alhamdulillah. syukur kerana masih lagi diberi nikmat iman dan islam =)
alhamdulillah...
rasa gembira sangat, ibarat seorang suami yang mengetahui dirinya bakal menjadi bapa, ibarat seorang ibu yang selamat melahirkan anaknya *walaupun tak tahu lagi feeling tu macam mana.. hehehe*.. ibarat seorang anak kecil yang sudah lama merengek meminta dibelikan ais krim, dan akhirnya di tunaikan bapanya.. ibarat seorang pelajar yang kekeringan duit, dan akhirnya penaja memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun.. sedar- sedar, digit bertambah, dan diri tersenyumm..(^.^) bla bla bla.. tapi semuanya yang menggembira la kiranya.. hehe... time tu, rasa macam nak bagi tahu kat semua orang.. tapi, tak boleh, sebab orang-orang kat sini dah tidur.. so, menjerit kat shout out ym je la. Allah jer yang tahu betapa sungguh amat bahagianyer perasaan time tu.. hehehe... ding dong!
alhamdulillah, syukur padaMU ya Allah..
L.U.L.U.S
ni bukan pasal lulus exam tau!.. ni pasal hal lain.. pasal keizinan untuk 'bergerak' time cuti summer nanti.. alhamdulillah, syukur sangat-sangat.. ayah dah bagi keizinan.. memang saya tak sangka.. mind set time tu, dah ready dah.. kalau ayah tak benarkan ke sana, saya kena REDHA, adalah tu perancangan Allah utk saya dekat rumah..yang lagi baik..
tapi, tak disangka-sangka.. ayah bagi izin!!!
masa call ayah hari tu, sebelum perbualan anak dan ayah ditamatkan
ayah: ada pape ke nak bagi tahu sebelum letak telefon ni?
aku: ermmmmm...ayah, boleh tak kalau saya nak g jakarta cuti disember nanti? ada program kat sana..
ayah: boleh, kalau program tu perkara yang baik, apa salah nye... +++++++
ALHAMDULILLAH
dan saya dah tersenyum sampai ke telinga... =) segala pujian di panjat padaNYA
memang Allah yang memegang hati manusia.. bila-bila masa boleh berubahkan? masa first time telefon cakap nak pergi sana.. respond yang saya dpt: *hambar* macam tak berapa nak bagi.. ye la, anak dah la duduk jauh, balik hujung tahun tu jer.. time ni la nak melepaskan rindu.. berat nak lepaskan pergi..
yang penting usaha kita kan? usaha kita nak membuat sesuatu perkara tu.. kalau tak cuba, 0% la kita dapat, rugi la kita sebab tak mencuba, .kalau kita usaha.. and put some effort for it, adalah ganjaran usaha Allah beri pada kita nanti.. keputusan akhir, natijah, result..dapat ke tak.. itu kita serah kan pada Allah.. tu semua Allah dah tentukan apa yang terbaik tok diri kita, berbaik sangkalah dengan Allah, kerana Dia yang Menciptakan kita Lebih tahu pasal kita, Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti
".. if you had spent all that is in the earth, you could not have brought their heart together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise"[al- anfal; 8:63]
alhamdulillah.. terima kasih Allah, terima kasih ayah! terima kasih mak.. terharu sangat-sangat
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Seorang perempuan bersama dua orang putrinya datang kepadaku untuk meminta-minta, namun dia tidak mendapatkan sesuatu apapun dariku kecuali satu buah kurma. Lalu aku pun memberikan buah kurma itu kepadanya yang segera ia ambil dan dibagikan kepada kedua orang putrinya sedangkan ia sendiri tidak memakan sedikit pun dari buah kurma itu. Kemudian dia pun bangkit dan beranjak pergi bersama kedua putrinya. Lalu Rasulullah saw. datang menemuiku dan aku ceritakan kepada beliau tentang perilaku wanita tadi. Lalu beliau bersabda: Barang siapa mendapat suatu cubaan berupa anak-anak perempuan kemudian ia berbuat baik terhadap mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka, [hadis sahih muslim]
from now on, kena jadi anak yang bersyukur! jadi anak yang solehah.. itulah kebahagiaan mereka..insyaAllah Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah ~jom berusaha ke arah yang lebih baik.. =)
27 Syawal 1430
0 comments:
Post a Comment