Get me outta here!

August 08, 2010

[photo] lesu = rosak langkah bermula


yang dimaksudkan dengan kelesuan itu adalah 'futur' (keletihan).
andai kata, langkah pertama seorang dae itu benar..
jika niat seorang dae dalam menempuh jalan dakwah yang menghantarnya kepada Allah itu jelas..
maka kita tidak akan mengalami kelesuan..
jika kita mundur sekalipun, tidak lah sampai kita menyimpang dari sunnah yang ditetapkan oleh Nabi saw.

namun,
jika langkah bermula kita di jalan ini tidak benar mahupun cacat,
jika dari awal lagi kita mengalami kecacatan rukun ikhlas,
maka kita mengalami kelesuan dan kemunduran.
kita akan penat di atas jalan ini...

tapi, mana mungkin seorang dae mengalami futur, apabila murabbinya mendorongnya dengan kuat sejak langkah pertamanya?

bagaimana ia tidak melangkah dengan cepat hari ni dan hari esok, padahal ia pernah melangkah dengan cepat hari sebelumnya menuju tujuannya?

Barangsiapa yakin, bahawa dirinya mengikuti jejak Rasulullah yang mempunyai keteguhan hati, mana mungkin ia tidak mendapatkan inspirasi dari keteguhan hati panutannya? -Muhammad Ahmad ar-Rasyid


rujukan: ar-raqaiq
....

allahumma ballighna Ramadan..
Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu ialah tika kamu melawan rasa lemah tersebut. –Sayyid Qutb-

berjiwa besarlah!
teruskan melangkah!

August 04, 2010

perubahan pasti diiringi ujian..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

nak buat perubahan dan pembaikan, pasti ada ujian dan godaan(+_=)! kerana disitulah letaknya mujahadah kita (^.^)Y



......
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Al Baqarah:286]

jika kebaikan datang menjenguk kita, merapatlah!.bila mana hati kita terdetik untuk berbuat kebaikan, untuk membuat pembaikan diri.. buatlah. sebab, kita tak tahu.. bila lagi kebaikan itu akan menjengah kita..sebab, kita tahu, bila lagi Allah nak detikkan hati kita untuk itu...

bimbang... jika hari ini kita menolak hidayah Allah, jika hari ini kita menolak untuk membuat kebaikan dan pembaikan.kita tidak punya lagi hari esok untuk itu. kekuatan untuk perubahan itu ada dalam diri kita.. selongkar dan carilah. minta pada Allah untuk hadirkan kekuatan itu. inshaAllah, Allah sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNYA yang ingin mendekat padaNYA

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." 
[Al Alaq : 6]

jangan dibiarkan jahiliyyah itu bersarang dalam diri. jangan dibiarkan jahiliyyah dalam diri membesar! jahilliyyah yang masih bersisa itu kelak pasti akan merugikan diri kita sendiri..
jadi, mujahadah itu harus berterusan. kerana jahiliyyah tak akan pernah berhenti menarik kita ke arah itu. tapi, diri kita lah yang harus merungkaikan dan menjauh dari perkara jahiliyyah dan mendekat kepada islam.
semua tu bermula dari diri kita.

mungkin terkadang kita sendiri tewas dengan mujahadah kita, terkadang kita sendiri tak kuat untuk membuang jahiliyyah yang masih membusuk dalam diri.. tapi janganlah kita jadikan itu penyebab itu kita tidak membuang jahiliyyah itu. kitalah yang mencorak diri kita menjadi islam atau sebaliknya. kecil atau besar mujahadah kita terhadap sesuatu perkara itu, Allah yang hitung. susahnya kita rasa nak membuang jahiliyyah dalam diri tu, Allah Maha Tahu semua itu. semua itu ujian untuk kita. dan pasti, ujian yang Allah beri itu, kita boleh hadapinya. Allah cuma nak tengok, adakah kita berusaha untuk meninggalkannya. Adakah kita telah benar dalam mujahadah kita.

"jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam" - maimun bin mahran

dan orang mukmin itu tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya. tidak terlintas dihatinya ketika melafazkan kalimah 'dua kalimah syahadah' melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya.

