Get me outta here!

March 10, 2013

hari sukan, hari pengsan!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang.

Minggu lepas, telah berlangsung hari sukan sekolah dengan jayanya :)

Hari kedua sukan sekolah,

aku lebihkan masa berada di bawah khemah di padang, berdekatan dengan pondok JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)

walaupun aku tak pandai sangat bab-bab 'nursing' ni, tapi disebabkan amanah sebagai guru PBSM, haruslah standby incase anything happen kan? @_@

***
"larian 3000m perempuan kategori B akan bermula" - suara pengacara sukan berkumandang.

"3000meter tu berapa kali round padang?" tanyaku pada pelajar di sebelah

"8 kali cikgu"-balas pelajar tersebut.

dalam hati, gila! kalau aku nak lari 1 kali pusing pun dah semput =,=

yeah,

"cikgu! ada pelajar pengsan!"

kalut ribut kejap.

berlari ke arah pelajar dan papahkan ke pondok JPAM untuk rawatan.

***

di pondok JPAM, banyak aku belajar.

"adik buka mata.. buka mata dik" - kata seorang pegawai JPAM kepada pelajar yang sedar tak sedar.
"adik, buka mata.. jangan tutup" sambil menampar-nampar perlahan pipi pelajar tersebut.

"sakit.." sambil menangis
"cramp kat bahagian mana?"

bahagian kaki yang cramp, di letakkan ais.

pegawai JPAM mengeluarkan duet "belikan air manis, milo ke untuk dia" -katanya kepada pelajar yang menemani

pelajar tersebut menoleh padaku.

"takpe kak, pihak rumah sukan ada sediakan air glucose" balasku. kesian pada kakak JPAM. takkan semua yang pengsan dia nak belanjakan air?


Perlahan-lahan aku belajar..
jika cramp, minta pelajar bukan mata
letakkan ais di tempat yang cramp
beri mereka air manis :)

***
nampak aja ada pelajar rebah..

berlari, papah atau angkat pelajar.

ulang-alik.

itulah tugas besar aku hari tu,

penat memang penat.

muka pun sunburn sebab duk padang T__T

aku muhasabah sendiri

ketika berlari-lari merentas padang

kalau untuk selamatkan pelajar pengsan, kita berlari-lari?

lalu

bagaimana tindakan kita dengan mereka yang makin rosak akidahnya? sakit 'hati'/ruhnya?

Allah..

sedangkan yang pengsan itu hanya jasad yang sakit

doktor ramai.. rehat dan ubat, dengan izinnya sembuh inshaAllah.

tapi, mereka yang sakit 'hati/akidah' nya, tak ramai yang menyelamatkan.

huhu...

perlu berlari lebih laju selamatkan akidah mereka..

membina mata rantai islam..

menyambung perjuangan.

Ya Muqallib al-Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Deenika
wa ya Musarrifal Quloob Sarrif Qalbi Ala Ta'atika.

wassalam

March 03, 2013

dakwah kasih sayang

bersabar dalam mendidik :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Semalam, ketika meronda-ronda blok akademik, seorang pelajar datang mengadu.
dia adalah antara ajk BADAR maktab.

s: cegu, malam ni saya nk buat perjumpaan dengan muslimah. cegu nk saya mengamok ke camana?
c: eh, apasal tetiba nak mengamuk? apa masalahnya?
s: masalah sama la cegu.. kapel, baju kecik etc etc.
c: ramai ke yg kapel?
s: dorang kata tak kapel cegu, tapi kawan tapi mesra.
=,=
s: saya nak buat camana cegu?

lama berfikir. mencari jawapan.
c: keep good public relationship
s: maksud cegu?
c: kalau awak mengamuk, saya bimbang nanti, awak yang kena boikot teros. pastu nasihat yang awak bagi nanti pun, dorang akan block.. tak nak dengar dah. lagipun, awak tak leh nk expect kawan awak berubah dalam satu hari. nabi nuh berdakwah pun 950 tahun.. yang penting terus bina hubungan baek ngan dorang, cucuk-cucuk nasihat sikit-sikit. yang penting kita usaha. dorang nk berubah bila itu biarlah.

dakwah kita dakwah dengan kasih sayang.

"Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [al-Qasas, 28:56]

Dalam berdakwah, kita jangan melihat hasil dahulu kerana kita hanya dituntut untuk beramal. Adapun hidayah menjadi hak Allah swt kerana Dia memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya.
-Khowatir Qur'aniyyah-

wassalam

October 25, 2012

mau putus asa? lek luu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


"cikgu, saya dah putus asa la ngan chemistry. dari dulu lagi asyik fail"

luah seorang pelajar dengan nada sedih. hampir putus asa.

"eh, mana boleh putus asa, kan Allah pesan. "la taqnatu min rahmatillah, jgn putus asa dgn rahmat Allah"

"tapi cikgu, ujian selaras satu dulu gagal, yang baru ni pun gagal, yang ni nanti tak tahu la.."

"tengok, kamu dah putus asa sebelum pape lagi. Allah nak bagi rahmat, tapi kamu dah putus asa dulu"

"tapi cikgu.."

banyak sungguh tapi malam ni -__-"

"resepi dia, kamu mengaji quran dulu seblom baca buku chemistry, inshaAllah, nantiAllah bagi mudah faham"

"al-mulk bleh cegu?"
(-__-)"
"tu kamu slalu baca time tido dah kan? tak aci. baca la satu page shari ke, dua ke"


teruskan berusaha dan berdoa, jangan pernah putus asa dari rahmatNya!

kerana Allah memandang usaha yang kita kerahkan, bukan natijah sesuatu perkara.


keep holding on Him, and have faith!

mahu berputus asa?? lek luuu..  rahmat Allah itu kan luasss :D










May 02, 2012

ingatkan dapat masuk sorga, tapi pertama yang masuk neraka?

Salam.

Daripada Abu Hurairah ra , Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah;

seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah bertanya:
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"

Orang itu menjawab .
"Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman:
"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya:
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"

Dia menjawab:
"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman:
"Engkau berdusta!! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim , dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)".

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah bertanya:
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab:
"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau sukai (kehendaki)"

Allah berfirman:
"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

[Hadis Muslim] 

*****

Nauzubillah min zalik :(

Peringatan dari hadis ni cukup mengerikan saya. cukup merobek hati dan membuatkan diri bermuhasabah kembali. moga tidak termasuk dalam golongan mereka yang disebutkan Rasulullah dalam hadis di atas; iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah tapi untuk 'famous', mereka yang mengajarkan ilmu untuk dipanggil 'alim' mahupun 'qari', dan mereka yang menginfaqkan harta tapi untuk dipuji dirinya 'dermawan'.

Bayangkan,
Kita bajet cam kita dapat masuk sorga, sebab kita rasa macam dah beramal dengan amalan yang baek ; kita berjuang dan berjihad di jalan Allah, kita mengajarkan manusia yang dahagakan islam dengan ilmu, kita infaqkan harta yang kita untuk tegakkan islam..

yeah.. kita perasan diri kita macam dah cukup bagus, rasa macam dah baek dah.. kita aktif dakwah dan tarbiyyah.. berjuang sana sini, join program, join usrah, mujahadah nak buang karat jahiliyyah, bila ada yang dahagakan islam.. kita beri pengisian maupun tazkirah, bila ada yang nak faham islam.. kita bantu kefahaman, ada masalah kewangan, kita sumbangkan duet infaq, bantu duet minyak, bantu sumbangan program etc..
tapi..

end up,
kita nanti Allah seret ke neraka T___T
 
kerana apa?

sebab riya'.
sebab popularity.
sebab kita kejar bilangan 'like' oleh manusia. mahu dikatakan 'hebat'.
sebab kita kejar 'famous', kejar 'alim mahupun qari , kempunan panggilan 'dermawan' maupun 'murah hati'..

Allah swt berfirman:
"..mereka tidak diperintahkan kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya..." (al-Bayyinah: 5)

begitulah kita diingatkan, murnikan niat, lurus hanya untuk redha Allah semata. ya, saya akui memang susah mencari keikhlasan.. namun kita diseru untuk berusaha ke arah itu.

"barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (al-Kahfi, 110)
seriyes, syaitan itu memang takkan pernah berhenti dari membisikkan kejahatan ke dalam hati kita. bila mana kita turut serta dalam dakwah dan tarbiyyah ini, laen pula caranya syaitonirrajeem ini menghasut kita... mungkin kita tak tewas dengan godaan K-Pop, couple, berpakaian seksi menggoda, movie yang berlambak, atau apa-apa yang sama wilayah dengannya.. 

tapi, ada saja cara bisikan syaiton yang maha halus ini yang akan mengganggu dan menggaru-garu hati kita..(-___-)"

nah, oleh itu kita haruslah sentiasa perbaiki niat kita, perbaiki amal kita. moga ianya tulus untuk Allah semata. kerana ikhlas tu maksudnya tak bercampur. murni. tulen. maksudnya setiap ucapan, perbuatan, diam, gerak, yang dirahsiakan, yang zahir, hidup atau mati hanya untuk redha Allah semata. solely untuk Allah. 

manakala riya' itu bilamana amal yang kita lakukan untuk dilihat/dipuji oleh manusia.

moga hadis ni sentiasa menjadi peringatan buat kita, supaya tidak berlaku riya', dan sentiasa mencari keikhlasan dalam beribadah kepada-Nya, inshaAllah.

Amru Khalid dalam bukunya Sebening Mata Air mengingatkan.
"...sebagian manusia menjadi takut menyeru manusia setelah mendengarkan kata-kata ini, takut menjadi teladan manusia. Takut melakukan shalat bersama manusia, takut mengajarkan tajwid. 
Mereka mengatakan, "Saya takut melakukan riya".

Maka saya katakan, "Beramal kerana manusia adalah riya', dan meninggalkan amal shalih kerana manusia juga riya'"

Ya Allah, aku mohon perlindungan dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang aku ketahui, dan aku mohon ampun kepada-Mu dari sesuatu yang tidak aku ketahui

wassalam.
ajarkan aku ilmu ikhlas T__T

April 27, 2012

dakwah best sebab...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

betul ke dakwah dan tarbiyyah itu nikmat?

apa yang best sangatnya?

best sebab...
(antaranya;)

bila kita dapat rasa yang al-Quran itu 'hidup'
setiap kali kita membaca al-Quran,  ia betul-betul memberi kita 'sesuatu'.  
memberi rasa 'zouq' (rasa 'lazat' dalam membacanya)

seolah-olah, al-quran menjawab satu persatu persoalan-persoalan yang bermain dan berlegar-legar di ruang fikiran.. ke'konfiusan' kita mula dilerai kan sedikit demi sedikit bila bait-bait indah quran itu di hayati..  ke'tensenan' mula reda, dan ketenangan mula menghampiri..

jiwa yang kotor disucikan dengan ayat-ayat yang sangat indah.

dulu-dulu (ketika masih dalam lumpur jahiliyyah), bukannya saya tak baca al-quran tu. baca. tapi bacaan tersebut tak memberi kesan.

hambar.

maknanya tak dihayati. tak terasa yang al-quran tu Allah bekalkan untuk kita.
membaca al-quran seolah-olah menjadi rutin amali, yang tak memberi kesan pada jiwa dan ruh.
timbul fenomena membaca untuk dapat pahala. membaca untuk khatam di bulan ramadhan. lalu setelah berlalu ramadhan, maka al-quran itu disusun di rak sampai berdebu. stay lah disitu hingga next ramadhan. atau membaca quran sekadar rutin membaca yaasin dihujung minggu..
itu jugalah antara permasalahan yang Allah uji dengan ramai orang islam kita sekarang.
kadang-kadang terlalu lebih mementingkan tajwid, tarannum dari inti al-quran tu sendiri.

afwan, saya tak kata salah membetulkan tajwid, dan perelokkan tarannum.. bagus!, saya pun berminat nak improve suatu hari nanti jika diizinkan, inshaAllah. tapi kalo dah berpuluh-puluh tahun kita duk baca quran, masih lagi di takuk yang sama..masih lagi duk tegur tajwid without fahami apa content, rasanya ada sesuatu yang tak kena disitu.

seolah-olahnya kita membaca surat khabar, tapi focus pada kesalahan tatabahasa yang digunakan bukan pada pesanan dan mesej yang ingin disampaikan.
sobs.

"Maka tidakkah mereka (tadabbur) menghayati al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?" [Muhammad, 47:24]

Alhamdulillah, Allah pilih untuk merasa nikmat dakwah dan tarbiyyah, bermula dari sinilah saya mula menjinakkan diri dengan al-quran. dari sinilah langkah mula yang mendekatkan diri saya dengan al-quran dan merasakan al-quran tu Allah tujukan untuk kita. bukan untuk nabi dan para rasul semata. tapi ianya bekal dan manual untuk kehidupan kita!

"Wahai manusia! sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yg ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bg orang yg beriman" [Yunus, 10:57]

ambillah bekal dari al-Quran..
membacanya adalah sebaek-baek cara untuk kita memperoleh bekalan iman dan taqwa kita kepada Allah.
itulah hadiah Allah untuk kita...

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
[Al-maidah, ayat 35]


Kuatkan ikatan tekad
angkat tinggi-tinggi bendera harapan
berjalanlah menuju Allah
dengan sungguh-sungguh, tanpa lelah
jika rasa lemah menyerangmu
isi jiwamu dengan kekuatan Al-Quran
libas nafsumu, jangan kasih ampun
nafsu selalu mengajakmu menuju kebinasaan.

(dari Syaikh Muhammad Ahmad Al Rasyid dalam kitabnya "Nahwal Ma'aali")

wassalam.

haruslah 'delete' aku lemah dan malas!

Salam.

Siang tadi dapat text dari teman:
"salam. boleh online tak? ada usrah online skrang ni..kat skype"

Ssshhh!
ayyok, pamggilan useroh..nak join ke tak? nak bangun or sambung tidur?? hurmm

wahai.. mata masih mengantuk lalu syaiton pun bisiklah,
"takpelah, kau kan dah ada useroh darat. tak yah join pun takpe useroh online ni"
"esok dah pun kau berbulatan gumbira"
"line internet bukannya elok sangat pun kampung kau ni.. nanti putus-putus"

tak sempat pape lagi pun, dah beralasan..
=,=

"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat." [Ay-syura, 42:20]

rugi.
sungguh rugi.
mereka riang gumbira dibawah naungan doa para malaikat yang menebarkan sayap..

dan aku? :(
camni ni katakan orang yang nak bawa islam?
dae ke camni?
useroh dengan tidur, pilih tidur?
adusss..

seriyus rasa berdosa..
moga Allah ampunkan dosa-dosa yang menimbun dalam diri ini..

mujur saja dosa tu tak berbau kan? kalau tak konfem takde pun orang nak berkawan dengan hamba yang sangat hina ni T__T

*****
Pesan seorang ulama: "wahai orang yang lemah keinginan, sesungguhnya agama ini adalah sebuah jalan yang telah membuang Nabi Nuh dari kaumnya, telah melempar Nabi Ibrahim ke nyala api, telah menyembelih Nabi Yahya, telah menggorok leher Nabi Zakaria, dan telah menyiksa Nabi Muhammad. sementara engkau disini enggan dan malas untuk melaksanakan dua rakaat malam. Di manakah kemahuanmu?"

huu.. ingat nama-nama ni? Nabi Muhammad. Nuh. Ibrahim. Musa. Isa
merekalah nabi ulul azmi.
pemilik cita-cita yang kuat.
kerana kuatnya kesabaran dan keberanian mereka dalam berjihad, juga kerana keteguhan dan kemantapan hati mereka.

setakat hafal nama nabi ulul 'azmi tapi tak mengambil ibrah(pengajaran) tak memberi kesan pape dalam hidup kita.sirah itu bukan sekadar bed-time stories tau, tapi untuk kita applikasikan dalam kehidupan kita.

