bismillahirrahmaanirraheem
FirmanNYA: "Dan sesungguhnya kepada Tuhanmu kesudahan segala sesuatu. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" [al-Najm, 53: 42-43]
Dalam kita melangkah, langkahan meniti hari-hari, kita depani pelbagai macam ujian. Berbeza-beza. Semua orang ada masalah lain-lain Semua orang diuji. Bezanya, mungkin seseorang itu diuji dengan nikmat kesusahan mahupun diuji dengan nikmat kesenangan. Di Samoa, penduduk di sana di uji dengan tsunami, saudara di Padang, Indonesia di uji dengan gempa bumi, orang-orang kampungku di Kelantan diuji dengan ribut. Faqir miskin di jalanan diuji dengan kesempitan harta even orang-orang yang kaya lagi mewah juga senang diuji dengan nikmat harta dan kesenangan. Di setiap pelusuk dunia, di mana pun anda berada, anda sedang di uji tanpa anda sedari.
bersyukurlah duhai diri..
ujian itu salah satu tarbiyyah daripada al-Khaliq
disebabkan keperitan itu, makin dekat kita dengan Pencipta.
disebabkan tangisan itu, makin banyak pergantungan kita pada Yang Maha Esa yang merindui hambanya, rindukan rintihan dari hamba-hambanya. Mengadulah. Mengadulah padaNYA. Ceritakan semuaNYA. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.Hamburkan tangismu padaNYA.
betapa hebatnya para sohabiyyah dulu.. hebat.. sungguh hebat, mereka tetap dalam iman walau diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat. itu menandakan IMAN MEREKA HEBAT.
ketika perang Uhud, Shofiyyah puteri Abd Muttolib, mak saudara Rasulullah turut menyertai perang tersebut, bergerak bagai singa betina merebut sebatang lembing dari seorang perajurit yang mundur. Lalu dia membelah barisan dengan lembing yang dipegangnya. kemudian, dia berseru kepada mereka yang lari mundur: "Mengapakah kalian mundur meninggalkan Rasulullah...??" Nabi Muhammad yang sedar situasi itu memberi isyarat pada Zubair (anak Shofiyyah) supaya memanggil ibunya, Baginda khuatir jika Shofiyyah melihat jasad saudaranya yang telah di cincang sebagian tubuhnya oleh kaum musyirikin. maka Zubair berkata kepada ibunya: "Wahai ibuku, kembalilah!.. kembalilah!!". menjawab Shofiyyah terhadap penggilan anaknya: "menyingkirlah dariku, tidak ada ibu-ibuan bagimu...!". kemudian Zubair berkata lagi bahawa Rasulullah yang menyuruhnya untuk mundur, berkata kemudian: "perintah itu adalah perintah Allah dan RasulNYA". Kemudian, Shofiyyah pun berhenti, kemudian berkata: "demi Allah, sungguh aku telah mendengar bahawa tubuh saudaraku Hamzah telah dimutilasi, niscaya aku akan sabar dengan itu, kerana hal itu terjadi dengan izin Allah dan ia sedang berperang di jalanNYA"
Setelah usai peperangan, Shofiyyah berdiri di samping jasad Hamzah, perutnya telah dibelah dan dikeluarkan isinya. hidung dan kedua telinganya telah di potong . wajahnya telah rosak. maka Shofiyyah meminta ampunkannya kepada Allah. seraya berkata: "kerana Allah aku telah ridha dengan ketentuanNYA, aku rela dengan ketentuanNYA..." dia tidak menampar-nampar wajahnya kerana sedih, tidak juga menarik-narik bajunya, tidak juga mengeluh. malahan dia redha.
hebatkan?? saya ingin sehebat sohabiyah juga!! terkadang saya malu untuk mengadukan masalah saya pada teman-teman, walaupun mereka sudi mendengar dan membantu... tapi saya sendiri yang bimbang, takut... bimbang saya tersalah pilih tempat untuk meluahkan, bimbang orang yang saya adukan itu mempunyai masalah yang lagi berat dari diri ini.. tak malukah saya dengan mereka?? ingatlah, Allah yang Maha Penyayang takkan membebani kita lebih dari kemampuan kita. Maknanya, kita boleh!
andai rebah, bangkit semula!
FirmanNYA: " Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuaNYA telah tertulis dalan kitab (luh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput darimu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA kepadamu, dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" [al-Hadid,57: 22-23]
ps: result test yg tak enak =(, bertabah! usaha lagi! Allah nak bagi peluang kutip pahala usaha ni.... teruskan berusaha.. semangat2! yosh!!esok test, minggu depan test, minggu depan lagi oral, migu dpan lagi study week, minggu depan lagi EXAM! hoh0oh0
0 comments:
Post a Comment