Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri [hadis sahih muslim]
u: kesakitan adalah signal kematian dari Allah..
s: owh.. tu consider kesakitan luaran je ke ustaz? kesakitan jiwa camana?
u: itu isyarat untuk banyak muhasabah diri..
u: nabi pesan antara penawarnya..maafkan semua org sebelum mata pejam
u: Allah pemilik semua jiwa..nak ubat jiwa minta pada DIA
s: terima kasih ustaz
s: tapi, kadang2, rasa susah nk bersihkn hati yg berkarat
s: tak cukup mujahadah
u: mmg susah...macam air yg menitik atas batu..lama lama lekuk juga..konsisten..istiqamah
u: cuci kekotoran fizikal dengan mandi dan wuduk...suci kekotoran rohani dengan banyak beristighfar..
s: insyaAllah.. masih berusaha kearah itu..
jahiliyyah itu masih ada
jahiliyyah itu masih bersisa dalam diri
jahiliyyah itu masih membayangiku
ya Allah
sukarnya mengikis jahiliyyah yang membelenggu diri ini
jahiliyyah itu masih menghambatku
kadang-kadang
ku tersungkur
rebah sendiri
tiada siapa yang sedar
ya Allah.. kuatkan aku
aku mahu dekat
mahu selalu dekat dengan-MU
ya Allah, sucikan hati ni ya rabb
moga nanti,
tika aku berjumpa-MU
hatiku bersih..
aku mohon ya Allah
ku mohon hati yg sejahtera
suburkanlah hati ini
dengan ni'mat iman dan amal
hanya untuk-MU
ya rabbi
ampunilah dosa-dosaku yang menimbun tinggi
sentakkan aku dengan azab-MU.. moga aku menjauh dari kejahatan
ingatkan aku dengan ni'mat Syurga-Mu.. moga aku sentiasa mendekat dengan kebaikan
moga nanti, aku tak merasa jerih dan penat mengejar redha-Mu
ya rabbi
sedarkanlah aku dengan kalam-MU
berikan aku keni'matan ketika membacanya
jadikan aku insan yang beramal dengannya
ya rabbi
ku ingin raih cinta-MU
bantulah aku ya rabbul izzati
@uni
0 comments:
Post a Comment