Get me outta here!

August 19, 2009

renungan surah al-infitar

"wahai insan! Apakah yang menyebabkan engkau terpedaya(mencuaikan kewajipan) terhadap Tuhanmu yang MAha Pemurah?"[82:6]

"ia merupakn kecaman yang menghancurluluhkan apabila seseorang itu memikirkan hakikat asal usulnya dan hakikat kedudukannya ketika berdiri di depan Tuhannya yang memanggi namanya dan mengecam perbuatannya"

"wahai manusia yang telah dikurniakan Allah - penaung dan Pemeliharanya- dengan sifat insaniyahmu yang mulia dan luhur! Apakah yang menyebabkan engkau terpedaya mencuaikan kewajipanmu terhadap TUhanmu sehingga sanggup mencuaikan hak-hakNYA, meringan-ringankan perintahNYA, dan berkelakuan biadab terhadapNYA, sedangkan Allah Tuhanmu yang Maha Pemurah dan telah memberi selimpah-limpah kurnia kepadamu??? ...."

"kamu mendustakan hari Balasan, sedangkan kamu dalam perjalanan menuju kepadanya. Segala amalan yang telah dilakukan akan dihisab. Tiada amalan yang akan terlepas dan tiada amalan akan dilupakan"

"...cukuplah hati manusia itu sedar bahawa dia tidak akan dibiarkan percuma dan dia sentiasa di bawah perhatian para malaikat pengawas dan penulis amalan mereka, yang mengetahui setiap perbuatan yang dilakukan mereka, kerana kesedaran ini sudah cukup untuk membuat mereka menggelentar, berwaspada dan beradap sopan terhadap TUhannya..."

"manusia pada hari itu diselubungi keadaan terlalu lemah, keadaan terlalu lumpuh dan tersorok dan keadaan terlalu terpisah dari orang lain yang masing-masing sibuk dengan penanggungan dan duka nestapa diri sendiri hingga tidak berdaya menghubungi orang-orang dikenali.."

~petikan dari tafsir fi zilal, al-infitar~

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts