Get me outta here!

April 11, 2010

rindu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

 
Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya
Andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu
[Keimanan - Haris Shaffix]

tersentuh dengan lagu ini..  sangat mendalam maksudnya pada diriku..
menggamit rindu untuk bertemu dengan Al-Khaliq..

berada di tengah medan ini bukan sesuatu yang mudah.. sukar dan perit! dan ada yang tersungkur di pertengahan jalan. Ya Allah, aku mohon sangat, tetapkan hati ku untuk agama-Mu, thabatkan hati in di jalan-Mu..
walau seberat mana pun ujian yang Kau kirim untukku, bekalkanlah diriku dengan secebis kekuatan dari-Mu, untukku terus harunginya memperbaiki kelemahan diri. kerana ku tahu, jalan ini lah yang terbaik untuk ku.. dan ku sedar, perjalanan ini masih panjang.. panjang sangat..

ya rabbul izzati, suburkanlah perasaan cinta-Ku pada-Mu, dan juga pada jalan ini.. sungguh ku sayang jalan ini, aku sayangkan tarbiyyah ini.. izinkanlah ya rabbi untuk aku menjadi antara mata rantaian untuk menegakkan agama-Mu..
"Wahai orang-orang yg beriman! berTAQWAlah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa kepadaNYA dan janganlah kamu MATI kecuali dlm keadaan MUSLIM" [3:102]

jazakunnallah buat teman-teman yang kenalkan lagu ni.. moga setiap langkahan yang dihayun untuk memburu Cinta-Nya beroleh Redha dari-Nya..

April 03, 2010

sebuah impian...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

kalau kita ada impian..
apakah impian kita yang kita nak bagi tau dekat Allah??

nak jadi doctor berjaya?
mahupun engineer berjaya?
kerjaya yang best?
bergaji besar
rumah banglo besarr
semua yang besar besar?
nak jelajah satu dunia??
nak ke terbang ke angkasa?

sekadar itukah?
oh..
memalukan!
sungguh! ianya satu tamparan!
malu pada Allah.. malu pada diri sendiri..
seolah-olah tersentak dari lena yang panjang..
betapa rendahnya impian kita
kalau itulah yang kita impikan dalam hidup ini

rendah diri dengan tingginya impian Umar Al-Farouq
yang mengimpikan rijal-rijal yang hebat
rijal yang nanti akan menaikkan islam
menjulang panji-panji islam
menyinarkan sinar islami di bumi Ilahi
menyebarkah kalimah tauhid
la ilaha illallah, muhammad rasulullah
tiada Tuhan melainkan Allah, muhammad itu pembawa risalah Allah
subhanallah!

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya:
"Impikanlah"
Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin"

Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

impikanlah!
impikanlah sesuatu yang hebat!

"banyak amal kecil yang menjadi besar kerana niatnya, dan banyak pula amal yang besar menjadi kecil kerana niatnya pula"-'Abdullah Ibnu Mubarak

"Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong agama Allah...
...Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan kalimah Allah?...
...Nahnu Ansorullah..." 
[As-Saff; 61: 14] 

tanya sama hati kita..

kalau kita punya impian..
apakah impian kita yang kita nak bagi tau dekat Allah??

ya muqallibal qulub, thabbit qalbi fi sabiilik, wa 'ala too'atik fi diinik.. amen ya rabb

Popular Posts

Recent Posts