Hambarku rasakan diri ini selepas exam tadi. semacam insan yang tiada berperasaan. =_= nasyid bertajuk Pesanan oleh Suhaimi dan Astaghfirullah oleh Dai Nada ku putar berulang-ulang kali... Tenang dan tabah hadapi, Allah Maha Mengasihi, mendengar rintihan hambaNya....
Alhamdulillah. Allah masih sayang. di kala hati tercari-cari semangat untuk diri ini kembali bangkit, kuteringatkan ayatNYA yang berbunyi:
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?Tuhan yang memelihara dua timur dan Tuhan yang memelihara dua barat" [Ar-Rahman, 55:16-17]
lamaku diam. terfikir sendiri.
Astaghfirullah.
Betapa aku ni hamba yang tak reti bersyukur. tak dapat jawab exam je pun tadi, dah patah semangat. tak patut.. TAK PATUT! kalau kita dah berusaha sepenuh hati, lantas mengapa perlu bersedih lagi kan? temanku sering mengingatkanku dengan nasihat: "Allah kan pandang USAHA kita, bukan NATIJAH sesuatu perkara". dan nasihat itu jugalah yang aku beri pada teman-temanku yang lain bila mana mereka rasa down selepas exam. dan sekarang ni, aku sedang menasihati diriku sendiri. Allah sedang mengujiku dengan kata-kata itu.
Duhai diri, Allah yang Maha Besar sedang mengaturkan sesuatu yang lagi indah untukmu, jadi mengapa perlu bersedih hati bila satu dari nikmatnya diambil kembali, sedangkan berjuta nikmat dariNYA sedang kau nikmati.. Bukankah Allah telah berjanji akan memberi jalan keluar secara tak disangka-sangka bagi hamba-hambanya yang bertaqwa dan bertawakkal padaNYA?
andai rebah bangkit semula. usaha lagi!
"And whoever fears Allah – He will make a way out for him. And will provide for him from where he does not expect."[At-Talaq: 2-3]
pesanan - Suhaimi
one more paper to go! fighting!!
-yakin dan percaya-
0 comments:
Post a Comment