Get me outta here!

January 19, 2012

'aadiyat, si kuda perang

bismillahirrahmaanirraheem

surah al-'aadiyat ;demi kuda perang.
wal'adiyaati dobha. dobha? kuda perang yang berlari kencang sampai tak cukup nafas, termengah-mengah
falmuuriyati qodha. yang berlari kencang sehingga mengeluarkan api, di telapak kakinya
falmughiraatisubha. yang menyerang musuh di waktu pagi
fa-asarna bihi naq'a. sehinggamenerbangkan debu-debu
fawasatna bihi jam'a. yang menyerang di tengah-tengah perkumpulan musuh.

pada lima ayat tersebut, Allah bersumpah dengan kuda perang dan ciri-ciri dan segala sifatnya. kemudian barulah Allah menyambung,
innal insaana lirobbihi kakanuud. sesungguhnya manusia itu sangat engkar pada tuhannya.
wa innahu lihubiil khoiri lasyadid. dan sesungguhnya cintanya pada harta benar-benar berlebihan. ps: suka senang lenang, santai, duk maen-maen.


apa perlunya Allah bersumpah dengan kuda perang?
kenapa perlu mendahulukan surah ni dengan cerita kuda perang dan ciri-cirinya dulu??

jom analisa, kuda perang vs kuda biasa.
kuda perang ni, sebelum jadi kuda perang jadi kuda apa?
adakah semua kuda dilahirkan jadi kuda perang?

perangai kuda?
liar. suka maen. bangun-bangun tido terus lari. dah lari-lari suka langgar-langgar. suka makan, pastu lari lagi. pastu minum lagi. lari lagi... suka maen, takde tujuan hidup. bangun pagi pikir nak maen.
manja. tak boleh salah cuaca. panas sket, deman. hujan sket, hujn.
nak jaga leceh. takleh salah makan.
kalau orang sergah, lari.

kalau kuda perang?
tough. cekap. boleh meloncat?hihi dan melompat (tadi lari je.. hehe). dekat kaki kuda perang ada besi.. ntah apa namanya bende tu..
sifat asal kuda ni suka lari. tapi, kat medan perang, steady. malah, bleh lari makin laju. setia, patuh pada arahan ..+++

dari kuda biasa bleh jadi kuda perang, mesti ada proses dia, iaitu proses tarbiyyah. dididik dari kuda biasa, menjadi kuda perang yang semangat, taat, tough, setia etc

cuba bandingkan kuda tadi dengan jiwa2 kita.
kuda pun boleh dibentuk, apatah lagi manusia. kuda yang takde matlamat, suka maen-maen. kita pun sama jugak, suka maen2, manja... tapi dengan ditarbiyyah jiwa2 kita jadi tough, pendidikan jihad.
sebagaimana kuda tadi, dipanggil ja datang, apa saja arahan dilaksanakan dengan tepat dan betol.

innal insaana lirobbihi lakanuud.
apakah penawarnya jiwa yang suka nak engkar, suka melawan, walau dia dah tahu suka nak melawan, walaupun dia tahu dia tengah malas, apakah penawar dia?

penawar dia  
afala ya'lamu iza buksiramaatil qubur.apakah manusia tak tahu apa yang akan berlaku apabila dibangkitkan dari dalam kubur.
apa tujuan orang pergi perang?
nak mati.

kalau pergi perang, sbb nak balik hidup, rasanya orang tak perang kan?
seorang tentera yang pergi perang, nnt nak balik dalam keadaan sihat wal'afiaat?
maka dia takkan berjuang dengan sepenuh jiwa =,=

pentarbiyahan yang kita lalui sekarang ini, adalah untuk menanamkan semangat jihad dalam jiwa kita. kerana itulah semangat yang tengah dikikis dari jiwa-jiwa oleh musuh umat islam.

afala yaklamu iza buksiramaatil qubur, apa yang akan berlaku ketika di dalam kubur? ketika kita menghadap Allah swt.
wahussilamaa fisudur. dan di kira apa yang dalam hati kita. amalan kita, baek yang buat dan tak buat. baek yang buat dalam keadaan malas, baek yang dia buat dalam keadaan semangat. baek yang kita buat dalam keadaan bertangguh, baek yang dibuat dengan segera. baek yang dibuat dengan merungut, baek yang dibuat dengan penuh ikhlas. solat kita, puasa kita, ketaatan kita... semuanya akan dikira oleh Allah swt.

inna robbahum bihim yaumizin la khobir, sesungguhnya Allah maha Mengetahui, ketika hari perhitungan. Allah maha mengetahui apa yang kita buat. Allah maha mengetahui apa yang tercatit dalam hati kita, fikiran kita.

jadi, ikhwah akhwat sekalian.
andai saja para pemuda islam ini takut untuk menyahut seruan-seruan jihad ini, siapa lagi yang umat ini akan diharapkan? apakah modal laen yang nak diharapkan oleh umat ini.

jadi untuk mendidik perasaan tersebut, roh jihad tersebut, tidaklah mudah.
dalam proses melatih kuda perang tadi, sehebat mana pun jurulatih dia, jika kuda tersebut tidak ada kesediaan untuk dilatih, berjaya tak? ... tak akan berjaya.
sehebat mana pun murobbi kita, bangkitlah siapa-siapa pun untuk jadi naqibah kita, tapi, kalau kita tak sediakan hati kita untuk ditarbiyah, maka proses pentarbiyyahan tersebut akan terbantut.

