Get me outta here!

June 18, 2011

kerana hati kita bukan tayar

bismillahirrahmaanirraheem..

....
mencari himmah yg pudar..
fuh fuh~~~~~ husnuzhon plisss~~

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman: "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari." [HR Muslim]

credit: inche.google.

tayar kalau flat takde angin, susah kan nk gerak?
nak gerak pun slow-slow je..
nak pecut pun tak leh laju sangat...
nak gerak jauh-jauh pun tak boleh.. agak membahayakan disitu!
tapi kita masih boleh pump tayar tu..
nnt angin dah full.. bleh la gerak lancar sket..
boleh gerak ke mana pun kita nak..
sejauh mana kita nak pergi
selaju mana kita mahu..

kalau tayar kritikal sangat pun masih boleh tukar yg baru kan? (asal poket tebal je..hehe)

tapi, hati kita ni
kalau takde angin, or kempis cam tayar
bukannya boleh dipump anginnya cam tayar kan?

ahh..hati terdetik..
kalau hati kita yg kempis cam flat tyre tu boleh dipump kan best?
bila hati rasa lemah, hamasah menurun, himmah tak lagi 'aliyah
kita bleh pump angin cam tayar..
kasik besorr sket hati..
biar jadi dae yang berjiwa besarr
tak kalah dengan ujian-ujian..
tak terpengaruh dengan hasutan-hasutan

(T___T)

hati kita,
kalau rendah himmah nya..
kalau hamasah nye tak tinggi
camana nk laju dalam dakwah dan tarbiyyah.

hurmmm..
susah la camni
asyik fikir negatif. rasa lemah. rasa tak larat. rasa tak best. dan semua yg tak osem
(>.<)! (marah diri sendiri..)

fikir positif!
husnuzhon pada Allah.. sangka baek jugak dengan diri sendiri!

bukankah allah ciptakan kita sebagai sebaek-baek ciptaan?
hati kita, walaupun zahirnya sangat kecil compare to gunung..
tapi lebih hebat dari gunung yg nan besar tu..
gunung pun tak mampu untuk pikul amanah yg berat ni >>> [al-hasyr59 : 21]
tapi, kita punya hati yg hebat
sbb tu Allah pilih kita, sbb kita punya hati yang berjiwa besar tuk sambung risalah ini!

"Sesungguhnya Kami akan turunkan kepadamu firman-firman yang berat" [almuzzammil,73: 5]

sayyid qutb dalam zilalnya ada menyebut, kerana itulah Allah menurunkan al-Quran ke atas sebuah hati yang lebih teguh dari gunung untuk menerimanya. Ini kerana, tugas ini adalah suatu kerja yang berat dan memerlukan persediaan yang lama..

diri..
ujian demi ujian Allah beri
sebagai persediaan untukmu..
bekal hari esok..
sabar lah..
tahan kejap je..
nnt Allah bagi la jalan keluar..

"maka bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhanmu..." [al-qalam: 48]
bersabarlah menerima ketentuan Allah, sehingga tiba janji-Nya, pd waktu yg Allah kehendaki mengikut kebijaksanaan-Nya...

tak perlu pump angin ke dalam hati
tapi, cukuplah pumpkan al-quran ke dalam hati..

"Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang. Dan pada sebagian dari malam, maka bersujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari" [al-insan, 76: 24-26]

sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Dia memberi tugas kepada Rasul-Nya menyampaikan dakwah dan menurunkan al-Quran kepadanya. Dia tahu beban-beban dan duri-duri perjuangan dakwah ini, justeru itu Dia tidak membiarkan Nabi-Nya berjuang tanpa bantuan dan bekalan, dan inilah bekalan yang diketahui-Nya sebagai bekalan hakiki yg seswai untuk menempuh jalan perjuangan dakwah yg penat dan penuh duri itu -fizal alquran, surah al-insan-

jaga mutaba'ah amalmu..itu bekalmu di jalan ini..

ihfazillah, yahfazka =)

**********
moga Allah terus menguatkan hati ni untuk terus berada di jalan al-haqq ini,yakinkan hati, apa yg berlaku,itu yang terbaek untuk diri kita..jangan pernah ragu dengan janji-janji-Nya. jangan pernah rasa rugi dengan jual beli mu itu..[at-taubah 9: 111]

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts