Get me outta here!

September 20, 2010

yakinkah masih ada esok untuk kita?

Bismillahirrahmaanirraheem



Sampai kapankah aku berkata tetapi aku tidak berbuat,
              dan sampai sejauh manakah aku tetap berputar-putar tanpa mau berhenti
 
Aku telah membuka mataku akan tetapi tidak mau memperhatikan, 
              dan aku telah menasihati diriku akan  tetapi tidak mau menerima
 
Sampai kapankah diriku beralasan dengan "barang kali" dan "nanti", 
              alangkah celakanya, dan sampai kapanakh diriku menangguh-nagguhkannya??
 
Sampai kapankah diriku berangan-angan hidup terus dan lalai, 
              padahal maut tidak pernah lalai?

Setiap hari berseru kepada kami orang yang menyerukan untuk berangkatlah, ingatlah, berangkatlah kalian! 

Seakan-akan aku sudah dekat kepada kematianku lalu kerandaku diusung dan aku tidak diberi masa tangguh.

-penyair Andalusia-


perhatikanlah keadaan dirimu. dan gunakanlah waktumu sebaik-baiknya. kerana sesungguhnya persinggahan ini sebentar, keberangkatan sudah dekat, perjalanan sangat menakutkan, penuh dengan jebakan yang memperdayakan dan bahaya yang besar, sedang Pengawas Maha Melihat [al-Khalib al-Baghdadi]


tidaklah sama orang yang duduk dan berdiri, 
dan tidaklah sama orang yang berkerja dan yang memandang..
umat makin tenat, sedang dikau duduk rehat-rehat?? owh.. APAKAH!
jalan ini tidak memerlukan orang-orang yang lalai dan tidur, tidak pula orang yang cuai dan leka! 

infiru khifaafan wa thiqolan!

[harisun 'ala waqtihi, munazzomun fi syuunihi]

September 13, 2010

refleksi raya

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk merasai ni'mat Ramadhan kali ini..
alhamdulillah.. masih juga diberi kesempatan untuk beraya di perantauan untuk kali ke3..

waaaa.. sronok kan sambut raya nih?  boleh jalan sana sini, ziarah adik tu.. ziarah kawan ni.. borak tu..borak ni.. boleh kenal lebih ramai adik.. boleh mesra-mesra dengan kawan-kawan.. kenal lebih ramai orang.. best la beraya ni, tambah-tambah lagi raya kali ini di musim cuti spring.. lagi la masyuk =)

namun terreflek sendiri.. adakah kita yg dah dalam system tarbiyyah ni sama je dengan yg luar system? samakah kita yang kita kata kita ditarbiyyah dengan acuan islam dengan orang-orang biasa?

ermm...
hard to say.. kadang-kadang tenggelam dalam ramai..
gelak sakan mengalahkan adik-adik dan teman-teman..ish2..(*note to myself) 

kadang-kadang, kita lupa ada yang memandang..
for sure, ALLAH sentiasa melihat KITA
namun, tak lupa ada mata-mata yang sering memerhatikan gerak laku kita..
adakah sama KITA dengan orang biasa??

hari ni raya lagi .. peluang terbuka depan mata, benarkah kita dalam tindakan kita?
adakah kita benar-benar menggunakan peluang yg terbentang untuk kembangkan dakwah KITA?


refresh niat KITA..
moga kebal dengan dunia..(^.^)Y

mereka telah, sedang dan akan terus memerhati..
bermujahadahlah!




Tamayyuz ertinya berbeza.

Setelah kita Islam, kita adalah berbeza dari orang lain yang tidak Islam. Beza pada aqidah awalnya dan beza dari segi pemikiran, pandangan hidup, matlamat dan neraca. Ini telah ditunjukkan oleh Generasi awal Islam.

Mereka terus berbeza. Beza mereka dapat dilihat oleh manusia yang berhubung dengan mereka. Beza pada cakap dan tingkah laku mereka mula ketara. Gelak ketawa mereka bukan lagi `kerana' dulu dan `cara' dulu. Gerak laku mereka bukan lagi `kerana' dulu dan `cara' dulu. Ini dapat dirasai oleh orang keliling.

