Get me outta here!

September 30, 2009

ramadan vs syawal

bismillaahirrahmaanirraheem..

dah 10 hari Ramadan berlalu meninggalkan kita..
selama 10 hari ni, cuba kita muhasabah diri kita balik..
sama tak 10 hari pertama syawal ini dgn 10 hari pertama Ramadan yg lalu??
ermmm...

10 hari pertama Ramadan yang lalu
masjid-masjid penuh dengan jemaah,saff-saff bersusun sampai belakang
tapi, 10 hari pertama Syawal
masjid-masjid 'melopong'.. saff nak cukupkan sebaris pun susah!

10 hari pertama Ramadan yang lalu,
solat sunat rawatib,dhuha semua nak buat..
10 hari after syawal,
nak buat yang sunat-sunat ni pun pikir 17x,
apa boleh buat, assingnment menimbun time ni...

10 hari pertama Ramadan yang lalu,
dah habis dah kot 10 juz quran or lebih
tapi, 10 hari after syawal...
berapa page dah agak2 nya ye??
10 juzuk ke 10 surah??

10 hari pertama Ramadan,
bukan main lagi bersemangat..
tiap-tiap malam bangun qiam
tapi, malam-malam after syawal ni..
zzzzz..... lingkuppp....ZZZZZ
kalah dgn bantal dan katil..

hmph....
inikah graduan sekolah Ramadan?
layakkah kita bergelar graduan Ramadan?
layakkah aku bergelar graduan Ramadan???

dalam Ramadan yang lalu,
kita cuba sedaya upaya untuk berpuasa..
bukan sekadar menahan lapar dan dahaga..
tapi sedaya upaya menjaga lidah, pandangan, pendengaran dan HATI

sekarang?
adakah kita masih SEDAYA UPAYA cuba untuk MENJAGA
lidah kita
pendengaran kita
pandangan mata kita
HATI kita
terpeliharakah?? terjagakah?

FirmanNYA: "Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [11:112]

moga tarbiyyah Ramadan masih lagi kekal dalam dirimu!
moga terus thabat!

MUJAHADAH!!

*berperanglah dengan diri sendiri! *

September 28, 2009

kamu di uji dgn sesuatu yang kamu sayangi

bismillahirrahmaanirraheem
alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat iman dan islam pada kita.. tanpa rahmat dan belas dariNYA, siapalah kita kan?? kerdil sangat2... tak mampu nak buat apa2.. hinaNYA aku rasakan aku nih.. moga Allah tak memalingkan hati kita dari agamaNYA..mohon sangat2 ya Allah

setiap orang diuji dengan ujian masing2.. yang bersesuaian dengan dirinya, aku pun sama..

benarlah kata2 sahabatku.. aku diuji dengan sesuatu yang disayangi.. wayar laptopku buat hal.. tanpa wayar, selama mana sangat la laptopku boleh bertahan seorang diri.. laptop tu memerlukan wayar charger yang menyambungkan dirinya pada sumber electrik yang dapat membekalkan dirinya kekuatan untuk terus bermanfaat pada orang lain...

moga hikmah yang terjadi padaku ini, sesuatu yang Allah dah tetapkan yang terbaek untukku.. =) *dan aku turut merasakn rosaknya wayar menyebabkn laptop tak brapa nk bukak.. byk positifnya padaku.. takdelah aku nk membazirkan waktu depan laptop sangat.. cuma rasa susah sket bila perlu updates notes from uni.. paling kurang, penyakit internet addict aku ni bleh dikurangkan* alhamdulillah, hebatnya rencana Allah ini..

begitu tersirat kurasakan kisah wayar dan laptop yang menimpa diri ini.. seolah-olah ada satu mesej tersirat yang ingin aku faham darinya..~keizinan utk menyertai program time summer nnt.. jwpnnya masih belum pasti..=_= ~aku dah dpt agak jwpn tu..*sedihnyerr =( * dan aku merasakan pentingnya program tu nanti, untuk memberi kekuatan padaku yang baru dalam medan ini.. sebagaimana pentingnya wayar charger utk laptopku tu.. 

dai'e tak leh lemah! kan Allah yang pegang hati manusia!.. be positif!  *moga Allah memberikan aku peluang itu, dan aku mengharapkn sesuatu yang terbaek untukku ya Allah*

"semoga kamu tak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" [al-Hadid, 57: 23]
jangan sedih2 tau! Allah tahu yang terbaek bagi dirimu...

