, 2010

hargai sehat sebelum sakit

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Hamdan lillah ‘ala kulli nikmah.
Semalam, saya berpeluang untuk tidur di hospital. Teman nenek yang warded di sana. Pastu, saya terfikir, patutlah doctor-doctor ni orangnya pandai-pandai… ehehe.. tahu tak kenapa?

“orang yang paling bijak di antara kamu adalah orang yang sentiasa mengingati mati”

Maybe this is one of the reason. Semalam saya rasa, bestnye la hai orang yang kerja kat hospital ni. Tak kesah la watak apa pun, nurse ke.. pembantu ke, doctor ke , cleaner ke.. or pape la… sebab sentiasa diingatkan dengan kematiaan. Sedikit sebanyak, kita diingatkan yang kita tak kekal lama di sini. Hanya sementara. Moga Allah mengurniakan kita pengakhiran yang baik, husnul khotimah inshaAllah. Amen.

Semalam, jam 1 pagi.. tiba-tiba dengar makcik mengaduh sakit. Saya bangun angkat kepala, tapi tak tahu makcik yang mana..
“aduh… sakit”
Sedar jam 4 pagi pun dengar lagi suara yang sama mengaduh sakit.. tak tidur agaknya makcik tu.. =(

Kan best, kalau time sakit tu lidah kita sentiasa mengingatiNYA, kita tukar words “aduh.. sakit” to “allah..allah” . semua yang berlaku atas kehendakNYA. Moga redha. *nasihat utk diri sendiri*

Semoga Allah menitipkan kesabaran dalam hati makcik2 dan nenek2 dan semua..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“segala sesuatu yang menimpa seorang muslim baik berupa keletihan, kepayahan, kegundahan, kesedihan,kesakitan, dan kegalauan bahkan duri yang mengenai kakinya, Allah akan menghapus dengannya sebagian dari kesalahanmu”[HR Bukhari (11/239)(5641), Muslim (4/1582)(2573)]

Jesteru, anggaplah jarum suntikan itu sebagai duri. Di sini, saya nampak untungnya jadi orang mukmin, semua ada ganjaran di sisiNYA.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguhmenakjubkan urusan orang mukmin itu, semua urusan adalah kebaikan, dan hal itu tidak mungkin terjadi kecuali pada seorang mukmin, jika ia mendapat kenikmatan is bersyukur, maka itulah yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa kesusahan ia bersabar, maka itulah yang terbaik untuknya” [HR Muslim (4/1815)(2999)

Best kan?? Moga hidup mati kita dalam iman. inshaAllah. Moga sakit kita itu makin mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta. Jika Allah bagi kita sembuh, Alhamdulillah.. itu pemberian dari Allah. Jika ditakdirkan kita tak sembuh-sembuh, pun kena bersyukur jugak, Alhamdulillah..inshaAllah itu yang terbaek. Semuanya berupa kebaikan. Mungkin Allah nak bagi kita pahala sabar dan nak test power pergantungan padaNYA.

So, time kita sakit, kita kena tanya diri kita.. di mana pergantungan kita? Pada Allah yang memberi dan menyembuhkan ke pada ubat-ubatan yang diberi doctor dan nurse?? Tepuk dada, Tanya iman. Sentiasalah refresh, tajdid, perbaharui iman kita.

Hargai sehat sebelum sakit!
Hasbunallah, wa nikmal wakeel, nikmal maula, wa nikman nasir

2 jan 2010
-memory jadik nurse tak bertauliyah-

jangan biarkan bas menanti!

Terlepas bas:

Jam menunjukkan jam 8:33.. tayar bas mula bergerak, sedangkan saya baru jer keluarkan beg dari bonet kereta. Dan bas itu mula bergerak meninggalkan saya. Abang cuba kejar bas tu (lari) dan memanggil-manggil driver bas dari luar, tapi bas tu terus jer jalan tanpa menunjukkan gaya2 mau berhenti.

Hoh0ho0.

“Cepat, letak beg balik dalam kereta! Kita kejar bas tu” arah abang.
Dan saya dengan tema, bertindak mengikut arahan.. hanya mengikut.

Turbo!. Kereta wira mengaum laju. Laju weiii.. rasa cam masuk gerak khas plak. bas tu berjaya dikejar. Abang hon bas tu dan mengisyaratkan untuk berhenti.

Ahdf&S68re93re HSfdkjcwe87r9PmhHz#^(*$_M kdmfc vjefo,cxseu89r..bla bla bla..

Insiden tak sepatutnya berlaku telah berlaku diluar tindakan luar kawal serebrum dan serebelum. . sape yang salah??
Saya lewatkah??rasa cam dah siap awal dahh..huhu
Abang marah driver sebab tak tunggu??? Sebab lewat tak sampai 5 minit pun
Sebab pakcik driver gerak ontime sangat, 8.30 tayar bergolek??
Co-driver yang jugak hangin??
Ape kess???

Ntah…
Dan sayalah mangsa. Aihh.. tak puas hati betul co-driver tu ngan saya. Dari langkahan pertama naik bas, sehingga plus menus 10 minit pertama saya kat dalam bas tu kot..

Bla bla bla…

Sayalah yang kena ‘ceramah’ free dari co-driver tu.. dah la dia cakap kuat. Sedangkan dia duduk sebelah kanan seat bas. Jarak 1 meter je kot ngan saya. Tapi macam nak suruh satu bas tu dengar (sila husnuzhon ye cik puan.. baekk!!). Pakcik driver tu ok jer. Takde pun nak cakap lebih-lebih. Hmphh.

“fal yaqul khairan au yasmut”. Dan saya hanya mampu mendiamkan diri. Orang tengah ‘hot’, jangan ditambah air panas. Dan sesekali, saya pandang makcik and baby kat sebelah. Hanya mampu tersenyum kat makcik yang turut kena dengar apa yang dia tak sepatutnya dengar. Kesian baby kat sebelah, nyenyak ke dia tidur sambil dengar ‘khutbah ‘ pagi sabtu tu..

Pastu abang call:”kalu drebar tu maroh, ambek no plate bas deh”
Hanya sepatah perkataan mampu dijawab: “ho” aka “ya” (tapi, saya tak ambil pun.. makin mangharu-birukan suasana adalah..baek tak yah)

Akhirnya, ‘ceramah’ co-driver tu berakhir jua.

“mek nok turun mano?” tanya makcik memecah keheningan.
“koto baru”


Time tu ok lagi. Memandangkan perjalanan jauh lagi. Jangan dibazirkan masa. Saya amek quran dalam beg dan baca. Tetiba rasa sedih ngan peristiwa yang berlaku tadi.. Teringat ayat ‘wa ‘ibadur rahman..’

“adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan , “Salam”..” akhiril aayah” [al-furqan, 25: 63]

Dan perasaan dah tak tertahan. Sedih ngan bedilan dan tembakan kata-kata co-driver tu tadi. Air mata mengalir jua akhirnya. Aihh.. manja betul minah sorang nih. (tak nak nanges, tapi air mata ni yang nak turun.huhu). dah la time tu, duduk depan sekali. Betul-betul belakang driver. Memang sah-sah dua-dua pakcik tu nampak kot. Huhu. Abaikan. Makcik kat sebelah memang perasaan. Maaf la, tak leh tahan dahhh makcik.

Yang saya tahu time tu. Saya pun ada perasaan gak. Ada malu gak. Kalau nak marah ke, nak tegur ke.. go on! Saya boleh terima, tapi biar lah berhikmah sket. Tak perlu nak tinggikan suara camtu sekali.

Sedih sangat time tu.. rasa cam nak jer cakap jer dekat pakcik co-driver tu: “apa salah saya sampai pakcik ‘tembak’ saya ngan kata-kata camtu sekali??

Tapi, dah tak mampu nak bersuara time tu. Biarlah. Mungkin ni kafarah dosa saya.

Uwwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya sampai di Stesen bas Central Putrajaya. Dah kering dah air mata. Lalu saya turun dan naek bas yang sepatutnya untuk pulang.
Berterima kasih pada driver yang baek hati dan memberi salam dan berlalu pergi. Naek bas satu lagi pun, sambung sedih lagi… aiyakkk!!!!

Pengajarah al-kisah:
1- jangan lambat naik bas!
2- berhikmah dalam memberi teguran pada insan2 yang bernama manusia, kerana mereka punya perasaan. Mungkin boleh apply teori burger.
3- kalau nak nanges, nanges jer… pendam lama2 kang berkarat plak! Haha (abaikan nasihat ini)
4- jangan mencela. Tutuplah aib orang muslim di dunia, nescaya Allah menutup aib mu di akhirat kelak, inshaAllah. Kita dimuliakan hari ni pun sebab Allah. Bayangkan kalau kita buat salah, salah tu tertera kat dahi cam screen bill board, confirm orang tak masuk dekat kita, dan pasti, kita tak mau kuar rumah. So, bersyukur padaNYA kerana menutup aib kita hari ni.
5- jangan memperlaga-lagakan orang. Damai-damaikanlahhh. Tak best kan tengok orang gaduh-gaduh ni. Anta g perang kat Palestin nak? Bleh syahid! yeayyy
6- sabar atas sesuatu yang menyakitkan. Erkk!! Cam susah jer… usaha!! Muslim boleh!!
7- senyummmmmmm… moga-moga kesedihan itu pergi jauh-jauh sket.. “senyum seindah suria..yang membawa cahaya.. senyumlah dari hati.. duniamu berseri..”
8- dan baaaaanyyyyaaaaaaaakkkkkkk lagi.

Apa-apa pun pakcik2, makcik, baby dan yang ada dalam bas time tu.. saya minta maaf atas apa yang berlaku. Sama-sama memaafkan la ye. Ambillah iktibar dan jadikan pengajaran. Moga tak berulang lagi. Sejarah akan berulang kalau manusia lupa sejarah itu.
So, jangan lupa sejarah islam! Islam pasti bangkit!! Jaisyu Muhammad saufa ya’ud. Biiznillah.

“… barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia..” [asy-syura, 42: 43]

26 dis 09 (tsunami dalam bas rupanya, bru perasan. Hehe)

diary bogor: lost in the jungle!

menjejaki hutan:

Sesat selama 4jam! Fuhh… itu lah yang berlaku kepada group saya dan 2 group laen lagi. Kira kami sesat secara berjemaah la ni..haha. rasa cam nak longgar scru lutut ni. Mana taknya, jalan kaki 4jam di perkampungan ntah sape2..huhu.. dah la, kat pertengahan jalan di kala kesesatan tu hujan lebat… pondok2 nak berteduh pun takde..yang ada hanya 3batang payung untuk muatan hampir 18 orang!! Ngakk muattt dong nyaaaa!!

Alhamdulillah, dikala kami terhimpit cam sardin bawah payung 3bijik tu (saya terkecuali).. Allah hantar insan2 untuk membantu kami yg kesesatan. Jenuh die explain direction nak ke tempat tu.. tapi, kami taak paham jugak..huhu.. last2, minta jasa baek dia untuk hantarkan kami ke tempat tu. Alhamdulillah, dia sudi.

Awal2,pakcik tu dah bagi 2 option, nak jalan separuh jalan then naek angkut (van), atau nak guna short cut jalan kaki.. selepas berbincang dalammajlis syura kala tu, kami decide untuk jalan kaki guna short cut, kira tak guna direction dari peta yang disediakan oleh pihak ajk..

“alang2 baju dah basah kuyup, kita jalan je laa..” saya pun sependapat sama..hoh0ho0

Tapi, jalan short cut tu.. SUBHANALLAH!!! Memang mencabar. Ingatkan bila dah ‘cut’, dekat jer la, rupanya perjalanan itu masih jauh.‘long cut’ rupanya ;p. bukit mana la yang kami panjat tu.. huhuu.. disebabkan kelonggaran pada scru lutut, saya mencorotkan diri.. dari kedudukan no 3 dihadapan ke kedudukan ntah brapa2 di blakang.. hahahah.. Kira pengembaraan ni ala-ala ujian ketahanan utk memenuhi salah satu ciri2 individu muslim la.. QAWIYYUL JISMI. =)

Kata nak kembara alam, hah! Amek ko!! (terkena pada diri sendiri.. sebab sehari sebelum bertolak sempat lagi google lirik lagu kembara alam oleh suhaimi..hehe).Tapi takpe.. semua tu tarbiyyah dari Pencipta , insyaAllah. Semua tu ketentuan yang terbaek dari Yang Maha Halus dan Mengetahui.

Kesesatan dalam perjalanan tu mengajarku erti pentingnya mencari dan berpegang kepada kebenaran. Al-quran dan As-sunnah. Itulah wasiat berharga bagi kita umat nabi Muhammad. Hadiah berharga dari insan yang kita cintai.

“and hold firmly to the rope of Allah all together and do not divided… “ [3:103]

Ya Allah, saya mohon sangat-sangat.. tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu. Ya Muqallibal Quluub, thabbit qulubana ‘ala deenik. Ameen ya Rabb. Rabbana, la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana, wahablana min ladun ka rahmah.. alhumma ameen

Ithar. Kelaparan dalam kesesatan tu mengajar kami erti mendahulukan orang laen dan berkongsi.
Setelah 4 jam perjalanan, kami berjaya keluar dari hutan tu dengan pertolongan pakcik yang baek hati itu. Asid perut mula menghakis dinding menjadikan perut makin pedih. Alhamdulillah, urusetia telah membekalkan masing2 sebotol air dan yang saya nyer masih belum berbuka. So, alas dengan air la dulu.