Bukan pakaian mereka yang mula berubah, tapi akhlaq mereka yang lebih dahulu berubah. Tidak pelik jika pakaian hanya diubah Allah pada tahun ketika-ketika mereka di Madinah. Akhlak dikagumi oleh manusia keliling. Hingga orangramai tidak lagi mampu untuk menolak kebaikan mereka. Itulah tamayyuz Generasi Sahabat r.a.

Jika kita hari ini berada di tengah-tengah masyarakat yang pelik dari akhlaq dan style Islam, maka seharusnya kita akan begitu ketara tamayyuznya. Kita tidak ketawa ber'dekah-dekah' seperti orang lain. Kita tidak `lagha' membuang masa seperti orang lain. Kita tidak `hidup seperti tiada matlamat hidup' seperti orang lain.

Jika kita masih seperti orang lain, maka kita telah kehilangan `tamayyuz' kita. So apa ertinya `KITA' ?

dipetik dari blog syeikhuna almuntalaq.

September 02, 2010

tundukkan hatimu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu,iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung.

Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, "Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu". (kepada mereka) dikatakan, "kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab.

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mu'min, "Bukankah kami dahulu bersama kamu?" mereka menjawab "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah; dan penipu (setan) datang memperdayakan kamu tentang Allah.

Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan dari kamu mahupun dari orang-orang kafir. tempat kamu di neraka. itulah tempat berlindungmu, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)
dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.

[al-Hadid 57: 12-16]

............
Apa kabar iman?
Semoga imanmu makin tinggi.
Apa kabar cinta?
Semoga cinta tak pernah menduakan-NYA..
Apa kabar duhai hati?
Semoga hatimu saat ini hidup, tak mati..

Mudah-mudahan allah memberi kita kekuatan untuk istiqamah di jalan ini, bukti kecintaan kita pada Allah. semoga Allah perkenan untuk membalas cintaNYA pada kita, dan memasukkan kita ke dalam syurgaNYA. menjauhkan kita dari sifat2 munafik seperti dalam ayat di atas.

Walaupun orang munafik ni ketika di dunia bersama-sama orang-orang yang beriman, tetapi kerana kemunafikan dalam dirinya tidak ada gunanya kebersamaan mereka bersama orang beriman tadi. Tertinggallah mereka dibelakang, dibiarkan dimasukkan kedalam neraka Allah, sedangkan orang beriman dimasukkan ke syurga Allah menikmati segala ni'mat yg dijanjikan..
.....

ends of Ramadhan.. selamat mencipta Taqwa, memburu laylatul Qadr
Allahumma innaka 'afuwwun tuhibuul 'afwa fa' fu 'anna..

August 26, 2010

[kopi&pasta] carilah pintu kehidupan itu!

Disampaikan oleh Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Di Madrasah al-Ma’murah, Ahad, 10 Syawal 545H
(Rujukan : Fathur-Rabbani)
Wahai kaumku…!

Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.

Wahai kaumku…!

Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Wahai hamba…!

Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.

Wahai hamba…!

Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.

Abu Muhammad al-’Ajami Rahimahullah sentiasa berdoa dengan ucapan: “Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang baik.” Seakan-akan ia bermaksud mengatakan: “Ya Allah, jadikanlah kami sebagai orang yang memperbaiki apa yang telah kami lakukan.” Tetapi lafaz itu tidak sampai beliau ucapkan.

Barangsiapa yang pernah merasakannya, maka ia akan mengetahuinya. Pergaulan yang baik dengan makhluk dan berteman dengan mereka dalam batas-batas syariah dan keredaan-Nya adalah pergaulan yang diberkati. Sebaliknya, jika hal itu dilakukan dengan melanggar batas-batas syariah dan tiada keredaan-Nya, maka janganlah lakukan itu, kerana tiada kehormatan untuk mereka. Penerimaan dan penolakan terhadap suatu ketaatan merupakan suatu petanda bagi kaum sufi dan orang-orang yang menjauhi kemaksiatan.