kita ni pemalas kan? (err.. saya)
buku fikrah berlambak-lambak tak baca lagi. asas-asas islam, apa erti aku menganut islam, salah faham terhadap islam sudah? dan etc. usahkan kisah sahabat, tabiin apatah lagi. hermm.. kisah-kisah nabi pun belum tentu tahu. hafazan pun duk ulang baca ayat sama. hadoiii..

wahai.. ceteknya ilmu. nipisnya iman. amal? lagi laaa sikit Y___Y

sudah-sudahlah melayan perasaan. melayan angan-angan kosong. tak kemana pun semua tu.
ni haa.. diri kita dulu yang harus diperbaiki. umat memerlukan kamu. kikis malas, lemah, lembek semua tu..bila mana kita bersetuju tuk mengharung jalan ni, maka sediakanlah diri kita tuk berperang. ya berperang. perang lawan nafsu malas kita. perang lawan perasaan lemah kita. harus berperang dengan diri maupun harta kita, segala-galanya untuk kita mendapat redha Allah.

harus kuatkan diri. tarbiyah dzatiyah kena bina.
para rasul dan sahabat telah pun melalui jalan ini dengan jayanya. dan bekal mereka, iman pada Allah. iman tulah yang akan menguatkan mereka berdepan dengan segala ujian dan mehnah di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. ujian para sahabat dasyat kott, sumayyah kena sula, bilal kena jemur dan letak batu berat atas dada, mus'ab hilang kemewahan dia, khabbab kena panggang. syurga yang melambai-lambai menghilangkan derita sakit yang mereka rasa. Allah.

mungkin contoh di atas pasal tidur, tapi banyak lagi godaan dan ujian laen yang Allah uji kita, bersesuaian dengan keadaan kita.

mungkin saja kita konflik antara dakwah dan belajar, antara study dan useroh, antara rehlah dengan akhwat atau tengok movie dengan kawan-kawan? dan pilihannya, pada iman kita sendiri.

bab pertama dalam buku almuntalaq, karangan syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid tajuknya adalah kita menolak 'al-hawa'

al-hawa itu kecenderungan dalam diri manusia kepada perkara yang bertentangan dengan wahyu!

'jauhkanlah dirimu dari sebarang alhawa yang tidak bernama islam'-maimun bin mahran

ya. jauhkan diri kita dengan segala perkara yang tidak meningkat iman, mahupun amal. tak ke sia-sia?
hurmm, kadang-kadang kita aware je dengan sesuatu perkara tu sia-sia atau pun tak, perkara tu jahiliyyah atau islam, tapi iman yang lemah mendorong kita untuk mengabaikan kata hati yang benar.

".. Allah tidak membiarkan manusia mengharungi perjuangan itu tanpa senjata, malah Dia telah menjadikan keimanan sebagai perisai untuk mereka, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa memohon perlindungan sebagai senjata. Andainya manusia itu lupakan perisai, kelengkapan dan alat senjatanya maka dialah sahaja yang patut dipersalahkan."- Sayyid Quth, FZQ

maka step pertama kita, bina benteng iman yang utuh tuk berdepan dengan banyak mehnah dan ujian.
dan harus ada himmah(keinginan) yang tinggi, dan iradah(kehendak) yang qowiy(kuat).

jika syurga menjadi motivasi kita, melihat wajah Allah Azza wa Jalla impian besar kita, maka haruslah siapkan diri kita sebaeknya, moga layak dipilih Allah diakhirat kelak.

kerana kita adalah pengikut Nabi ulul azmi. 
jalan mereka adalah jalan kita,dan kemahuan mereka adalah kemahuan kita juga.

"...dan aku bersegera kepada-Mu, ya Tuhanku, agar Engkau redha padaku" [Toha , 20:84]

rujukan:
membaca kisah mengungkap hikmah, Amru Khalid.
alMuntalaq, Syeikh Muhd Ahmad Ar-Rasyid
Tafsir Fi Zilal Quran- Sayyid Qutub

Popular Posts

Recent Posts