Sabda Rasulullah SAW: 
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain]


Allahumma ballighna ramadhan..

August 03, 2010

duhai jiwa, jika tidak terbunuh, kau akan mati juga..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Demi Allah, wahai pasukanku, sedarilah kembali bahwa perjuangan yang tidak engkau sukai kali ini adalah perjuangan yang kerananya semula kalian ingin ikut serta. Ketahuilah, yang kalian cari adalah mati syahid. Kita memerangi musuh ini bukan berdasar bilangan tentera… kekuatan musuh ataupun banyaknya jumlah mereka… Kita memerangi mereka hanyalah karena mempertahankan agama ini yang dengannya Allah memuliakan kita… majulah… Pasti yang akan kita peroleh adalah salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid …!!"


itulah kata-kata semangat buat kaum Muslimin oleh Abdullah bin Rawahah, ketika mana semangat tentera islam tergugah dengan ramainya bilangan tentera musuh (tentera Romawi).

Pada perang Mu'tah ini, dia dikhabarkan kenyataan bahawa setiap pemegang panji (pemegang bendera) maka ia akan terbunuh. setelah dua panglima pasukan muslimin menemui syahid, (iaitu Zaid bin Harithah dan Ja'far bin Abi Talib) Abdullah Ibnu Rawahah tampil untuk mengganti keduanya, menjadi pemegang panji islam. jihadnya untuk syahid berkobar-kobar..
Dia kini panglima pasukan ini bertanggungjawab atas hidup mati pasukannya. seketika, dia ragu..kecut perut melihat kehebatan tentera Romawi. tetapi, hal itu tidak berlangsung lama. Dia bangkitkan seluruh semangat dan kekuatannya serta melenyapkan semua kekhawatiran sambil berseru..

"wahai diriku, demi Allah ambillah segera!
segeralah ambil panji perang itu atau aku akan memaksamu!
mengapakah gerangan engkau tidak menyukai Syurga?!
wahai diriku, kalau pun tidak terbunuh, engkau tetap akan mati!
apa yang engkau inginkan telah terpenuhi,
jika engkau turuti hal ini maka engkau akan menjadi terarahkan!"

lalu..
Abdullah ibn Rawahah mengambil bendera meluncur ke tengah medan tempur.

ketika dia ditengah-tengah medan tempur itu, berkatalah sepupunya sambil membawa daging bakar
"wahai ibnu rawahah, kau telah berperang selama enam hari, isilah perutmu dengan ini, ambillah hingga badanmu menjadi kuat"

Dia pun mengambilnya dan menggigitnya satu gigitan. tiba-tiba, kedengaran suara serangan hebat dari arah lain. lalu berkatalah dia pada dirinya sendiri..
"Apa ini, wahai Ibnu Rawahah, masihkah kau di dunia! Demi Allah, kau tak selayaknya lagi di dunia."
lalu ia terus masuk ke medan perang, hingga terbunuh.

Rasulullah berkata tentang dirinya dan sahabat-sahabat lain yang terbunuh,
"terlihat olehku dari kejauhan, mereka tengah di syurga, berbaring di atas ranjang-ranjang emas"

sungguh,
antara mujahadatun-nafs dan syurga itu hanya terpisah satu detik!

....
tegarlah!
Allah pasti memberi pertolongan dan kemenangan
tangkislah ujian, mehnah dan dugaan. bermujahadahlah, walaupun bayarannya perit. bertahanlah, walaupun kau rasa penat dipertengahan jalan. jalan ini tidak mudah, dan masih panjang. namun, Allah telah janjikan pertolongan buat hamba-hambanya yang berusaha menegakkan agamaNYA, yang ikhlas mencari RedhaNYA..

ujian-ujian akan datang menguji.. sejauhmana kau betul-betul serius dengan jalan ini. namun, jangan berundur.. sebab kelak kau yang akan rugi. tetaplah bertahan dan mara melangkah mencari Redha-NYA.. kerana Allah tetap menjanjikan kemenangan untuk agamaNYA..
cuma kita yang perlu bertanya diri kita

adakah kita ingin menjadi rantai-rantai penyambung dakwah ini.. atau pun tidak?
berundurnya kita dari jalan ini tidak merugikan Allah sedikitpun, tapi, kita lah yang merugikan diri kita sendiri..

sooo
berusaha!
....

"Tuhan, kalau bukan kerana-Mu, kami pasti tidak mendapat hidayah
Tuhan, kalau bukan kerana-Mu, kami pasti tidak salat dan bersedekah
berikan kami kedamaian
berikan kami keteguhan
kami tidak mahu menemui kehancuran
oleh tangan-tangan tiran dan sewenang-wenang"
[Abdullah bin Rawahah]

rujukan:
hati sebening mata air, Amru Khalid
60 sirah sahabat Rasulullah

dakwah ini jalannya panjang.. teruslah berjalan di jalan yang sama.. 'duhai jiwa, jika tidak terbunuh, kau akan mati juga..' moga pengakhiranku, masih di jalan ini..

July 19, 2010

penunggu setia

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Rabb turun ke langit dunia disepertiga akhir malam hari, lalu berkata, adakah orang meminta padaKU untuk AKU penuhi permintaannya? adakah yang memohon ampun padaKU untuk AKU ampuni dosa-dosanya? adalah yang bertaubat padaKU untuk AKU terima taubatnya? dan adakah yang berdoa padaKU untuk AKU kabulkan doanya?
[HR Bukhari, Muslim, Imam Ahmad]


kita ni pelupa kan? sejajar dengan sifat seorang insan (manusia), yakni pelupa (nasiya) (=_=)
tiap-tiap malam Allah turun ke langit dunia.. untuk menanti kita.. 
menanti kita meminta padaNYA, menanti kita mohon ampun padaNYA, menanti kita kembali bertaubat padaNYA, menanti kita berdoa padaNYA...

dan kita kala itu..
zzzzzzZZZZ
lupa yang kita adalah hamba..
kita lupa yang kita tak punya apa-apa
kita lupa yang kita banyak berdosa padaNYA
kita lupa yang kita bermaksiat padaNYA
kita lupa yang kita akan kembali padaNYA
kita lupa kita yang memerlukanNYA 

astaghfirullah 'ala kulli zanbin
alangkah ruginya kita..


seperti sabda Rasulullah dalam hadis di atas, hal itu terjadi "setiap malam
jika selama ini,bertahun-tahun waktu kita telah 'hangus' kerana melalaikan Allah
atau
hari-hari kita lalui dengan kemaksiatan dan lalai pada Allah...
tapi..
Allah tak kan pernah berhenti turun setiap malam ke langit dunia untuk menawarkan cintaNYA buat hamba-hambaNYA..
subhanallah
Allah Ar-Rahman tidak akan berhenti turun setiap malam menawarkan taubat, ampunan dan mengabulkan permintaan kita!

Allahu Akbar..
sweetkan Allah ni? (^.^)Y
Allah nak sangat kita bercinta hanya denganNYA..
dan kita??
tidak teringinkah kita bercinta denganNYA?




menggapai cinta Allah, ku ingin raih cintaNYA!
~new semester begins, bismillahi tawakkaltu 'ala Allah~

June 16, 2010

manfaat ke tak?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allahuma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Di antara tanda sempurnanya iman seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak manfaat"
[hasan, Tarmizi]

gedebuk!
dush!
penangan terhebat..
terbaek punya!
oh..
agak-agak..
dalam satu hari..
berapakah ratio perkara bermanfaat dibandingkan dengan perkara yang tidak bermanfaat??
mukabuku brapa jam? quran brapa jam?
menghafal brapa jam? tengok movie brapa jam?
untuk dunia ke untuk akhirat?
uhuk uhuk (T__T)
jawab sendiri..
tepuk dada, tanyalah iman
al-taqwa haa huna

oh diri.. ini nasihat buatmu
menyibukkan diri dengan masalah yang tidak mendatangkan manfaat, adalah kesia-siaan dan tanda lemahnya iman.
dan...
jika kita tetap melakukan hal yang tidak bermanfaat bagi diri, walaupun kita dah tahu hal itu kurang manfaatnya pada kita, dunia mahupun akhirat.. tapi kita nakkk buat jugakkkk. sedarilah! bahawa ada sesuatu yang tak betul dengan diri kita, ada yang tak betul dengan keimanan kita (=_=)... teroponglah hatimu!
ruginya la hai buat perkara yang sia-siakan? ermm.. tapi itula yang kita buat (*nasihat diri yang tak kesedaran)

hanya bila merasakan Allah itu dekat kita mampu menghindarkan diri dari perkara tak bermanfaat. hanya bila merasakan Allah Maha Melihat, merasakan diri kita dibawah pengawasan Allah Yang Maha Sempurna mampu menasihatkan kita. ingatlah, disisimu,kiri dan kanan.. ada malaikat yang mencatit segala amalan dan Allah itu sangat dekat dengan hambanya.

yeahhh!! usaha lagi. Allah itu dekat. hadirkanlah rasa dekat dengan Allah dalam diri.. muroqobatullah!
(pictures from web)

sibukkanlah diri kita sebelum kita disibukkan!
mujahadah! seiring dengan Flotilla dan Rachel Corrie..
gambatte!
aja aja fighting!

June 10, 2010

Allah pun 'cemburu'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astaghfirullah 'ala kulli zanbin

Allah 'cemburu' pada hati manusia
erkk.. Apa ertinya?
Allah mencintai kalau hati kita ni sentiasa dekat dengan-NYA,
sentiasa ingat DIA..
sentiasa rindu DIA..
ada pape bagitau Allah..
ada problem rujuk Allah..
ada pape story best bagitau kat Allah..
tumpuan kecintaan kita hanya Allah..

Namun,
kadang-kadang kita ni sibuk..
disibukkan dengan urusan dunia..
sibuk belajar..
sibuk kerja..
sibuk dengan keluarga..
sibuk
disibukkan
mahupun menyibuk...

Maka,
Allah pun mengambil dunia kita tu,

agar kita sentiasa tersibukkan oleh Allah saja..
agar kita mengingati Allah..
agar kita kembali pada Allah..
dan bertawakkal pada-NYA

Lihat saja kisah Nabi Ibrahim kekasih Allah
Bila Ibrahim tertarik pada Ismail
menyayangi anaknya Ismail,
tumpah perhatian pada anaknya..
lalu..
Allah pun mengambil Ismail dari tangannya.
Allah memerintahkan pada Ibrahim untuk menyembelih Ismail..
Subhanallah.. sungguh, itu ujian yang berat bagi seorang bapa..
masakan ingin disembelih anak sendiri!
Namun,
ketika diletakkan pisau dileher Ismail,
yang ada dihati Ibrahim hanya kecintaanNYA pada Allah.
Hanya Allah.

ketika Yaakub sangat menyayangi anaknya Yusuf..
sayangnya Yaakub terhadap Yusuf lebih dari anak-anaknya yang lain..
sehingga kecintaan terhadap Yusuf memenuhi semua hidup dan hatinya..
sayangnya dia pada Yusuf...
Maka
Allah pun mengambil Yusuf selama 20 tahun
sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah
hanya Allah di hati..
Dan setelah itu, Allah pun mengembalikan Yusuf padanya..

subhanallah..
sweetnya Allah! betapa Allah sayang hamba-hambaNYA..
dan Allah nak kita sayang DIA lebih dari segala-gala..
Allah ambil apa yang kita sayang kat dunia ni, supaya hati kita ni hanya terpenuhi dengan cinta pada-NYA..
supaya sayangnya kita pada Allah memenuhi hati!
hanya Allah dihati.
Allahu Rabbi
Allah ar-Rahman
Allah  al-Wadud

dalam kata lain, macam Allah nak cakap dekat kita..
"Wahai hamba-KU, AKU ingin engkau datang dan berlindung hanya kepada-KU"

ya rabb, penuhilah hati ini dengan cinta hanya pada-MU.

rujukan buku: Hati Sebening Mata Air-Amru Khalid

Popular Posts

Recent Posts