September 25, 2009

doa1 - doa iftitah


"Ya Allah, jauhkanlah aku dari pada kesalahan dan dosa sejauh jarak timur dan barat..
Ya Allah, bersihkanlah aku dari segala kesalahan dan dosa-dosa bagaikan bersihnya kain yang putih dari kotoran...
Ya Allah, sucikanlah kesalahanku dengan air, dengan air salju yang sejuk dan angin..." 

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w diam seketika selepas bertakbir semasa sembahyang sebelum membaca Surah Al-Fatihah, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Engkau yang lebih aku sayangi daripada ayah dan ibuku aku melihat kamu diam di antara takbir dan bacaan Surah Al-Fatihah, apakah yang anda baca? Baginda menjawab dengan bersabda: Aku membaca doa:

اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَاعِدْ بَÙŠْÙ†ِÙŠ ÙˆَبَÙŠْÙ†َ Ø®َØ·َايَايَ ÙƒَÙ…َا بَاعَدْتَ بَÙŠْÙ†َ الْÙ…َØ´ْرِÙ‚ِ ÙˆَالْÙ…َغْرِبِ
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù†َÙ‚ِّÙ†ِÙŠ Ù…ِÙ†ْ Ø®َØ·َايَايَ ÙƒَÙ…َا ÙŠُÙ†َÙ‚َّÙ‰ الثَّÙˆْبُ الْØ£َبْÙŠَضُ Ù…ِÙ†َ الدَّÙ†َس 

اللَّÙ‡ُÙ…َّ اغْسِÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ِÙ†ْ Ø®َØ·َايَايَ بِالثَّÙ„ْجِ ÙˆَالْÙ…َاءِ Ùˆَالْبَرَدِ

yang bermaksud: Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah! Bersihkan daku dari dosa-dosaku sebagaimana bersihnya baju putih daripada kotoran. Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan angin.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 940

September 21, 2009

yeay.. raya!!

allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar, wa lilallahil hamd...

alhamdulillah.. hari ni rayaaa!! hari kemenangan untuk umat islam di serata dunia.. ada yg raya semalam. tapi, kami di sini beraya hari ni..

seronok! ni kali kedua beraya di perantaun.. tak menitis lagi air mata ni..  *sebak sket2 tu ade la*
so, hari ni ramai lah insan2 membuka rumah masing2 menanti kehadiran tetamu dan diff jemputan.. hidangan tu semuanya best2.. rambang mata kalau tengok makanan tu. (>.<)

tapi kena ingat, makan biar berpada-pada.. jangan sampai pecah perut, dan berat nak solat.. jangan sebab best sangat ziarah2 orang ni, sampai terlepas waktu solat.. beware!
satu hal aku tengok.. masak2 ni memang seronok, apatah lagi kalau kita masak nak jamu orang.. tapi, biarlah berpada-pada.. elakkan pembaziran... bersederhanalah..itu lebih baik.. *belajarlah dari kesilapan*

Allah dah pesan dalam firmanNya"
" makan dan minumlah, jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" [al-'Araf, 7:31]

hari raya adalah hari meraikan kemenangan, bukan meraikan pesta makanan!
gemakan dalam dirimu, rumahmu, tempat tinggalmu dengan takbir..memuji keagunganNYA.. insyaAllah..

buat semua umat islam, sy ucapkan: 
تقبل الله منا و منكم
"Taqabbalallahu minna wa minkum" yang bererti "semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu"

ps: raya bersama kelas + asignment + lab report + + +* = ($_@) = cabaran beraya di perantauan
mak.. nak laksaaaaaaaa...........thanks kaklong for the baju raya, time kasih mak ayah for the cookies..

1 syawal

September 20, 2009

tetamu stay sehari lagi.. =)

bismillahirrahmaanerraheemm..
di saat ini, di tanah airku mesia, di negeriku kelantan, di masjid kampungku, dan dimana2 masjid sekali pun.. masjid2 telah pun di penuhi dengan jemaah2.. tengah menunaikan solat raya..hoh0ho.. mesti masjid tak cukup ruang kan?? ehehe.. biasalah, solat sunat raya, berduyun2 orang ke masjid, kalau time solat fardhu.. ke manakah semua orang menghilang??? ohh.. invisible man rupanye insan2 ni.. ermmm.. menarikkkkkk!!

time ramadan pun kita dah boleh ramalkan.. benarlah, masjid dan surau bakal dipenuhi dgn jayanya pada awal2 ramadan.. dan di akhir ramadan, bilangan saff dah mula berkurang.. bilangan saff dah mula bertambah di shopping2 complex dan di dapur.. oh manusia! jangan kau tertipu dengan dunia!

pelik kan manusia ni?? *abes aku ape?*

alhamdulillah
untuk aku di sni, Allah masih lagi menghadiahkan ramadan.. puasa 30 hari, tetamu agung itu masih sudi bersama kami di bumi silver lining ini.. makanya, kami tidaklah beraya hari ni.. slamat hari raya to kawan2 yang beraya hari ni... 
sy bakal menyambut hari kemenangan itu esok!

semalam cuaca di sni, mendung seharian.. so, bulan pun malu2 la kuar..

esok Eid Fitri.. hari untuk umat Islam menyambut kemenangan... menangkah aku? berjayakah aku grad dalam sekolah tarbiyyah ini?? moga tarbiyyah ini berterusan utk menempuh 11 bulan mendatang.. moga terus thabat dan istiqamah

"And verily, I am indeed Forgiving to him who repents, believes (in My Oneness, and associates none in worship with Me) and does righteous good deeds, and then remains constant in doing them , (till his death)" [Taha, 20:82]

ps: di saat ini, takbir sedang bergema di masjid2, di rumah2 dan di masjid.. rindu nak takbir bersama.. sama2 lah bertakbir memuji keagungan Yang Maha Agung... ayah, mak.. rindu nak dengar ayah bertakbir.. rindu nk takbir bersama.. *sob sob*

30 Ramadan 1430

September 19, 2009

bakal merinduimu..


bismillahirrahmaanirraheem
alhamdulillah, syukur sangat... kerana masih lagi diberi nikmat iman dan islam.. best kan?? syukur sangat sebab masih lagi bernafas pagi ni, masih ada kekuatan utk berkata2 di keyboard ni..

alhamdulillah... alhamdulillah 'ala kulli hal..

hari ni dah hari ke 29 kte berpose.. harap2 nye, puasa kite bukan sekadar menahan lapar *sampai bunyi2 perut*.. dan bukan juga sekadar menahan dahaga *teguk air liur jer la time lalu nz natural tu.. oh chocochillo* harapnya, bukan sekadar itu... aim kita jauh lebih besar pada tu.. 'memenjarakan nafsu', mencipta taqwa.. mencari kemanisan dalam beribadah kepadaNYA.. insyaAllah

sekarang, ayuh muhasabah diri kita balik.. berjayakah kita mentarbiyyahkn diri dalam klinik Ramadan ini.. sejauh mana kita menghargai tetamu ini?? sejauh mana usaha kita utk memburu malam al-Qadr yang dijanjikan 1001 kebaikan dalamnya?? adakah tamu ini dilayan sepenuh hati atau dibiarkan berlalu sepi?? *tepuk dada, tanya iman.. at taqwa haa huna* moga kita semua kekal isitiqamah dgn apa yang kita buat.. insyaAllah.. klu time berpuasa kte bleh wat, takkn bulan2 mendatang tak leh kan?? hehe.. jom usaha!

rugilah kita, jika kita termasuk dalam golongan insan2 yg mengabaikn tetamu agung ini.. tetamu yang hanya datang setahun sekali.. bulan yg penuh berkah.. rugi rugi.. rugi yang tak dpt direplacekn dah.. moga tidak tergolong dalam golongan yg lengah..
Sabda Nabi s.a.w. : "Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan : Amin." ( H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ; Halaman : 37-39 )

moga tarbiyyah ramadan ini berkekalan, menjadikan kita insan yg lebih baek dari yg sebelumnya.. andai esok raya, maka malam ni berakhirlah ramadan.. tetiba rasa sebakk..=(
Ya Allah, mungkinkah aku akan berjumpa lagi dengan tetamu istimewa ini?? Ya Allah, kami mengharapkn keampunan atas segala dosa2 kami.. rahmatilah kami dan jauhkan kami dari azab api neraka.. Ya Allah, terimalah segala amal kami.. andai ini Ramadan yang terakhir bg kami, jadikan ini sebagai Ramadan yg termanis yg pernah kami kecapi... allahumma ameeenn

duhai rijal2! tarbiyyah ini masih perlu dikekalkn walau ramadan berlalu.. aku perlukn kamu utk mengingatkan aku! yuk mujahadahh!!
harapnya, kte semua layak tersenyum penuh bahagia di pagi raya nanti... ini lah hadiah dari Allah atas kesabaran kte berpuasa..

Eid Mubarak!
maaf zahir dan batin

September 14, 2009

astaghfirullah... ampun daku Ya Ghaffar

Da'i Nada ~ Astaghfirullah


Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khotoyaa
Robbiy zidniy 'ilman nafi'aa
Wa wafiqni 'amalan soliha

Allah Tuhanku ampuni hamba
Dari segala salah dan lupa
Akulah hamba yang lemah iman
Harap ampunan Engkau curahkan
Ya Allah

Setulus doa aku panjatkan
Semoga rahmat Engkau limpahkan
Pada ibuku juga ayahku
Yang melahirkan membesarkanku
Bagi mereka guru-guruku
Jasa tercurah selalu untukku

Berilah hamba ilmu berguna
Untuk pelita di dalam jiwa
Kuatkan iman di dalam dada
Tunduk patuh padamu semata
Ya Allah

*ku mohon diberikan kekuatan ya Allah.. daku insan yg sangat lemah.. lemah sangat.. kuatkan aku ya Allah! aku mohon dengan sangat*

24 Ramadan 1430

September 13, 2009

aku keliru..

dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
sungguh aku tengah keliru
keliru
kompius
bingung
buntu
dilemma
(@_$)

oh Tuhanku
tunjukkan daku jalan
pimpin aku Ya Allah
kurniakan daku petunjukMu
ku mohon yang terbaik dari sisiMU

aaaaa!!! 
*rasa cam nk g pantai.. nak jerit kuat2.. nak lepaskan!!*
rasa nak nanges pun ade..=(
ya Allah, kuatkan aku!
kuat
powerpuff gurl kna kuat!
duhai diri.. teruslah bersabar dan solat!
isbir... isbir!


23 Ramadhan 1430

September 11, 2009

memburu atau menanti??

bismillahirrahmanirraheem.
syukur pd Allah atas segala nikmat iman dan islam yang dikurniakan Ilahi.. alhamdulillah....

hari ni 21 ramadhan, dah masuk 10 malam terakhir.. projek buruan sudah bermula! mencari malam lailatul qadar, malam yang penuh berkah itu...

Ya Allah, aku mohon padaMu, untuk terus diberikan kekuatan untuk menjadi tamu malamMu...
jazakillah allahu khairan khaterra buat teman2 yg memberi semangat! terharu sungguh utk pagi tadi! moga Allah terus menyatukan hati kita.. moga Allah satukan kita kembali di akhirat kelak..

begitu tersentuh dengan artikel terbaru di Saifulislam...
benar lah ada hikmah disetiap aturanNYA.. malam itu dirahsiakan, supaya kte mencari dan memburunya, bukan sekadar menanti dan terus menanti... di situ letakknya USAHA!

"Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan. Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya" - AbuSaif

begitu terkesan dengan kata2 ini  
"Kesungguhan itulah pelengkap proses Taqwa" - AbuSaif
ya! kesungguhan itu sangat penting, pembakar semngat, lalu mengarahkan kita untuk bergerak ke arah itu..
moga kita semua menjumpai TAQWA hadiah dari Ramadan ini..

untuk bacaan lanjut ~Ketidakpastian Yang Disengajakan~

21 Ramadan 1430

September 09, 2009

termalu sendiri..

hanya satu jari yang menuding kehadapan,
4 jari lagi menuding ke arah kita..
jadi, apa salahnya..
berhenti sejenak dan berfikir,
di mana salah aku?
bukan nya mencari
di mana salah dia..

hehehe
dan aku termalu sendiri
dengan kebodohan yg ada pada diri..

mungkin itu adalah tarbiyyah dari Pencipta
untuk mengingatkan aku yang leka
agar sentiasa mengingatiNYA
bukannya mengingati yg selainNya
harapnya
Ramadhan ini dimanfaati sepenuhnya
supaya, tiada penyesalan di hujungnya
dan layak tersenyum di pagi raya.

*perbaiki diri, belajar dari kebaikan orang laen* =)

19 Ramadhan 1430

September 08, 2009

Ramadhan.. sejauh mana kita hargai kehadirannya?

bismillahirrahmaanirrahiim.
hari ni dah masuk 18 Ramadhan 1430, dalam erti kata lainnya.. dah 18 hari umat islam di seluruh dunia berpuasa.. dah berlalu fasa pertama Ramadan, iaitu "rahmat"... skrang kita di fasa kedua iaitu "maghfirah", so tinggal lagi 2 hari sebelum masuk ke fasa seterusnya iaitu pembebasan dari api neraka... ermm.. sekejap je kan?? dan nak pulang dah tetamu kita ni.. =(

sebelum puasa dulu.. kite menadah tangan ke langit..
mohon padanya agar disampaikan kita pada Ramadan tahun ni..
"Allahumma balighna Ramadhan"
alhamdulillah.. syukur sangat2 padaNYA
Allah anugerahkan kita Ramadan yang dirindui itu..
dan sekarang.. 18 hari dah berlalu..
sejauh manakah penghargaan kita pada anugerah ini??
cukupkah penghargaan itu?? atau pun terabaikah??
adakah kita menyibukkan diri kita melayan "tetamu" yang hanya bertandang sekali setahun ini??
buzykah kita?? atau pun sibukkan diri bershoppim di bazar2..or di pusat membeli tak blah2??
atau sibuk dengan urusan dunia yang lainnya

sesibuk manakah aku melayani Ramadan ini?
astaghfirullahal adzimm..
betapa aku terleka..
mengabaikan tetamu yg dulu aku nantikan
tetamu yang dulu aku rindukan
dan sekarang, aku abaikan!!
ampun aku ya Allah!

Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. [HR. Bukhari]

renungkanlah duhai diri!!
hitunglah...
muhasabahlah dirimu!
hisablah dirimu sebelum kamu dihisab diakhirat kelak!!

sebelum Ramadhan bermula dulu..
kau terima borang kosong untuk diisi azam puasa tahun ni??
ingatkah lagi apa yg tersenarai dalam borang tu?
berapa percent sudah tercapai hasratmu itu??
dah berapa juzu' quran kau baca?
dah berapa surah kau dapat hafal??
adakah kau penuhi janji untuk ber'dating' dgnNYA dikala insan lain lena dibuai mimpi?
.... dan azam2 mu yang lain?? macamana?? ok kah atau ko kah??
usaha duhai diri! mujahadah dan teruslah bersabar!

pesanku..
janganlah kau perbaiki dirimu sahaja..
cubalah untuk turut mengajak kawan2 mu turut serta..
kejutkanlah mereka utk solat malam sama..
ajaklah mereka untuk bersama mentadabburkan ayatNYA..
ajaklah mereka untuk masak sama2..
sama2 lah menyeru ke arah kebaikan..menjauhi kemungkaran..

ya Allah,
andai ini Ramadhan terakhirku..
jadikanlah ia yang paling termanis dalam hayatku..
jadikanlah madrasah tarbiyyah ini tempat untukku perbaiki akhlakku yang masih ada calarnya..
ya Allah, ingatkanlah aku..
sedarkanlah aku andai aku mensia-siakan Ramadhan ini..
anugerahkanlah daku petunjuk untuk berjalan di atas kebenaran..
kuatkanlah aku..

