Get me outta here!

May 13, 2010

nak buat maksiat ada syarat???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

hari ni, terkesema diri bila jumpa ayat ni..(=_+)
Firman-NYA: "Belum datangkah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al-Hadid, 57:16]

astaghfirullah... 
apa hak kita nak sombong dengan Yang Maha Pemberi!
apa hak kita nak angkuh sedangkan semua adalah dari-NYA
beraninya kita mengundang murka-NYA dengan maksiat yg kita lakukan!
beraninya kita menempah neraka!!!!!
wal ya'uzubillah min dzalik.

astaghfirullah...
berhentilah..
stop dan noktah!
berpalinglah dari kemaksiatan yang dilakukan..
mendekatlah pada-NYA..
kerana DIA sangat dekat..lebih dekat dari urat leher kita sendiri..
atau
kita menanti jemputan Malaikat Maut dulu baru ingin mencari keampunan dari-NYA?
ayuh!
sekarang!
larilah kepada pelukan kasih-sayang-NYA!
Allah sayang kamu!

masih terimbau kenangan di surau kolej dulu.. ustazku bercerita tentang Ibrahim Adham... first time aku tahu kisah tu time tu.. jazakallah ustaz, moga Allah kurniakan kebaikan yg lebih baek untuk segala ilmu yang dikongsi.. terngiang-ngiang lagi kata-kata ustaz, yg lebih kurang gini bunyinya, "kalau tak nak buat apa yang Allah suruh, kalau tak nak tinggal apa yang Allah larang..  boleh!.. tapi jangan makan rezeki Allah, nasik kat DS tu jangan makan.. jangan pijak bumi Allah.. pegi la mana2 pun..planet yg bukan milik Allah"


 5 Syarat utk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya,sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

~kalau sudah kita sedar apa yang kita perbuat itu adalah dosa, mengapa kita masih memilih utk melakukannya? mau menempah NERAKA ke?.. kerana hanya kebaikan yg membawamu ke SYURGA. buatlah pilihan! hanya antara dua..

peringtan untuk diri yg sentiasa alpa.. astaghfirullah.. moga Allah sentiasa dihati..

0 comments:

Popular Posts

Recent Posts