Get me outta here!

August 27, 2009

bila yang di 'atas' datang menjemput2

bila yang di 'atas' datang menjemput...
tiada yang boleh menunda, mahupun melewatkan..
tidak dapat tidak, kena penuhi jugak jemputan tu..
bersedia atau tidak..
semua kena!

imagine this situation:
penjemput: assalamualaikum.. masa awak dah tamat, jom ikut saya..Tuan awak nak jumpa awak sekarang..

yg dijemput (1): erkk.. datang lagi kemudian boleh tak?? saya sibuk la sekarang.... asignment tak siap lagi ni...
yg dijemput (2): ermmm.... bila nak datang jemput ni.. tak sabar dah ni! hutang banyak ni.. klu dpt larikan diri dari tempat ni, setel la hutang aku.. hahaha *gelak jahat*
yg dijemput (3): alaaaaaa... sy tak kawen lagi.. esok dah nak kenduri ni.. lek lek ar..
yg dijemput (4): aku ke? tak salah orang ek?? aku kan muda lagi.. nuh, kat spital tu.. ramai yg terlantar.. pegi 'jemput' yg tu dlu pun takpe.. aku sehat lagi..tak pun, hah.. yg kat jail tu... amek la diorang dlu.. aku kendian kan la...hehehe
yg dijemput (5): alamak! saya tak siapkan lagi 'tugas' saya... takut la saya nak jumpa .. nanti 'Bos' marah..huhu
yg dijemput(6): bagi saya 5 minutes.. nak bersiap jap..
yg dijemput(7): bla bla bla...

lagi best kalau situasi ni:
yang dijemput (8): ok.. dah usahakan yang terbaik tadi.. dah follow dah semua instruction dalam soklan tu.. insyaallah, ok moga mendapat yang terbaik la nanti..

bila yang di 'atas' datang menjemput..
semua ditinggalkan..
keluarga, harta..
semua yang tersayang..
bahkan yang sengaja disayang..
semua ditinggalkan.
tiada lagi peneman..
hanya amalan dijadikan bekalan..

daripada Abu Hurairah : Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaatkan, anak-anak soleh yang berdoa kepadanya. [hadis Muslim ]

moga
bila jemputan tu datang..
kita dah bersedia..
bisa membalasnya dengan senyuman..
kerana bakal berjumpa kekasih yang dirindui..
bertemu dengan Cinta TerAgung..
moga itu adalah penantian yang dinanti..
bukan penantian yang tak bererti..

Ya Allah kurniakan kebaikan bagi kami dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagi kami. Kurniakan kebaikan kepada kami di dunia yang merupakan tempat kami menjalani hidup. Kurniakan kebaikan akhirat bagi kami, yang merupakan tempat kami kembali. Jadikan kehidupan kami senantiasa lebih baik. Jadikan kematian sebagai kebebasan kami dari segala keburukan.
Ya Rabbana, jadikan terbaik kami dipenghujungnya, jadikan amal terbaik kami di penutupnya, jadikan hari-hari terbaik saat bertemu denganMU

*moga dikau tabah sahabatku*bersabar dan tetaplah bersabar*

6 Ramadhan 1430

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts