Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad
kalau kita ada impian..
apakah impian kita yang kita nak bagi tau dekat Allah??
nak jadi doctor berjaya?
mahupun engineer berjaya?
kerjaya yang best?
bergaji besar
rumah banglo besarr
semua yang besar besar?
nak jelajah satu dunia??
nak ke terbang ke angkasa?
sekadar itukah?
oh..
memalukan!
sungguh! ianya satu tamparan!
malu pada Allah.. malu pada diri sendiri..
seolah-olah tersentak dari lena yang panjang..
betapa rendahnya impian kita
kalau itulah yang kita impikan dalam hidup ini
rendah diri dengan tingginya impian Umar Al-Farouq
yang mengimpikan rijal-rijal yang hebat
rijal yang nanti akan menaikkan islam
menjulang panji-panji islam
menyinarkan sinar islami di bumi Ilahi
menyebarkah kalimah tauhid
la ilaha illallah, muhammad rasulullah
tiada Tuhan melainkan Allah, muhammad itu pembawa risalah Allah
subhanallah!
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya:
"Impikanlah"
Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin"
Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
impikanlah!
impikanlah sesuatu yang hebat!
"banyak amal kecil yang menjadi besar kerana niatnya, dan banyak pula amal yang besar menjadi kecil kerana niatnya pula"-'Abdullah Ibnu Mubarak
"Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong agama Allah...
...Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan kalimah Allah?...
...Nahnu Ansorullah..."
[As-Saff; 61: 14]
...Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan kalimah Allah?...
...Nahnu Ansorullah..."
[As-Saff; 61: 14]
tanya sama hati kita..
kalau kita punya impian..
apakah impian kita yang kita nak bagi tau dekat Allah??
ya muqallibal qulub, thabbit qalbi fi sabiilik, wa 'ala too'atik fi diinik.. amen ya rabb
0 comments:
Post a Comment