Wahai hamba…!

Tegakkanlah perangkap doamu dan kembalilah kepada keredaan. Janganlah engkau berdoa dengan lidahmu, sementara hatimu berpaling daripada Allah al-Haq. Pada hari akhirat kelak, semua manusia akan teringat akan apa yang telah dilakukannya di dunia, sama ada kebaikan atau keburukannya. Penyesalan ketika itu tiada bermanfaat sama sekali, demikian juga dengan ingatan itu. Bahkan tidak bermanfaat juga baginya mengingat hari kematiannya, ingat akan tanah pertanian dan persemaiannya dan masa menuai bagi manusia. Semuanya itu tidak bermanfaat lagi.

Jika kematian datang kepadamu, maka engkau akan terjaga (sedar akan segala perbuatan dan tindakan yang dilakukan selama hidup di dunia). Bagaimanapun terjaga pada waktu itu tidak berguna lagi bagimu.

“Ya Allah..! Bangkitkanlah kami daripada ketiduran orang-orang yang terlupa terhadap-Mu dan orang-orang yang tidak mengerti tentang Engkau…”

Wahai hamba…!

Persahabatanmu dengan keburukan akan menjadikan kamu orang-orang yang berprasangka buruk terhadap kebaikan. Berjalanlah kamu di bawah naungan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, nescaya kamu akan berbahagia.

Wahai kaumku…!

Malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-sebenar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu menyia-nyiakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak akan dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada maqam Tuhanmu. Ingatan kepada Allah selalu terhunjam di dalam hati orang-orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu.

Apabila hal itu dapat kamu laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada qada’ Allah, dekatnya hati kepada Allah, bermunajat kepada-Nya, menyingkap tabir yang ada di antaranya dengan Allah. Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan.

Allah swt berfirman :

“Tiada sesuatu juapun yang menyerupai-Nya, dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Syura : 11)

Adapun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang beriman dan melihat kepada Dzat Allah Yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah di sisi Allah, manakala keburukan itu berada di sisi makhluk. Kebaikan adalah dalam menghadap kepada-Nya sedangkan keburukan adalah berpaling daripada-Nya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untuk-Nya.

Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya maka balasan untukmu ada pada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana Dzatnya, maka balasan untukmu adalah kedekatanmu kepada-Nya dan melihat-Nya.

Kemudian, janganlah engkau mengharapkan imbalan amalmu secara keseluruhan. Segala sesuatu yang ada di akhirat, di dunia dan selain daripada Allah, bersandar kepada-Nya. Janganlah engkau mencari kenikmatan itu kepadamu. Carilah jiran, sebelum kamu mencari rumah yang hendak engkau diami. Dia Yang Ada sebelum adanya segala sesuatu. Dialah Yang Mengadakan segala sesuatu, dan Dialah Yang Ada setelah segala sesuatu.

Hendaklah engkau sentiasa ingat akan mati dan bersikap sabar atas segala bencana, serta bertawakallah kamu kepada Allah dalam semua keadaan. Jika ketiga-tiga tahap ini telah engkau laksanakan dengan sempurna, maka pada suatu ketika, akan datanglah malaikat kepadamu dengan mengingatkan kematian yang menjelang dan ketika itu berhasillah kezuhudanmu. Dengan kesabaran, engkau akan memperolehi segala sesuatu yang engkau harapkan dari Allah s.w.t, dan dengan ketawakalan, akan keluarlah segala sesuatu dari hatimu, sehingga ia hanya terkait dengan Allah semata-mata. Singkirkanlah dari hatimu dunia, akhirat dan segala sesuatu selain daripada Allah. Dengan demikian, akan datang kepadamu kesegaran dan ketenangan dari segala penjuru serta pemeliharaan dan perlindungan dari enam penjuru mata angin, sehingga tiada ruang bagi makhluk untuk mencederakan engkau. Tertutuplah daripadamu semua arah dan terkuncilah daripadamu semua pintu. Sehingga engkau tergolong kepada orang yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi:

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka…” (Al-Isra’ : 65)

Bagaimana mungkin makhluk akan dapat menguasai orang-orang yang mengesakan Allah, yang ikhlas, yang tidak menunjuk-nunjukkan amalnya kepada makhluk, yang berbicara tentang tujuan akhir, bukan pada permulaannya. Semua permulaan itu adalah bisu dan semua penghujung itu adalah pemahaman. Orang yang ikhlas itu kerajaannya ada di dalam hatinya dan kekuasaannya ada di dalam batinnya tanpa memandang kepada kenyataan zahiriyah.

Adalah suatu hal yang jarang terjadi, seseorang yang mampu menghimpunkan kerajaan zahir dan batin. Jadilah kamu menjadi orang yang menyembunyikan semua sikap dan perilakumu, janganlah berhenti, hingga engkau mampu menyempurnakannya dan hatimu sentiasa berhubungan dengan Allah.

Jika engkau telah menyempurnakannya, maka ketika itu engkau tidak lagi akan peduli kepada sebarang halangan dan rintangan. Bagaimana kamu akan mempedulikannya, sedangkan kedudukan engkau telah mantap dan kukuh. Berdirilah engkau ditempatmu, sementara Dia akan memelihara dan melindungimu, maka manusia atau makhluk-makhluk lain akan menjadi dinding penghalang di hadapanmu.

Hinaan dan pujian ketika ini tiada beza bagi kamu, demikian juga dengan penerimaan atau penolakan mereka. Engkau akan menjadi orang yang membangun dan yang merobohkan mereka. Kamu bertindak terhadap mereka dengan seizin Khaliq, al-Haq Pencipta mereka.

Maka Dia akan memberimu jalan pemecahan dan penyelesaian serta membuang semua petaka di dalam hatimu dan memberikan tanda-tanda ke dalam batinmu. Tiada pembicaraan apapun sehingga engkau cukup mafhum dengan semuanya ini. Jika tidak, maka jadilah kamu orang yang berakal, janganlah berbuat bodoh. Kamu adalah bagaikan orang buta, oleh itu carilah orang yang akan menuntunmu, kamu adalah orang bodoh, maka carilah orang yang akan mengajarimu. Jika engkau telah menemuinya maka hendaklah engkau berpegang kepadanya, terimalah semua pendapat dan buah fikirannya dan terimalah dalil-dalil yang diberikannya secara baik. Jika engkau telah mendapatkannya, maka duduklah engkau di sana bersamanya hingga engkau mampu memantapkan pengetahuanmu berkenaan hal itu.

Pada ketika itu akan terlindunglah daripadamu segala kejahatan. Engkau menjadi pengikut kefakiran dan kemiskinan. Kesimpulan daripada semuanya ini ialah menjaga rahsia Allah dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.

Dari manakah kamu mencari kebenaran dan keredaan Allah selain daripada-Nya! Apakah kamu tidak mendengar firman-Nya yang berbunyi:

“Di antara kamu, ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu (juga) ada orang yang menghendaki akhirat.” (Ali-Imran : 152)

Sementara dalam ayat lain pula, Allah berfirman, yang bermaksud:

“Mereka menghendaki atau menginginkan keredaan-Nya.” (Al-Kahfi : 28)

Sesungguhnya kebahagiaan dan keberuntungan akan menjadi bahagianmu, dan datang kepadamu tangan-tangan mujaddid (pembaharu) yang akan membersihkan kamu daripada sentuhan tangan-tangan makhluk, serta akan membawamu menghampiri pintu gerbang taqarrub kepada Allah. Allah berfirman, yang berbunyi:

“Di sana, pertolongan itu hanya datang dari Allah Yang Haq.” (Al-Kahfi : 44)

Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka dunia dan akhirat akan datang kepadamu sebagai pelayan, tanpa adanya kesusahan. Capailah pintu al-Haq dan tetaplah engkau berdiri di sana. Apabila engkau tetap di sana, maka akan nyatalah bagimu beberapa seruan atau bisikan, sehingga engkau akan mengetahui dan membezakan antara bisikan nafsu, bisikan hawa, bisikan hati, bisikan iblis dan bisikan malaikat. Inilah yang dikatakan dengan bisikan yang benar dan bisikan yang batil.

Pelajarilah satu demi satu bisikan-bisikan tersebut, sehingga engkau mengetahui tanda-tandanya. Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka akan datang bisikan (ilham) dari Allah untuk membimbingmu berkenaan dengan kesopanan, keteguhan, tegak dan dudukmu, gerak dan diammu serta perintah dan larangan buatmu.

Wahai kaumku…!

Janganlah kamu mencari tambahan dan pengurangan, awalan dan akhiran, kerana takdir itu telah menyelebungi diri masing-masing dengan sempadan-sempadan atau batas-batas tertentu. Tiada seorangpun di antara kamu, kecuali ia mempunyai catatan atau ketentuan daripada kudrat ini.

Allah telah berlepas tangan daripada segala sesuatu yang telah ditetapkan-Nya sebelumnya. Bagaimanapun, akan datang bagi segala sesuatu itu hukum-hukum yang ditutup oleh perintah-perintah, dalam bentuk larangan dan kewajipan. Oleh yang demikian, tidaklah halal bagi seseorang untuk mengemukakan hujah atau alasan hukum atau ketetapan yang telah lalu. Allah Ta’ala berfirman:

“Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya tetapi merekalah yang akan ditanyai.” (Al-Anbiya’ : 23)

Wahai kaumku…!

Beramallah kamu dengan amalan zahiriyah, amalan yang nyata bagaikan dakwat hitam di atas kertas yang putih, sehingga membawamu kepada mengamalkan amalan batin dalam urusan ini. Jika kamu mengamalkan amalan zahiriyah, maka ia akan mendatangkan kefahaman bagimu terhadap perkara-perkara batiniyah, kemudian ia meresap ke dalam jiwamu dan mempengaruhi lisanmu, kemudian ia meresap ke dalam lisanmu dan kamu sampaikan ia kepada manusia. Demikianlah alirannya terus menerus secara berulang-ulang, untuk kemaslahatan dan kemanfaatan manusia sejagat.

Wahai…!

Alangkah beruntungnya kamu jika kamu mengikuti al-Haq dan mencintai-Nya. Sebaliknya, alangkah celakanya kamu, jika kamu hanya mengakui bahawa kamu mencintai Allah. Tahukah kamu bahawa untuk mencintai Allah itu diperlukan beberapa syarat yang mesti dipenuhi…? Sebahagian daripada syarat-syarat cinta kepada-Nya itu ialah mentaati-Nya, serta tidak merasa tenang di sisi selain daripada-Nya, merasa tenteram bersama-Nya serta tidak merasa keberatan untuk tetap bersama-Nya. Apabila cinta kepada Allah itu benar-benar telah mantap dan terhunjam dalam ke hati hamba-Nya, maka hamba itu akan merasa tenteram bersama-Nya, dan membenci segala sesuatu yang boleh melalaikan hati dan jiwa daripada-Nya.

Oleh itu bertaubatlah kamu dari pengakuanmu yang bohong itu, kerana semuanya itu tidak mungkin diperolehi dengan khayalan, angan-angan, dusta, munafik atau dengan sikap kepura-puraan. Bertaubatlah kamu dan tetaplah kamu dalam taubatmu itu. Ketaubatanmu tidak sama dengan bagaimana engkau mengukuhkan taubat itu. Demikian juga dengan penipuan yang engkau lakukan, tidaklah sama dengan perbuatan yang engkau anggap dapat mengukuhkan pembohongan itu, serta apa-apa yang menjadi buah penipuan tersebut.

Tetaplah engkau untuk sentiasa reda dengan Allah, dalam keadaan derita atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan kesusahan atau kesenangan, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan baik atau buruk, ketika memperolehi yang engkau kehendaki atau tidak. Tiada ubat yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Al-Haq. Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu merasa benci kepada-Nya, jangan pula kamu menjauhkan diri daripada-Nya serta jangan pula kamu mengadukan hal yang menimpa dirimu itu kepada selain-Nya. Kerana semuanya itu akan menambah ujian dan cubaan terhadap dirimu.

Oleh itu hendaknya engkau tenang berada dihadapan-Nya. Lihatlah apa yang dilakukan-Nya terhadap kamu dan untuk kamu, maka berbahagialah kamu dengan perubahan dan penukaran yang dilakukan terhadapmu itu. Jika kamu bersama-Nya dengan jalan seperti ini, maka sudah pasti Dia akan menukar kegelisahanmu dengan ketenangan, dan jiwamu akan tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Ya Allah!

Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.

source:klik here

August 16, 2010

aku rela

Salam Ramadhan Kareem.


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

aku rela oleh algebra

...

 Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
[at-taubah, 9: 111-112]
...


saya kena kuat! yosh!
moga terus lillah..

August 11, 2010

[photo] bebaskan dirimu dari tahanan itu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata, Ketika Ibnu Taimiyyah dipenjara, aku mengunjunginya, aku melihatnya, lalu aku menangis.
Maka Ibnu Taimiyah berkata padaku: "Apakah kau menangis kerana melihat keadaanku?"
Aku menjawab: "Ya"
Dia berkata:
"Tidak, Demi Allah, wahai anakku, aku bukan tahanan dan bukan tawanan. Orang yang menjadi tahanan itu yang menahan hatinya dari Tuhannya, dan orang yang menjadi tawanan itu yang hawa nafsunya yang menawannya"


...
menanti kehadiran Ramadhan, adakah kesempatan untukku? (T__T)
family di malaysia dah pun pulang dari terawih.. kawan-kawan dah mula update status di fb
sayunyaa.. sedih
adakah kesempatan untukku merasai Ramadhan?
dan hari esok masih belum pasti untukku..

ya Allah.. temukan aku dengan roh ramadhan..
perjalanan mencari rohku kembali..
entah kenapa..
ku rasakan hati ini sangat rapuh..

astaghfirullah..
astaghfirullah 'ala kulli zanbin

kenapa hati ini lemah sangat..
kenapa hati ini jadi begini..

"hindarilah dosa yang kecil dan yang besar, itulah taqwa namanya..
buatlah seumpama pejalan kaki di permukaan yang berduri, dia berjaga-jaga daripada duri yang dilihatnya..
jangan sekali-kali kamu memandang rendah sesuatu yang kecil, kerana sesungguhnya gunung itu asalnya daripada batu-batu yang kecil"
-[Ibnu Mu'taz]
betapa malunya aku dengan-MU
mengatakan beriman dan cinta pada-MU
namun..
tak tahu dimana bukti itu..
hilang dan lesap di mamah hawa nafsu sendiri...
malunya aku..
mengakui diri sebagai pejuang agama
namun, kehendak sendiri tak dapat nak ditundukkan

astaghfirullah al-adzim
astaghfirullah

bertahan duhai diri.. teguhkan iman dalam dirimu

setiap mukmin itu tidak cukup sekadar untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah dan Rasulnya sahaja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj islam. dia mestilah meninggalkan jahiliyyah secara total. ini adalah kerana islam tidak menerima sebarang percampuran antara keduanya:

"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jelek langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" [2: 208]
....
Ahlan ya Ramadhan...
                     Sayonara ya Jahiliyyah!

...hanya hati yang bersih boleh menghidupkan hati-hati yang mati...
allahumma ballighna Ramadhan.. sucikan hati ini ikhlas untukMU

Popular Posts

Recent Posts