Imam Al-Banna mengungkapkan: “Medan utama kalian adalah jiwa kalian sendiri; jika kalian berhasil mengalahkannya maka terhadap yang lainnya akan lebih mampu, namun jika kalian tidak berhasil mengendalikan dan mengobatinya maka dihadapan yang lainnya akan lebih lemah”

18 Ramadhan 1430

September 02, 2009

dulu kita pernah berjanji...

bismillahirrahmaanirrahiim...
J.A.N.J.I
senang jer bunyi nyer nak berjanji ngan orang..
"ok nanti,kita jumpa kul 10 pagi"
"ok..see u"
tapi, adakah kita sampai kul 10?? terlambat atau terawal... atau tiba-tiba, kita rasa cam malas
"ermm... tak jadi la hari ni.. esok boleh??.. ada aral la datang melintang kat depan aku ni..huhu"

aku ade satu masalah.. selalu lupa ngan janji..
kalau orang tu tak remind..
sah sah aku lupa...
kadang-kadang...
aku wat janji ngan orang nih..
tapi, bila tiba masanya..
rasa cam tak mampu la plak nak tunaikan janji tu..
.maaf.

tu lah aku..
bukan korang kot..
suka sangat menabur janji..
so, jangan sesekali berjanji, kalau nanti tak mampu nak tunaikan..huhu
ucaplah..
INSYAALLAH..

tadi, aku terlintas kat otak aku ni, kalaulah kita langgar janji ni cam langgar kereta.. alamatnye dah lama kemek/ berkecai kot kereta tu sebab selalu sangat kena langgar...hoh0hoho.. kalau kita orang yang control kereta tu, mesti kita nak drive lek lok kan.. bimbang langgar kereta orang, tak pasal2 kemek then masuk workshop... so, dalam erti kata lainnya, kita kena jaga janji kita ni sebaik mungkin.. supaya tak mengkemekkan kereta orang.. dan merosakkan hak dia sebagai saudara kita..

Imam Bukhari meriwayatkan: dari Abdullah bin Amru bahawa Nabi saw bersabda: maksudnya "Empat perkara, barang siapa yang ada padanya sifat-sifat ini ia adalah munafiq yang sebenar, dan barang siapa yang ada padanya salah satu dari sifat-sifat ini maka ia ada salah satu bahagian munafiq padanya sehinggalah dia meninggalkannya, apabila diberi amanah ia khianati, bila bercakap ia berdusta, bila berjanji ia mungkiri dan bila bergaduh ia melampau"

itu janji kita dengan manusia.. moga kita tak tergolong dalam golongan munafiq itu.. na'uzubillah...
bagaimana pula janji kita ngan Allah.. jangan buat2 lupa plak.. huhu.. tertunaikah atau kemek?? kalau kemek, bleh masuk bengkel workshop Ramadhan... biar diperbaiki.. =)

FirmanNYA: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini."
[al-A’raf, 7:172]
 
a reminder to myself:  
moga aku tak lengah dari janji aku dulu.. [51:56] dan [2:30]
Bear in mind!!! FirmanNYA:"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu dicampak pada tingkatan yang paling bawah dari neraka" [An-Nisa’,4:145]

12 Ramadhan 1430
ps: pandai berjanji, pandai2 la tunaikan... jangan memberi harapan kalau ianya palsu... jangan rosakkan kepercayaan org kat kita.. nnt hilang 'thiqoh' dia pd kita...

Popular Posts

Recent Posts