alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk merasai ni'mat Ramadhan kali ini..
alhamdulillah.. masih juga diberi kesempatan untuk beraya di perantauan untuk kali ke3..
waaaa.. sronok kan sambut raya nih? boleh jalan sana sini, ziarah adik tu.. ziarah kawan ni.. borak tu..borak ni.. boleh kenal lebih ramai adik.. boleh mesra-mesra dengan kawan-kawan.. kenal lebih ramai orang.. best la beraya ni, tambah-tambah lagi raya kali ini di musim cuti spring.. lagi la masyuk =)
namun terreflek sendiri.. adakah kita yg dah dalam system tarbiyyah ni sama je dengan yg luar system? samakah kita yang kita kata kita ditarbiyyah dengan acuan islam dengan orang-orang biasa?
ermm...
hard to say.. kadang-kadang tenggelam dalam ramai..
gelak sakan mengalahkan adik-adik dan teman-teman..ish2..(*note to myself)
kadang-kadang, kita lupa ada yang memandang..
for sure, ALLAH sentiasa melihat KITA
namun, tak lupa ada mata-mata yang sering memerhatikan gerak laku kita..
adakah sama KITA dengan orang biasa??
hari ni raya lagi .. peluang terbuka depan mata, benarkah kita dalam tindakan kita?
adakah kita benar-benar menggunakan peluang yg terbentang untuk kembangkan dakwah KITA?
refresh niat KITA..
moga kebal dengan dunia..(^.^)Ymereka telah, sedang dan akan terus memerhati..
bermujahadahlah!
Tamayyuz ertinya berbeza.
Setelah kita Islam, kita adalah berbeza dari orang lain yang tidak Islam. Beza pada aqidah awalnya dan beza dari segi pemikiran, pandangan hidup, matlamat dan neraca. Ini telah ditunjukkan oleh Generasi awal Islam.
Mereka terus berbeza. Beza mereka dapat dilihat oleh manusia yang berhubung dengan mereka. Beza pada cakap dan tingkah laku mereka mula ketara. Gelak ketawa mereka bukan lagi `kerana' dulu dan `cara' dulu. Gerak laku mereka bukan lagi `kerana' dulu dan `cara' dulu. Ini dapat dirasai oleh orang keliling.
Bukan pakaian mereka yang mula berubah, tapi akhlaq mereka yang lebih dahulu berubah. Tidak pelik jika pakaian hanya diubah Allah pada tahun ketika-ketika mereka di Madinah. Akhlak dikagumi oleh manusia keliling. Hingga orangramai tidak lagi mampu untuk menolak kebaikan mereka. Itulah tamayyuz Generasi Sahabat r.a.
Jika kita hari ini berada di tengah-tengah masyarakat yang pelik dari akhlaq dan style Islam, maka seharusnya kita akan begitu ketara tamayyuznya. Kita tidak ketawa ber'dekah-dekah' seperti orang lain. Kita tidak `lagha' membuang masa seperti orang lain. Kita tidak `hidup seperti tiada matlamat hidup' seperti orang lain.
Jika kita masih seperti orang lain, maka kita telah kehilangan `tamayyuz' kita. So apa ertinya `KITA' ?
dipetik dari blog syeikhuna almuntalaq.
0 comments:
Post a Comment