"inna allah la yuhgayyiru ma biqoumin, hatta yughayyiruu maa bianfusihim" [ar-ra'd 13:11] .
maa bianfusihim tu adalah hati. sebagaimana Allah menterjemahkan hati. nak ubah diri dia. dalam hati dia dan nak ubah diri dia. dalam hati dia ada niat untuk mentaati Allah. dalam hati dia ada niat nak meninggalkan maksiat pada Allah swt. hati rela untuk ditarbiyah dan dibentuk.

sebagaimana kuda2 boleh dibentuk, jiwa2 kita juga boleh dibentuk. proses pentarbiyyah. mendidik jiwa2 pejuang, jiwa2 mujahadah. jiwa2 yang lebih mencintai kematian berbanding kehidupan. jiwa2 yang mencintai akhirat berbanding dunia. jiwa2 yang lebih mencari apa yang ada disisi Allah berbanding apa yang ada didunia ini.

sepanjang masa , kita perlu sediakan hati kita untuk ditarbiyah.

wallahua'lam.

ps: nota usseroh, kulsem by ustaz arif, KIBAR

January 04, 2012

nasik hanget.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyang


tadi mak ana pesan: kakak, mak nak pergi solat dah ni.. ada nasi atas dapur tu, api mak dah perlahankan, nanti jangan lupa tutup api. ayam tu mak dah perapkan  dengan kunyit dan garam, nanti gorengkan.

ana: baek mak..

masa terus berlalu..tik tok tik tok
dan akhirnya, berlari-lari ke dapur.. nasi dah hanget..T.T
wuwuuu.. hitam sudah nasi tu, tengah-tengah tu je masih putih, yang keliling tu dah hitam dan rangup.. haha..periuk tu, usah kata, memang hitam, terpaksa rendam dulu :(

sedih betol.
nasi kesan hangit tadi, walaupun ada yang putih, masih ada bau-bau hangit. yang memang dah hitam, ana asingkan untuk bagi ayam makan.

takkan mak dengan ayah nak makan nasi yg berbau ala-ala hangit tadi?.. sadisnya.

maka ana pun masak la nasi baru menggunakan periuk lain..hoho. untuk menebus dosa kelalaian tadi, ana masakkan kuah kentang masak kicap, boleh makan dengan ayam goreng walaupun tak disuruh.. hehe..

lama ana pikir, apa Allah nak tarbiyah ana hari ni..huhu

come to a conlusion:
yeah, TARBIYYAH.. we need usrah to save us.. maka gunalah periuk eletrik, supaya nasi tak hangit :) tarbiyyah tercater.. mebi kadang-kadang terlembik or terkering air@nasi antah, but still, masih dalam tarbiyyah, masih terjaga... masih boleh diselamatkan :)

if guna periuk atas dapur, its dangerouss! lalai, leka, tak perasan, separuh sedar sket je..even perasan air mengering tapi tak nampak dasar tengah dihitamkan, nasi bleh jadi htam, or dah ada rasa hangit..
jahi;liyyah membakar kita macam api perlahan yang memasak nasi tadi.. sungguh, kita tak perasan bila masa dia mula menghitam di dasar periuk..
hinggalah kuar perkataan: bau apakah ini?? dan menjerit 'HANGITTT'.. time tu, sebahagian nasi dan hitam, dah tak boleh diselamatkan..

kita tak sedar, bila kita ter'drag' dalam arus jahilliyyah yang membuatkan kita 'away' dari Allah.. membuatkan hati kita maken lama maken hitam..
hingga Allah menurunkan hidayahNYA, menjentik iman ke hati kita, baru la kita istighfar.. aku dah away ni..T____T

teringat analogi cara membuang jahiliyyah, terlekat chewing gum tu.. same thing goes here.. periuk yang dah hitam tu.. memang kene kikis habes-habesan la pasni **peluh kecil**
mana boleh basuh dengan span biasa cam basuh pinggan kan? dah hitam legam.. memang kena tonyoh@tenyeh betol-betol.. yeah, jahilliyyah ni pun sama... kena sental terbaek punya wuuwuuuu..memang melenguhkan tangan, tapi tu la mujahadahkan?
tarbiyyah tak kan jalan, if takde pengorbanan ya ikhwah/akhwat fillah T.T

nasik hanget pun dah tak sanggup nak hidangkan dekat mak ayah kita, apatah lagi nak pulangkan hati yang hitam,tak bersih, berkarat kita dekat Pemilik Hati.. Allah yang kita kata kita sayang lebih dari mak ayah kita!

allah..moga allah terus menyucikan hati kita hingga layak bertemu dan melihat wajahNYA kelak, biiznillah ya rob!

beriman dan beramal dengan hadis 18: "bertaqwalah kepada Allah dimanapun kamu berada,dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji" [hadis riwayat Tarmizi]

thats why ana masak lebey, moga-moga time mak ayah ana balik.. dah tak marah sangat nasi hanget, sebab dah ganti nasi baru dan kuah kicap extra **peace**

ps: murobbi pun masih belajar cara-cara nk masak nasi secara baek, tukar brand beras pun dah laen sukatan air dia.. hehe **buat mutarabbi ana: ana hulur tangan minta ampun kat antunna, banyak salah dalam mendidik antunna, afwan, ana pun merangkak rangkak lagi.. kadang-kadang lupa tekan suiz, antunna tak gerak, kadang-kadang bagi bahan keringgg je ruh.. kadang-kadang tak sempat prepare pun untuk pergi usrah..cakap je pape dalam usrah tu.. wuwuu.. sila jangan tiru aksi yang salah**

as for me, menjadi murobbi is one way tuk beramal dengan hadis 18 tu..
semoga kebaikan itu menghapuskan dosa2 dan khilaf diri ini..

wallahua'lam

Popular Posts

Recent Posts