“sape ada air??” tang tu jugak kedengaran permintaan air dari insan2 yang kehausan.
Dan saya pun dalam keadaan kehausan yang amat. Saya bukak air tu dan telan 3-4 teguk. Nak minum lebih2, orang laen pun kehausan…
Pastu, baru saya jerit.. “sape yang nak air tadi??”

Then I realize..i did something wrong. huhu, betapa tidak itharnya saya nih.aihhh!!. Teringat kisah 3 sahabat dalam perang yarmuk yang kehausan air. Salah seorangnya Ikrimah Abi Jahal. Betapa mereka yang sedang kehausan air yang amat masih lagi mendahulukan sabahatnya disebelah yang juga kehausan, sehingga syahid terlebih dahulu menyambut mereka. SUBHANALLAH! Dan saya??? (=fail?? Usaha lagi!)

Then kami meneruskan perjalanan lagi mencari kebenaran. kami ingatkan bila dah keluar dari hutan belantara tu, kami dah sampai. Rupanya, BELOM! Uuuwwwaaaaaaaaa…. So, pengembaraan diteruskan dan kami sesat jalan lagi. Asek2 sesat! Sadis btol!. Dikala itu, semua orang dah tak tahan. LAPAR yang amat. Frust dengan asek2 sesat makin menambah kelaparan kami..huhuhu. Mujur ada kalangan kami yang bawa duit.. so, dengan baek hatinya mereka pun membelikan tempe goreng bersalut tepung. Sedap nya la haii. Tempe bukan sebarang tempe. Tempe itu rebutan ramai tau! Satu tempe dipatah-patahkan. Dari satu kepingan besar, hingga menjadi satu kepingan yang kecil-kecil. Kecil pun takpelah. Asal semua orang dapat rasa. Yang penting, keberkatan. Kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun. (^.^)

Sesat di tempat yang asing bagi anda. Sebaek-baeknya, kita tanya diri kita balik. Di manakah pergantungan kita time tu??
Allah. Hanya Allah yang berkuasa memberi jalan keluar. Kerana Allah lah yang mengatur setiap urusan hambaNya. Allah kan sentiasa bersama-sama dengan kita? Time sesat tu, kami memang buntu. Tak dapat cari jalan keluar. Hanya doa dan tawakkal padaNya di saat hujan mencurah-curah membasahi telekung dan baju. Ada juga yang bersuara mengingatkan sesama kami.
“jangan putus harap dari Allah. Berbaek sangka denganNYA. Tetap berdoa padaNya. Doa orang musafir kan makbul? Haaa.. time-time hujan plak tu.. hihi”
Alhamdulillah.. akhirnya, kami selamat tiba di tempat yang sepatutnya.

Banyak sangat untuk di stori mori. Moga tarbiyyah pengembaraan ini terpahat utuh di hati ini.
Inna ma’al ‘usri yusran.

13 Muharam 1431H
-memory puncak-

diary jakarta3

Juadah kami:

Sebenarnya, saya agak terkejut dengan juadah makanan ketika kami di sana.
Mantap!
Hanya seekor ikan keli dan beberapa ketul ayam dalam satu talam yang dikongsi makan bersama 6 teman yang laen. Sememangnya… lauk itu tak cukup.. sayur pun beberapa kerat cuma. Pakar pemakanan kata, gizi tak seimbang..apa-apa lah.. Tapi, islam mengajarku untuk berkongsi. Makanan 1 cukup untuk 2orang, makanan untuk 2 cukup untuk 4.. bukankah begitu??

Cukup jer sebenarnye kan??? Cuma nafsu rasa nak makan banyak.. hoh0hoh0. Enuf oledi aceli !
1/3 untuk nasi, 1/3 untuk air,1/3 lagi untuk udara.

Kadang2, juadah hanya berlaukkan tempe! Subhanallah!! Hebatnya kawan2 saya kat sni… mereka pernah bercerita pada saya, time poket kering hujung bulan.. cukuplah tempe menjadi hidangan.. terlopong saya mendengarnya..
Sebab, kalau kondisi tempat saya.. paling pokai dan cikai pun.. kami masih berlaukkan sardin ataupun telur goreng sebagai juadah.. dan itu jarang 2 berlaku.. (selalunya reason utk lauk camtu, buzi atau malas ;P)

Kalau guna teknik ni untuk wat program kat tempat saya… kompen abes lari mad’u2 kat sana.. ermm, even dah hidangkan tomyam ayam pun.. dapat komen..huhu

“akak, len kali tukar menu la plak.. asal program jer.. mesti tomyam..huhu”

Penah sekali naqibah saya kata: “kita hidang adik-adik sup telur lahh.. cepat, murah dan sedapp”
“huh!.. tidakkkk!!!.. jangan-jangan.. kang nanti, ini program terakhir adik-adik tu datang.. “

Mungkin pendekatan yang berbeza untuk situasi yang berbeza.. ermm, tapi sampai bile???!!!

Kadang2 kita tak leh manjakan diri sangat. Takkan tiap-tiap masa nak makan lauk mauk yang sedap medap.. aihhh.. mana bulehhh… kadang-kadang, kena rasa makanan orang susah gak! Baru ada sifat emphaty. Kalau tak rasa susah sendiri, takkan rasa perasaan susah makan tuuu.. ala cam peribahasa.. letak diri sendiri dalam kasut orang tu!!

January 04, 2010

diary jakarta2

Kanak-kanak di tepi tingkap:

Ketika itu saya di dalam teksi. Tiba2 kedengaran suara kanak2.

“mmbakk… mmbakkk…” memanggil2 dari tepi tingkap blue bird. Meminta sedekah dari kami.

Tak biasa dengan situasi itu. Serba salah saya jadinya.
Patut diberi ke tak??
Dalam dompet hanya ada 100 000 rupiah sekeping. Takde yang kecil.
Bagi je la 100 000rupiah tu!
Ermm, Duit tu ada keperluan laen yang lagi penting.insyaAllah.
Pastu, akak kat sebelah saya tiba2 bersuara. Mungkin nampak muka saya yang serba salah ni kot.

“kadang2, bukan sebab kita tak nak bagi.. tapi takut nanti diorang memanjakan diri mereka dengan mencari nafkah dengan cara sebegini. Lagi pula, kalau kita beri, nanti dia akan panggil lagi geng2 seangkatan dengannya datang”

Kesiankan mereka tu… nak cari sesuap nasi pun susah =( . dalam hati hanya mampu berdoa. Moga Allah bantu saudara-saudara seislamku di luar sana. Moga diperkenankan.

Bersyukurlah dengan keadaan kita sekarang. Kalau kita rasa hidup kita sempit, kalau kita rasa kita ni miskin, kalau kita rasa kita hidup susah, kalau kita rasa kita dah pokai, poket dah kering dan sewaktu dengannya.. ada lagi insan2 diluar sana yang lagi susah dari kita..

Keperitan hidup itu suatu nikmat. Bagi saya, kesusahan lagi hebat tarbiyyah nya. Lagi dekat dengan Maha Pencipta. Lagi tinggi tahap pergantungan pada Yang Maha Esa.

Oleh itu, saya menyeru diri saya untuk berterima kasih pada yang Maha Memberi.
Bersyukurlah!
Alhamdulillah ‘ala kulli hal

diary jakarta1

Tentang mereka pada pandangan saya:

Mereka mengambil setiap peluang yang ada untuk berkerja mencari nafkah untuk keluarga. Mereka menolong mencari tempat parking, tolong angkutkan barang, even tolong payungkan insan2 yang lalu lalang ketika hujan.
“Baiknya diorang ni!”
Lalu kawan saya balas balik. “itu cara diorang dapatkan duit laaa.. susah sangat nak dapat kerja”
“owhhhhh….”

Upahnya? Terserah kepada yang ditolong. Tu pun hanya dapat beberapa ribu rupiah. Kalau yang berbaek hati, dapat lah lebih. Dan sesetengah, tidak memberikan upah pun. Bagi saya, itu lebih baek bagi mereka mencari nafkah seumpama itu walau upahnya tidaklah selumayan mana, better than yang tadah tangan di tepi jalan sedangkan badannya masih sihat.
Tapi takpe ibu2, bapak2.. kalau takde orang bagi upah, nanti Allah bagi. balasan Allah lagi best! Semoga sekecil-kecil pertolongan ketika di dunia ini, itulah yang memberatkan timbangan mizan kita nanti, inshaAllah.

Keadaan mereka yang mengambil setiap peluang yang ada untuk mencari sesuap rezeki mereflek balik diri saya, sejauh mana saya mengambil setiap peluang yang ada untuk membuat kebaikan, menyampaikan islam dan mencari mad’u.

Bunyi cam susahkan??!
Saya pun akuinya. Sama2 lah kita cuba memanfaatkan setiap peluang yang diberikan Allah untuk islam.
Moga setiap detik waktu yang berlalu hanya lillah.. semuanya untuk ISLAM.

Suka lagu ni (^.^)
“Qalbi lillah.. ruuhi lillah.. maali lillah.. kulli lillah.. lillah” –ama zilna by benammi

Demi masa!

Fighto -oohh

Popular Posts

Recent Posts